TRIGGER WARNING: Ada gambar yang mungkin mengerikan melibatkan anggota tubuh manusia yang diawetkan.
Minggu lepas (1 Jun), kiteorang kena keluar rumah selepas Subuh untuk hantar Khadeeja mengikuti pertandingan Medical Spelling Bee yang dianjurkan oleh Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan (FPSK) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sempena sambutan ke-20 tahun penubuhan FPSK yang terletak di Nilai. Semua peserta kena berada di situ pukul 8 pagi untuk pendaftaran. Mujur pagi-pagi kereta kurang sikit jadi perjalanan lebih lancar, tapi tengahari tu masa nak balik ke KL, jem nya highway menuju ke arah Selatan! So ada hikmah jugak keluar pagi-pagi tu.
Fakulti FPSK, USIM |
Kali ni persediaan Khadeeja agak kurang sebab cuti sekolah dia tak berapa rajin nak menelaah perkataan-perkataan yang kena dihafal. Sudahnya sambil sarapan pagi tu pun dia masih lagi menghafal perkataan-perkataan yang bakal diuji dalam pertandingan tu.
Multi-tasking - sambil breakfast sambil ulangkaji |
Banyak sekolah yang hantar wakil ke pertandingan ni, jadi pusingan penapisan terpaksa dibuat dalam beberapa bilik kuliah berbeza mengikut peringkat umur - lower primary, upper primary, secondary dan medical students. Khadeeja masuk peringkat upper primary. Ramai jugak pelajar sekolah yang terer mengeja dalam Bahasa Inggeris ni, kudos to them sebab berjaya melepasi pusingan penapisan ni.
Khadeeja masa ni dah redha sambil menunggu giliran atas pentas |
Sebenarnya aku mengharapkan Khadeeja tak masuk ke pusingan seterusnya sebab petang tu kiteorang kena check-in hotel untuk staycation birthday aku. Kalau Khadeeja masuk sampai ke final, kiteorang kena tunggu kat situ sampai pukul 3 petang. Tak dapat la nak memaksimakan masa di bilik hotel kalau macam tu.
So bila Khadeeja dapat satu je salah sementara 4 lagi perkataan dia dapat eja dengan betul, aku rasa lega pulak hihi. Takpelah, at least ada pengalaman masuk pertandingan spelling bee. Perkataan yang dia salah eja tu (tendon) pun sebab dia kata mikrofon yang emcee tu guna tak berapa jelas sangat sebutannya. Ramai peserta yang beberapa kali mintak emcee ulang sebut semula sebab tak dengar kali pertama. Ada yang berjaya tangkap dengan betul kali kedua, tapi ada jugak yang kecundang macam Khadeeja. Ramai ibu bapa yang bagi feedback pasal mikrofon tu dalam group Whatsapp so bukan kiteorang je la yang rasa mikrofon tu bermasalah. Tapi sebab kiteorang memang nak balik awal jadi malas nak komplen hehe.
Sebelum balik, pihak penganjur pertandingan ada buat lawatan ke Muzium Anatomi di tingkat 4. Since anak-anak sukaaaaa sangat masuk Hunterian Museum di London dulu, jadi kiteorang pun singgah jugak la ke sini sebelum balik. Basically, temanya sama - tentang anatomi manusia. Muzium ni jugak sebenarnya ialah makmal anatomi yang digunakan oleh pelajar-pelajar perubatan di fakulti ni.
Ralit masing-masing dengar penerangan tentang tulang manusia |
Menurut pelajar perubatan ni, kebanyakan tulang dan tengkorak yang dipamerkan tu ialah tulang manusia yang betul, tapi ada jugak yang palsu. Nak tau yang mana betul dan yang mana palsu, tengok warna - yang kecoklatan tu tulang / tengkorak manusia yang sebenar dan yang warna agak pudar ialah yang palsu.
Belah depan ni tengkorak manusia yang betul |
Boleh detect yang mana palsu dan yang mana tengkorak real? |
Anyway, aku tanya la dari mana dieorang dapat tulang / tengkorak / anggota badan manusia ni? Katanya ada yang universiti beli dari luar negara dan ada yang didermakan. Pernah terbaca zaman aku sekolah dulu yang Malaysia banyak beli human cadaver dari India sebab mana-mana mayat orang miskin / gelandangan yang tak dituntut sebab keluarga tak mampu nak bayar kos perubatan atau takde ahli keluarga yang tuntut, hospital kat sana akan jual ke luar negara dan harganya pun lebih rendah dari negara lain. Itu berpuluh-puluh tahun yang dulu la, sekarang aku tak pasti sama ada benda ni masih relevant lagi ke tak.
OK, gambar yang last ni kalau korang geli tengok anggota badan yang diawetkan, baik korang jangan tengok. Takut ada yang terpengsan pulak tengok kepala yang dibelah dua dan diawetkan. Awal-awal aku warning ye.
Teringat seorang kawan sekelas kakak aku yang sekarang ni bertugas di bahagian postmortem di hospital. Dia dah tahap lali dengan benda-benda ni sampai boleh makan sebelah mayat yang dah dibedah (masa rehat) dengan takde apa-apanya. Kadang-kadang bila ada kes polis yang mana ada mayat yang dijumpai dalam keadaan yang dah tak sempurna dan dia kena masuk bilik mayat malam-malam untuk buat bedah siasat, dia rilek je masuk bertugas. Kadang-kadang kena 'kacau' time buat kerja, tapi dia jenis yang attitude 'aku tak kacau kau, kau tak kacau aku'. Walaupun nampak seram, tapi dia kata dia lebih suka sebab tak payah nak hadap birokrasi hospital dan tak payah risau kena saman pesakit sebab 'pesakit' dia semua dah tak bernyawa. Dalam erti kata lain, kerja dia lebih 'aman' dari jadi doktor pesakit hidup.
Next year cuba lagi Khadeeja 💪
ReplyDeleteBerani² sis & anak² ye ... PH belum tentu masuk muzium camni, lemah semangat :(
Dulu penah la berangan2 nak sambung medic lepas SPM tapi result subjek Sains tulen (Bio, Kimia & Fizik) tak melayakkan sambung dalam bidang ni hehe. Apapun bila tengok mayat yg diawetkan ni, mengingatkan tentang kehidupan dan kematian.
Deletecongrats khadeeja! bagusnya masuk competition spelling bee tu!
ReplyDeleteTQ MZ. Sekurang2nya dia dapat belajar term2 medical masa menelaah spelling tu hehe
Deletepengalaman utk khadeeja join pertandingan spelling....muzium camni kalau lemah semangat tkbole masuk..takut ngigau
ReplyDeletemacam mana laa boleh makan sebelah mayat yang dibedah... saya tengok organ dalaman olok-olok tu pun dah pitam berpinar-pinar dlm.dewan pameran kesihatan (kisah masa study dulu)🤣... bla.jadi mcm tu barulah sedar kenapa Allah tak makbulkan hasrat nak jd doktor..
ReplyDeletedulu2 lah..masa kecik2 cita2 nak jadi pakar bedah forensik...tapi tulah, belajar malas kan..alhamdulillah jadilah penyelia asrama je...hihihi
ReplyDeletekalau ikot, lorong tu ada dah...tp tetiba masa sek men kita pangkah subjek biologi...hahaha
Tahniah Khadeeja.. Takpe, nanti boleh cuba lagi..
ReplyDeletekerjaya bedah mayat tu pernah diimpikan satu masa dahulu.. kikiki..
Sekarang suka layan drama atau filem yang ada babak bedah-bedah ini..
Alhamdulillah, Khadeeja berjaya memasuki pertandingan.. pengalaman yg amat berharga..
ReplyDeletemenakutkan juga tengkorak2 tu... xtidur malam kan...
dapat kutip pengalaman utk khadeeja.. =)
ReplyDeleteWow Muzium ni memang menarik untuk dikunjungi ni. Moga ada rezeki Khadeeja next time masuk ya.
ReplyDeleteSamaaa macam 2 adik saya.mereka dokter juga. JD dah biasa lihat mayat atau kondisi mengerikan dari manusia yg tertabrak lah atau apapun.
ReplyDeleteNah kali museum forensik seperti ini saya sukaaaaa kak. Di Bangkok pernah lihat. Namanya Siriraj forensic museum. Dalam kawasan Siriraj medical university.
Itu paraaaah. Sampai jenazah anak bayi yg maaf, cacat, mereka ada. Yg kepala 2, atau menyatu badannya etc. semua kondisi diawetkan utk kepentingan medis. Saat saya tanya memang itu jenazah anak2' dari keluarga miskin yg tak mampu. 😭
Lalu ada juga bagian2 tubuh manusia, macam jantung, oaru2 smokers, liver yg ditusuk pisau, korban kena bom, semua lengkap bentuknya dan asli.
Trakhir jenazah penjahat rapi.st dan pembu.nuh anak kecil yg dihukum mati, itu pun diawetkan badannya.
Gilaa kalo Thailand memang 😄😄. Berani sangat merekam kalo bicara museum. Museum di sana
antimainstream semua. 👍👍
Tahniah khadeeja
ReplyDeletebagusnya...berani masuk tu pun dah bagus dah... congrats!!
ReplyDeletemuzium tu..emm, kalau MA xberani la kot
Takpe Khadeeja dah buat yang terbaik dah pun kan...next year join lagi ye...
ReplyDelete