Ni kisah bulan lepas. Lepas jemput Khadeeja dari sekolah (naik LRT), aku ajak dia pergi ke Petaling Street sebab nak beli hamper dari butik coklat Beryl's untuk hadiah Hari Guru. Tapi sayangnya masa kiteorang sampai tu, dah tutup pulak butik coklat tu. 

Masa berjalan balik ke stesen MRT nak balik ke rumah, ternampak kedai teh Chagee ni. Eh, apa lagi menyinggah la sekejap.


Chagee @ Petaling Street
Baru bukak agaknya sebelum tu tak perasan pun

Chagee @ Petaling Street
Cantik dan nampak luas je dalam kedai ni

Sebab ni first time masuk kedai teh Chagee, jadi agak canggung sikit nak buat pesanan. Rupa-rupanya kena imbas kod QR, pilih lokasi kedai dan buat pesanan. Boleh pilih bayar di kaunter atau dalam talian.


Chagee @ Petaling Street
Suka tengok perkataan Chagee ni sebab berseni

Chagee
Aku pilih black milk tea dan Khadeeja pulak pilih fresh watermelon jasmine tea. OK la, not bad tak manis sangat sebab aku pilih option kurang gula.

Aku ni bukanlah penggemar minuman teh yang hipster ni. Teh boba pun dah lama tak minum aku rasa last sekali beli teh boba pun 2 tahun lepas. Tapi aku masuk ke sini sebab nak paper bag Chagee ni hehe. Paper bag Chagee ni serius lawa dan kualiti pun premium. Design beg pun ala-ala beg Christian Dior. 

Aku nak beg Chagee ni sebab nak buat jadi kotak tisu. Aku follow tutorial dekat sini untuk tukarkan paper bag ni jadi kotak tisu.


tissue box
Serius lawa kan kotak tisu ni?

So kalau korang penggemar minuman teh Chagee, jangan buang paper bag sbb boleh recycle jadi kotak tisu yang lawa. Selamat mencuba!

18 comments:

  1. Kannn.. cantik papar bag Chagee ni. Berbaloi la beli memang lawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sanggup beli teh semata2 nak paper bag hihi...

      Delete
  2. Cantik! Cup dia pun lawa yang B&W tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... sayang nak buang tapi kalau fikir balik takut menyemak je kat dapur huhu

      Delete
  3. Tak tahu pun kewujudan brand ni🤣🤣🤣 tp siyes la paperbag tu sgt lawa. I likeee🥰❤️😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru lagi ni MZ, walaupun baru tapi dah ada sijil halal jakim. lawa kan paper bag dia, tu yg sanggup beli teh sbb nak paper bag 🤣

      Delete
  4. kak ret ada tgk yg org tukar paper bag jadi tote bag.. nice gak...! nanti nak try la buat camtu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ada ye? Kalau dha try boleh post nak belajar gak hehe

      Delete
  5. Anak2 uncle pun peminat chagee ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa biasa2 je la teh nya sbb bukan peminat teh sgt pun.

      Delete
  6. Waah menarik 👍👍. Nantilah kalo sempat nak coba juga teh di sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat Petaling Street ada kedai ni fanny. Rasanya di Pulau Pinang pun ada jugak cawangannya.

      Delete
  7. tk pernh try lg minum air kt changee ni tp slalu tgk kwn2 beli...mmg cantik bekas & paperbagnya tp tula sbb katanya air byk berasaskan tea takut tk terminum je hehe...air khadeeja tu watermelon + jasmine tea la ye...oh bole jdkan bekas tisu...cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. minum sekali je. utk org yg bukan penggemar teh (kecuali teh tarik hehe), rasanya biasa je bagi saya. Tapi saya pergi semata2 nak dapat paper bag sbb lawa hehe

      Delete
  8. suka teh Chagee...menarik..beg convert jd kotak tisu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bukan penggemar teh so tak berapa nak pandai menilai kesedapan teh chagee hehe. Cantik kan beg dia?

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .