Salam Jumaat semua,
Terasa cepat je masa berlalu minggu ni. Tiba-tiba dah hari Jumaat hihi... Kisah birthday staycation di Pulau Perhentian aku tangguhkan dulu sebab banyak sangat gambar nak kena edit dan pilih. Aku sejenis tak suka tepek je gambar banyak-banyak sebab takut pembaca blog bosan asyik kena scroll gambar je. Nak tulis caption satu hal lagi haha. Jadi biasanya aku akan pilih gambar yang paling bagi impak dengan mesej yang nak disampaikan. Mungkin dah terbiasa sebab dulu pernah bertugas dalam bidang Corporate Comm dan dah jadi tugas aku menyampaikan maklumat yang ringkas, tepat dan padat haa gituuuu....
Sementara nak mengeluarkan post birthday staycation tu, aku share dulu la pasal kedai makan yang kiteorang pergi minggu lepas. Masa tu Suami Terchenta ambik cuti ganti, jadi apa lagi ambik kesempatan la ajak dia keluar makan berdua. Kalau bawak anak-anak ke kedai makan macam ni memang confirm dieorang tak minat. Kena pergi berdua je huhu...
Kedai makan ni sekarang agak famous dekat IG reel bersepah orang buat review makan kat sini. Kedai ni terletak di Taman Selaseh, Batu Caves, tak jauh dari rumah kiteorang. Menariknya dekat sini ada banyak pilihan lauk-lauk kampung, menu masakan padang dan pelbagai pilihan sambal.
Restoran Sambal Sarimah |
Dah namanya benda viral, memang ramai la pelanggan yang datang makan tengahari kat sini, termasuk aku dan Suami Terchenta hihi. Meja makan dalam kedai agak padat dan memang kena berhimpit-himpit sikit.
Macam-macam menu ada... |
Masuk-masuk je aku terus rambang mata weyh... Betul la macam kedai ni claim - ada pelbagai jenis sambal dekat sini semuanya nampak menarik. Sambal bilis kantan, sambal tempoyak ikan bilis, sambal bilis petai, sambal hijau ikan masin, eh banyak la jenis sambal yang ada!
Nak pilih sambal apa pun dah pening kepala sebab banyak jenis sambal... |
Dah settle masalah pilih sambal, satu lagi masalah timbul - nak pilih lauk apa. Tak pernah-pernah aku sepening ni nak makan tengahari ye! 🤣
Masakan padang dan masakan kampung yang lain. Sambal goreng jawa pun ada jugak. |
Ulam-ulaman, sup bebola ayam (untuk budak-budak kot), sambal bilis tempoyak daun, daging salai masak lemak cili api, dan gulai tunjang |
Akhirnya lepas dah melalui semua kepeningan memilih lauk, ni la pilihan muktamad aku:
Sambal goreng jawa, sambal ikan bilis kantan, sambal hijau ikan masin, sambal bilis tempoyak daun dan gulai tunjang. Nampak tak aku gelap mata bila pilih sambal? |
Tak sempat ambik gambar pilihan lauk Suami Terchenta sebab by the time aku sampai meja dia dah habis makan separuh pinggan. Nampak tak betapa lamanya aku memilih lauk? 😅 Yang aku ingat dia ambik daging salai masak lemak, tapi dia kata daging tu liat sikit.
Overall aku rasa ok la sedap boleh repeat dan satu lagi sebab lauk-lauk kampung, sambal-sambal dan menu padang kat sini semua yang aku minat.
Cuma bagi aku servis dieorang kena improve sebab pelanggan kena tunggu lama untuk ambik nasi (kat sini pekerja restoran yang kena kautkan nasi). Dieorang letak 2 orang je pekerja restoran untuk serve customers, which aku rasa tak cukup lagi-lagi time peak hours dengan pilihan lauk yang banyak tu.
Oh ya, konsep kat sini lepas ambik pinggan nasi dan pilih lauk, kena pergi ke kaunter dan tunjuk pinggan kita untuk pekerja kat kaunter kirakan harga. Kalau nak makan berhidang pun boleh tapi aku rasa tu sesuai kalau pergi satu keluarga atau lebih dari 2 orang.
Sambal Sarimah
wow..banyaknya sambal...kalau SA pun memang x reti dah nak oilih sambal mana tu sebab dah rambang mata kan
ReplyDeleteYe, semua sambal nampak menyelerakan pulak tu. Lain kali datang sini lagi nak cuba sambal lain pulak. Sambal bilis kantan tu sedap!
DeleteNi kena datang banyak kali untuk merasa pelbagai jenis lauk dan sambal yang banyak macam tu.
ReplyDeleteBetul tu Kak Amie, nasib baik dekat je dengan rumah hehe
DeleteWahh menu banyaknya memang pening nak pilih, sedap nampak semua nya.
ReplyDeleteLauk kampung semuanya sedap, susah betul nak pilih mana satu nak ambik.
DeleteTerima kasih atas perkongsian. Akan terjah sini kalau 'tersesat'.
ReplyDeleteNanti ko sampai sini boleh la buat review ko pulak Shai.
Deletelauk2 kg gini fav my hubby laaaa
ReplyDeleteMine too 😄 dulu2 minat western, dah menginjak umur 40an ni tukar pulak selera ke arah masakan kampung mcm ni.
DeleteTp kita suka masa kedai ni kt padang balang.. br rs nikmat makan.. bila dh pindah ni rs lauk dia cam bole la... kdg hari jumaat mmg slalu lepak sini ngan cousin n bdk2. Gi sini mmg kena awal, kalau lmbt mmg tgl luk pauk yg x best je la hehe
ReplyDeleteOo.. dulu kat padang balang ye. tu la kiteorg datang awal hari tu so lauk mmg banyak dan rambang mata nak pilih
DeleteOrang tua pun makan sup bebola tu.... (Sambil tunjuk muka sendiri)
ReplyDeleteLa ingatkan untuk budak2 je hehe
Deletenampak meriah banyak menu. tapi kalau LM sure tak tau nak pilih sebab rambang mata
ReplyDeleteSaya pun macam tu jugak, susah betul nak pilih lauk sbb semua nampak best hehe
Deletesedapnye nampak lauk pauk...
ReplyDeleteLauk2 kampung mmg menyelerakan 😊
Deletemcm2 sambal yg ada. pening kepala nak pilih. cuma sy x leh mkn pedas2. takut sakit perut plak...huhuhu...
ReplyDeleteSambal2 kat sini tak berapa pedas sbb saya pun tak makan pedas Abe Kie.
Deleteterus craving menu padang! masalahnya dekat KK ni macam ada 1-2 tempat je yg ada but okay la dari tiada ~
ReplyDeleteKat tempat saya (Bintulu) langsung tiada 😅 bila tinggal di KL baru dapat makan masakan padang.
Deletehusband ada tunjuk juga tmpt mkn ni dr video tiktok...tp baca review servis slow & harga bole tahan juga
ReplyDeleteAah time peak hour mmg servis agak slow sbb pekerja 2 orang je nak layan dekat kaunter makanan tu. Harga pun mmg boleh tahan, tapi nasib baik sedap.
Deletelagi banyak lauk, lagi jam otak nak memilih
ReplyDeleteYe Ammi. Rambang mata dibuatnya, lagi2 sbb lauk kampung mmg my favourite hehe
DeleteKalau gini banyaknya, Sha pun pening.. hahaha.. mau lama dekat depan lauk dan sambal je.. kikiki..
ReplyDeleteTu la, ada hikmahnya jugak lama tunggu dapat nasi, boleh la tengok2 dulu lauk sambil fikir nak lauk apa hehe
DeleteDah saya catat jugaa 😍😄. Kenapalah kemarin tak kesini yaaa. Tapi memang kalo keluarga ramai macam saya kemarin susah kalo jauh2 sangat. Makanya yg saya cari hanya sekitaran hotel.
ReplyDeletePaling suka menu aneka sambal begini 😍😍😍.
Dan betul, bisa lamaaaaa sangat memilih hahahahah.
Yg Carneyz bagikemarin, daging salaindan bumbu laksa, saya belum buat lagi. Perlengkapan untuk laksa belum saya beli. Nanti beli dulu 😄. Nak buat yg lengkap toppingnya 😍😄
Kalau pergi ramai2 takut tak cukup meja sebab restorannya kecik dan ramai yang gemar makan tengahari di sini. Tunggu Fanny datang dgn teman2 boleh saya bawak ke sini 😊
DeleteDaging salai tu ready-made tau Fanny. Cuma perlu rendam dalam air panas lepas tu boleh terus makan dengan nasi putih panas-panas dan saya suka jugak kalau ada telur asin lawannya hehe. Pes laksa Sarawak tu kalau nak buat rasa asli macam laksa di Dapur Sarawak tu, Fanny Whatsapp je saya tau.