Masa kiteorang hantar Khadeeja join Medical Spelling Bees di USIM, sebelum balik ke KL tengahari tu kiteorang sempat melencong ke sebuah kedai makan di Seremban untuk lunch. Aku tau pasal tempat ni dari mana lagi kalau bukan dari IG reel seorang foodie. Kalau dah ke Negeri Sembilan mesti la kita nak makan masakan nogori betul tak?


Hardwood Kafe
Lauk nogori yang kiteorang ambik -  gulai telur itik, sambal daun kayu tempoyak, ketam masak cili api, daging salai masak lemak cili api dan ayam goreng

Dari luar kafe ni nampak macam rumah kampung tradisional dengan atap rumbia dan dinding dari anyaman tikar. Suasana sekeliling kedai makan pun redup je dengan pokok-pokok tanaman dalam pasu. Dalam kedai makan pulak memanjang dengan perabot dari kayu jati dan corak anyaman di dinding dan siling. Walaupun menonjolkan ciri tradisional, tapi kedai makan ni ada aircond jadi pelanggan pun selesa bila duduk di tempat makan yang berhawa dingin.


Hardwood Kafe
Luar kafe

Hardwood Kafe
Ruang makan di dalam

Konsep kat sini kita pilih lauk mana yang nak ambik dan untuk berapa orang makan, lepas tu dieorang akan hantar ke meja makan.

masakan tradisional Negeri Sembilan
Pelbagai pilihan gulai

masakan tradisional Negeri Sembilan
Best nya makanan kat sini semua fresh

masakan tradisional Negeri Sembilan
First time jumpa gulai jangek. Orang Nismilan boleh explain ke gulai jangek tu apa?

Overall aku rasa makanan kat sini sedap dan memang menepati tekak aku - tak terlalu pedas jadi orang yang tak kuat makan pedas macam aku mesti suka tempat ni. Semua lauk yang kiteorang pilih tu, semuanya aku suka. Semua licin habis kecuali sambal daun kayu tempoyak sebab yang tu je Suami Terchenta tak tolong habiskan sebab dia tak gemar tempoyak.

Next time kalau ke Seremban lagi, aku rasa nak singgah makan kat sini lagi sebab tempat selesa, makanan semua sedap-sedap. Harga bagi aku agak pricey la tapi worth sebab makanan especially ketam tu fresh dan besar. Sis kasi 5 bintang!

18 comments:

  1. Replies
    1. Kot2 la MZ dgn hubby jalan2 cari makan lagi, boleh la try singgah makan di sini. Sedap2 semuanya 👍🏻

      Delete
  2. Menu semua sedap2 tu. Nampak pun sangat fresh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap Kak Mulan, ketam tu fresh & banyak isi. Puas hati makan.

      Delete
  3. Ni buat rasa macam nak singgah Somban. Tapi tu la, Pak Inche kurang gemar masakan lemak cili api ni. Lauk kari ada tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak mcm takde je lauk kari kat situ. Lebih kepada gulai dan masak lemak cili api.

      Delete
  4. Baguslah diorang letak label 2 macam tu...

    ReplyDelete
  5. Cantiknya bumbung dia....klasik sangat kan.....makanan pun nampak menyelerakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kafe berkonsepkan tradisi Negeri Sembilan, dari bangunan kafe sampai la ke lauk semuanya tradisi Nismilan 😄

      Delete
  6. uish berapa byk jenis gulai tu? nampak sedap!

    ReplyDelete
  7. Rambang nak pilih gulai ni...
    sy part lauk berkuah kalau byk pilihan mmg akan excited

    ReplyDelete
  8. Okey nanti boleh terjah bawak PZ...nampak sini pilihan makanan banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jauh dari rumah SA la kan. Mesti Pak Zain suka.

      Delete
  9. Sha suka paparan macam ini.. Ada nama menu.. senang nak pilih..
    Kalau tak pedas sangat bolehlah mencuba nanti..

    ReplyDelete
  10. Ok, utk next kalo ke KL 😍😍😍😍. Makanan beginiiii yg saya suka niiih. Krn gulai nya mirip dengan gulai sumatera. Kental, rempah kuat, pedas sedikit. Kalo di Jawa gulainya enceeeer, tak banyak rempah. Makanya tiap kali ke Medan, pasti saya nak puas2kan makan gulai dan kari nya.

    Kalo Malaysia, gulainya pun mirip sumatera..Krn penggunaan rempah yg banyak. ❤️

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .