First time jumpa Fanny tahun lepas masa dia turun ke KL dengan geng jalan-jalan dia. Tahun ni bila dia bagitau dia akan ke KL lagi, mestilah aku tak nak lepaskan peluang berjumpa dengan Fanny sekali lagi. 

Plan asalnya nak jumpa dengan Fanny dan Kak Retna masa hi-tea je sebab nak celebrate birthday kiteorang bulan ni (kiteorang bertiga June a.k.a Gemini babies!). Tapi bila Fanny bagitau tengahari tu dia jumpa dengan sis Suzi (atau nickname Mama Zharfan @ MZ) & sis Ezna, aku pun rasa nak join sekali sebab dieorang ni antara bloggers yang aku selalu lawat blog dieorang dan pernah jumpa sekali (MZ masa dia datang beraya di rumah bulan lepas, sis Ezna pulak masa sama-sama menghadiri jemputan kenduri kahwin blogger Suria Amanda). 


Lunch dengan Fanny & Sis Ezna

Awalnya, aku tak confirm kan lagi dapat join lunch sebab nak kena sediakan makanan tengahari untuk Khayla sebelum dia turun ke sekolah. Aku takut lambat dan buat orang lain tertunggu-tunggu pulak. Tapi Alhamdulillah, dapat siapkan makanan awal dan make sure Khayla makan dulu sebelum aku bersiap dan keluar.

On the way naik LRT nak ke tempat perjumpaan di KLCC, Fanny bagitau MZ tak dapat join sebab keretanya masuk bengkel. Allahu, simpati dengan dugaan MZ di hari Jumaat. Sempat jugak aku bermesej-mesej dengan MZ masa tu. Nampaknya takde rezeki jumpa MZ kali ni. 

Mula-mula Fanny bagitau nak berjumpa di O'Briens, tapi penuh pulak. So kiteorang try nasib ke Two Sons On The Park @ KLCC. Mak aih, sama jugak panjang barisan nak masuk ke Two Sons ni. Tapi kiteorang decide nak beratur je la, kalau dalam 10 minit tak dapat meja baru kiteorang fikirkan alternatif lain. KLCC masa lunch hour memang mencabar sikit nak cari tempat makan kosong 😅 Dari zaman aku bekerja kat situ lagi dah faham sangat suasana di KLCC pada tengahari Jumaat.

Tapi tak sampai 10 minit beratur, ada tempat duduk kosong. Wah, rezeki Fanny la tu, sebab teringat dia pernah komen teringin nak cuba chilli butter cream clams dekat situ. Terus Fanny update dekat sis Ezna yang kiteorang dah tukar tempat ke Two Sons sebab masa ni dia dengan anaknya Dania masih dalam perjalanan dari Putrajaya ke KLCC lagi. Katanya kelas Dania habis lewat sikit sebab tu dieorang lambat sampai. 

Bila sis Ezna dan Dania sampai, auto meriah meja kiteorang hehehe. Sis Ezna ni sangat la peramah orangnya, buatkan kiteorang rasa macam dah kenal lama bila berborak-borak dengan dia. Tak kekok langsung. Macam-macam topik keluar - dari topik travel, makanan, sekolah di Indonesia dan Malaysia, kehidupan seharian sampai la perbezaan mazhab agama di Indonesia dan Malaysia pun masuk dalam perbincangan ye 😅. Nampak tak betapa senangnya flow perbualan kiteorang walaupun baru first time duduk bersembang hehe. Dania pulak malu-malu sikit, tapi asyik senyum je. Manis betul orangnya. 


bloggers Malaysia dan Indonesia
Bersama Fanny, Dania dan sis Ezna

Since dekat Two Sons ni kebanyakan menunya for sharing, jadi tak banyak variety menu yang kiteorang pesan - macam biasa aku pesan specialty dekat sini iaitu chilli butter cream clams (big pot) untuk kongsi makan, dengan mantou goreng (order ekstra sebab 4 keping je tak cukup!). Sis Ezna dengan Dania pulak pesan margherita pizza. Fanny pulak pesan laksam sebab dia tak pernah lagi cuba laksam. To be honest ya Fanny, saya pun belum pernah makan laksam! 🤣 Tapi bila orang Indonesia tanya aku pasal laksam, terpaksalah aku buat-buat tahu berdasarkan apa yang aku dengar pasal laksam hehe. Fanny kata dekat Indonesia pun ada hidangan yang mirip rupa laksam, tapi di Palembang dikenali sebagai laksan.


Two Sons On The Park @ KLCC
Dari atas kiri ikut arah jam: Laksam, pizza margherita, mantou goreng dan chilli butter cream clams

Lepas lunch, kiteorang beralih ke Gula Cakery for dessert pulak. Biar banyak post Fanny pasal tempat makan kat KL ni hihi. Gula Cakery ni rasanya baru bukak kat KLCC. Rezeki kiteorang sekali lagi masa sampai tu ada satu meja kosong (sebelum tu memang packed betul tempat tu).


Keylime tart, berry pavlova
Keylime Tart (bawah) & Berry Pavlova (atas)

Gula Cakery KLCC
Muka kenyang tapi tak puas bersembang sebab tu cari kedai dessert pulak 🤭 (foto kredit: Sis Ezna)

Dalam pukul 3.30 petang macam tu, baru la masing-masing kena gerak (aku kena ambik Khadeeja di sekolah dan sis Ezna dan Dania pulak kena ambik KLIA transit balik ke Putrajaya). Anyway, seronok sebab dapat jumpa dan kenal rapat dengan sis Ezna dan Dania. Hopefully lepas ni ada peluang berjumpa lagi macam ni. Terima kasih buat sis Ezna sudi belanja kek di Gula Cakery, semoga murah rezeki sis sekeluarga 🤲🏻.


Hi-Tea dengan Fanny & Suami, Kak Retna dan Zuwien

Petang tu agak kelam-kabut sikit sebab hujan. Singgah solat di stesen MRT HKL dan terus ke sekolah Khadeeja. Lepas hantar dia balik ke rumah dan ambik ole-ole dan hadiah untuk Fanny dan Kak Retna, kena berkejar balik ke KLCC. End up sampai lambat di Kenny Hills Bistro @ Four Seasons KL, dekat-dekat pukul 6 petang baru sampai. Sebab dah sampai lambat sangat tak sempat ambik gambar makanan kecuali makanan diri-sendiri je hehe.


mushroom risotto
Mushroom & truffle risotto

Kalau tadi lunch dengan circle the mommies (sebab kiteorang bertiga ibu-ibu rumahtangga 😅), kali ni hi-tea dengan circle banking pulak (sebab dieorang ni masing-masing bekerja / pernah bekerja dalam sektor banking kecuali aku. Tapi Suami Terchenta pun pekerja bank jugak, so boleh la masuk sikit2 kan? Hehe). So topik kali ni banyak berkaitan dengan budaya kerja dalam sektor banking. Tapi ada la jugak selit-selit topik tempat-tempat menarik di Malaysia dan Indonesia.


Kenny Hills Bistro @ Four Seasons KL
Suami Fanny, Raka pun sama macam Fanny jugak, peramah dan ringan mulut. Yang belakang Uyum tu kawan Kak Retna, Zuwien. Pun first time jumpa dan kelakar jugak orangnya.

Sebelum balik, kiteorang bertiga bertukar-tukar hadiah birthday. Terima kasih Fanny dan Kak Retna atas pemberian hadiah yang menarik (lupa nak ambik gambar tote bag motif batik dari Kak Retna, siyes cantik!). Tahun lepas Fanny bagi hadiah telekung Siti Khadijah, tahun ni pulak dia bagi telekung travel 😍. Alhamdulillah, semoga pahala ibadahnya mengalir ke Fanny jugak, Ameen YRA 🤲🏻.

Suka sangat sebab telekung ni jenis kain ringan dan design ala-ala jubah hoodie. Telekung travel aku beli kat Shopee pun jenis kain ringan jugak tapi masalahnya bila solat bawah kipas angin, boleh terselak sampai tertanggal telekungnya time solat! Telekung yang Fanny bagi ni Insha Allah takde masalah telekung terselak lagi. Selain telekung travel, ada brooch yang cantik, sejadah travel, fridge magnet dan beg kait yang comel. Semuanya aku suka 🥰.


Indonesia
Hadiah / ole2 dari Fanny

Kenny Hills Bistro @ Four Seasons KL
Berfoto sekali lagi sebelum balik.

Anyway, thank you kepada siapa yang belanja hi-tea merangkap makan malam tu (boleh tak lupa nak tanya siapa gara-gara dan lewat & nak cepat balik sebelum habis waktu Maghrib 😅). Semoga murah rezeki orang yang belanja makan petang tu, Ameen YRA! 🤲🏻

34 comments:

  1. bestnya dapat jumpa geng2 blogger.. teringat dulu zaman2 remaja suka chatting kat internet..
    lepas tu pakat jumpa ramai2 camni.. seronok dapat bersua muka dengan kawan alam maya ni kan.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kelebihan berblogging, dapat jumpa kawan2 baru 😄 Harap2 satu hari nanti ada rezeki jumpa sis pulak.

      Delete
  2. Hahaha meriah si fanny dr pagi smp malam..mau meletop perut dia hehee

    Btw tq juga hadiah dr carneyz.. wangi tau!! Next yr bole celeb sesama lagi hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... ramai betul blogger yg dia jumpa trip kali ni. Tq tau Kak Ret, suka sangat tote bag corak batik tu 😍 next year celebrate sama2 lagi hehehe

      Delete
  3. Seronoknya dapat jumpa geng blogger. Patut la hari tu Fanny komen blog Cie katanya nak turun KL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok sgt Cie, sbb bukan selalu pun dapat jumpa hehe

      Delete
  4. Wah, dalam sehari, dua kali Carneyz ber-gathering dengan geng blogger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab berjumpa dgn orang lain2 tu yg sampai 2x turun ke KLCC hehe.

      Delete
  5. best sungguh dpt dating2 gini...apakan daya tak dpt nak join :( moga2 ada lagi peluang dan kesempatan in the future nak jumpa fanny dan carneyz jugakkkk cutenya hadiah2 tuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la... takpe la MZ, mungkin ada hikmah di sebaliknya kan. Ameen... semoga ada peluang dan kesemputan berjumpa sama2 lagi.

      Delete
  6. Oih! Sampai dua sesi? Amboi!

    Fanny memang awesome kan? Raka tu senang je nak blend dengan kawan baru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next time join sesi dgn Uncle Gedek pulak ke hehe. Aah dua2 cepat mesra dgn orang yg baru kenal. Memang sepadan sangat dieorang berdua tu kan Uncle

      Delete
  7. Alhamdulillah.
    Rezeki dapat bertemu rakan-rakan blogger.
    Moga ukhuwah terus berpanjangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, semoga ada rezeki jumpa Kak Amie pulak ke hehe

      Delete
  8. Bestnyaaa....x dan nak jumpa Fanny, now dia di Penang kan...tapi titipan hadiah birthday Fanny dah selamat sampai semalam..alhamdulillah...apapun satu masa nanti nak bertentang mata dengan Fanny dan uolls juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen... semoga ada peluang dan kesempatan lepak dgn SA, MA dan geng2 blogger yg lain 😄

      Delete
  9. Alhamdulilah ukhwah alam maya terus dapat jumpa kann..
    Lama tak gather-gahter laa, macam nak turun KL sebab Abang Sabar tengah shutdown ni kat Pengerang hahahaha.. boleh plan ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom2x... pintu rumah kiteorg sentiasa terbuka ni hehehe

      Delete
  10. Senang banget bisa ketemuan teman"sesama bloggers ,dari dunia maya ke dunia nyata 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, senang banget ketemu dengan Fanny, ternyata ramah dan mudah mesra orangnya. Juga dengan rakan2 blogger yang lain 😄

      Delete
  11. syok dpt gather2 ngan blogger especially blogger dr seberang.....best tu mkn2 lg kt two sons...tu la fanny ajak juga join yg sesi bersama ezna , carneyz & retna tp sygnya tk dpt join

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala.. sayangnya. Tapi faham, sbb hari Jumaat hari bekerja kan. Lepas tu nak ke KLCC tu jem jugak. Takpe, next time mungkin dapat jumpa akak pulak 😊

      Delete
  12. borak borak sambil makan sampai tak sedar kejap je masa berlalu kan?
    sempat juga jumpa fanny & family tp pd hari lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak puas rasa bersembang lagi2 bila jumpa dgn org2 yg peramah. Kita tukang tokok-tambah je hehe.

      Delete
  13. seronoknya...fanny ni buat Malaysia macam sebelah taman je ye. kejap di Indonesia kejap di Malyasia..hebat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, rezeki dia pandai cari tiket murah 😅 lagipun dia kan travel blogger kena belajar ilmu pegi jalan2 dgn dia ni.

      Delete
  14. Alhamdulilah dapat berjumpa dengan Carneyz dan Fanny. Bersyukur sangat. The more the merrier. Suzz pulak tak dapat nak join. Tak apa...insya allah di kesempatan lain moga kita dapat berjumpa. Tapi....errr jumpa Fanny kan persis Laudya Cynthia Bella lah. Dah la sis suka dan berkenan dengan Laudya tu ha....terima kasih Carneyz dapat merasa clam tu. Sedap juga ya cicah roti mantao tu.

    Selamat berkenalan juga buat Fanny!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, the more the merrier. Tu yg tanya kat Fanny boleh ke join sekali lunch dgn sis Ezna & Suzy sbb nak berkenalan jugak hihi.

      Delete
  15. Alhamdulillah tumpang seronok tengok gathering ni. Moga ukhuwah berkekalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, bila pulak nak gathering dgn Kak Mulan pulak ye hihi

      Delete
  16. Wah!! Ohsem sangat ini..
    Dating dengan geng-geng blogger.. Terbaiklah uolls..

    ReplyDelete
  17. Happy sangaaaaaaaaat 😍😍😍😍😍❤️. Saya sengaja kosongkan hari saat itu demi bisa lancar ketemu teman2 blogger dari siang sampai malam 🤣🤣. Dan memang tak sangka pula sampai malam betuuul 😄🤭. Appreciate sangaaat teman2 bloggers Malaysia ini sampai mau ketemu di malam sekalipun, terutama uncle dan kak Amy 😍🤗.

    Two sons itu saya nanti nak DTG lagi ajak suami . Dia hrs coba clams nya 😄😄. Anak saya pula suka pizza. JD mereka pasti akan pesan pizza di sana. Sedaap memang. Saya baru akan update cerita blog lagi Selasa esok. Balik jakarta demam pula . Perubahan suhu panas, hujan panas, ditambah saya minum es banyak selama liburan, langsung demam , batuk pilek 🤭

    Thank you Carneyz, dan kak ezna, senang bisa ketemu. Kak ezna pula sampai bawa koper utk bawa gift buat teman yg lain 🤗🤗.

    Pokoknya, pleaseeee contact me kalo nak ke jakarta yaaa. Saya akan bawa jalan2 kliling jakarta pakai mobil saya. 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga senang bertemu dengan fanny dan sis Ezna 😄 lain kali ke KL lagi harus berjumpa lagi ya. Mungkin kita cuba makan di TGSK pulak ke. Insha Allah, kalau ada rezeki ke Jakarta akan saya maklumkan dengan Fanny 😊

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .