Birthday Staycation: W Hotel (Part 4)
Bukanlah staycation namanya kalau tak ambik pakej sarapan pagi di hotel. Sarapan pagi sebenarnya untuk dua orang je dalam room rate, so kiteorang kena add-on untuk 2 orang lagi.
Nama restoran tempat kiteorang breakfast ialah Flock. Masa kiteorang sampai macam tak ramai orang pun yang dah turun breakfast. Mungkin masing-masing masih nyenyak tidur atas tilam yang empuk.
|
Egg station ni antara tempat wajib singgah - macam-macam pilihan hidangan telur yang kita boleh pesan! |
Lepas kiteorang bagitau nombor bilik, terus staff restoran bawak ke tempat duduk dan tanya kiteorang nak pesan minuman apa. Aku dan Suami Terchenta dua-dua pesan teh tarik kurang manis. Anak-anak pulak nak hot chocolate. Aku pesan sekali eggs benedict dari signature menu Flock, my favourite egg dish.
|
Breakfast dekat sini berkonsepkan buffet tapi ada disediakan jugak signature menu
|
|
Eggs benedict with smoked salmon |
|
Nasi lemak dengan pelbagai pilihan lauk - tapi bagi aku sambal nasi lemak dia kurang menyerlah. Nasi lemak paling sedap aku makan di hotel ialah di Grand Hyatt KL. |
Trick aku bila makan buffet kat hotel ialah aku akan ambik sikit je untuk setiap hidangan supaya aku boleh rasa hampir kesemua makanan yang dihidangkan. Contohnya aku ambik nasi lemak sesenduk dan ambik ayam goreng berempah seketul kecik lepas tu ambik kuah rendang je untuk rasa. Satu lagi trick aku dan Suami Terchenta akan ambik makanan berbeza pastu kiteorang cilok sikit dari pinggan masing-masing. Ahaks!
|
Atas: Fresh salad dengan pelbagai jenis sos, tengah (kiri: pilihan buah-buahan; kanan: pilihan salad), bawah: pilihan cheese, crackers dan cured meat |
|
Atas: side dishes untuk hidangan telur (baked beans, beef bacon, etc.), tengah kiri: roti paratha dengan kuah dhal, cucur bawang, etc.; kanan: jus segar, susu, bawah: pelbagai pilihan bijirin sarapan pagi |
|
Atas: Pilihan roti dengan pelbagai jem, krim dan mentega; bawah kiri: waffle, frech toast, lempeng kelapa; bawah kanan: kuih-kuih tradisional dan bubur berlauk |
|
Pelbagai pilihan pastry |
|
Hiasan menggunakan rempah-ratus |
Alhamdulillah semuanya memuaskan tapi kalau dibandingkan dengan hotel lain, bukanlah yang terbaik. Buffet breakfast yang paling meriah bagi ialah di Le Meridien KL (teh tarik LMKL terbaik!). Cuma aku suka susunan makanan di sini dan layanan staff tip-top.
Meriah betul bufet dia, tapi betul, meriah macam mana pun mesti akan ada spoil dekat sambal nasi lemak. Tapi kita selalu jumpa bufet tak meriah sambal nasi lemak sedap pulak, hihi.
ReplyDeleteAah bagi saya sambal nasi lemak kat sini tak berapa best, tapi yg dekat Grand Hyatt sedap.
DeleteSaya tengok yang inipun meriah untuk sarapan pagi. Hehe. Boleh kenyang sampai lewat tengahari.
ReplyDeleteSampai ke petang kenyang hehe.
Deletemeriah betul buffet bf spreadnya!! memang rate 5 star hotel kan :) dan betul laaa...if staycation, wajib lah bf kat hotel hehehhe
ReplyDeleteHighlight bila choose untuk staycation ialah bilik hotel yang best dan buffet breakfast yg meriah hehe
DeleteBest woo buffet breakfast, abang Sabar kalau stay hotel nak ada breakfast hahahaha.. Tapi anak-anak kalau boleh takde pun takpe, sebab malas bangun pagi-pagi hahahaha
ReplyDeleteHaha sama mcm anak2 kiteorg. Dieorg bukan beriya2 nak breakfast, lagi sedap layan tido. Tapi Jun jenis yg tak sampai hati kalau tak bawak anak2 turun breakfast sekali walaupun kena bayar extra utk breakfast dieorg. Pastu saya yg sakit hati bila tengok dieorg ambik semangkuk cereal dengan sekeping roti je huhu... Baik takyah turun, bawak roti gardenia je lain kali 😅
DeleteSangat meriah buffetnya. Bila lah nak merasa macam ini lagi.
ReplyDeleteBoleh tu Shai. Kalau ko download apps eatigo, ada certain hotel bagi discount utk join buffet breakfast.
Delete