Untuk birthday aku setiap tahun Suami Terchenta tak tanya nak hadiah apa sebab dia tau asal birthday aku je, aku nak staycation bersama keluarga. Tahun ni dia tanya hotel rangkaian Marriott Bonvoy mana lagi yang kita belum pergi? Eh, dia dah sedia maklum jenama hotel yang akan aku pilih! 😂 Selagi belum dapat lifetime Silver Elite member, bertabah la ye memang kena pilih hotel jenama Marriott je la untuk tujuan staycation.

Sambil mengumpul jumlah malam untuk tahun ni, sambil tu mengumpul bonus points sebab bonus points ni boleh redeem untuk penginapan di hotel, villa / apartment bawah Marriott Bonvoy macam yang kiteorang buat masa stay di Istanbul tahun lepas

Tahun ni aku pilih W Hotel di tengah-tengah bandaraya KL dan tak jauh dari KLCC. Antara sebabnya selain dari kiteorang tak pernah lagi try staycation di sini, W Hotel ada promosi 5000 points untuk penginapan semalam, which is a lot. Selalunya satu malam dapat la kumpul 1000-2000 points je, bergantung dengan harga bilik hotel. Jadi bila ada offer dapat 5000 points semalam memang berbaloi sangat.


Pemandangan W Hotel dari luar sebelah malam


Lobi hotel di tingkat bawah (ground floor) dan tingkat 8 (kaunter daftar masuk di sini) 

Macam biasa tempahan dibuat menggunakan aplikasi Marriott Bonvoy. Masa tempahan ni aku bagitau siap-siap yang ni ialah birthday staycation. Biasanya untuk ahli Marriott Bonvoy, kalau bagitau kita nak celebrate birthday atau anniversary, hotel akan sediakan complimentary decor dan kek (bergantung dengan hotel, tapi kena bagi advanced notice).

Proses daftar masuk cepat dan one thing aku perasan dekat sini staff hotel sangat pantas dan mesra melayan tetamu, tak kira la staff security, front desk, guest relations yang jawab soalan dekat bahagian chat dalam aplikasi Marriott Bonvoy, bahagian F&B atau bahagian housekeeping. Semua laju je melayan pertanyaan atau request tetamu hotel. So dari sudut customer attentiveness ni aku memang impressed la.

Kiteorang tempah bilik suite Marvelous (dekat W Hotel KL ni dieorang bagi nama-nama yang unik untuk setiap bilik hotel - Wonderful, Spectacular, Mega, Cool Corner, Studio dan Marvelous) yang berkeluasan 1130 kaki persegi (dah nak sama besar dengan rumah kiteorang 😅). Jom kita tengok bilik suite Marvelous yang memang betul-betul luar biasa (marvelous) di W Hotel KL:


W Hotel KL
Pemandangan dari pintu masuk ke bilik suite - ruang bilik tidur berasingan dari ruang tamu, manakala ruang makan bersambung dengan ruang tamu

Bilik suite ni bukan setakat luas tapi jugak nampak cerah dengan penggunaan natural lighting dari luar tingkap dari pelbagai sudut bilik. Selain dari tu, penggunaan perabot yang moden dengan warna yang terang menjadikan suite ni tampak moden dan ceria. 


W Hotel KL
Close up ruang tamu. Belon-belon tu sebahagian dari complimentary birthday decor yang pihak hotel sediakan

W Hotel KL
Ruang makan yang dilengkapi dengan coffee bar, snack bar dan peti sejuk mini yang menghidangkan pelbagai minuman ringan (snek dan minuman ringan berbayar)

W Hotel KL
Geram je tengok kapsul kopi tu tapi aku dah tak boleh minum kopi sekarang

W Hotel KL
Bilik tidur dengan katil bersaiz king. Bilik suite kat hotel ni cuma ada katil king je, takde katil double single / double queen

So far, tilam W Hotel ni ialah the best hotel mattress yang empuk dan selesa (sebelum ni, aku rasa Heavenly bed di Westin hotel yang paling selesa). Sedap sangat baring kat katil ni sampaikan lepas check-in je aku dan Suami Terchenta nyenyak tertidur sampai pukul 6 petang! Lagi-lagi petang tu hujan, memang syok la tarik selimut! 😂😂

Kalau nak privacy atau nak malapkan cahaya dalam bilik, boleh tutup roller blind guna suis di dinding. Suka sangat bilik yang banyak natural lighting tapi pada masa yang sama kalau tak nak terang sangat boleh tutup bila-bila masa.


W Hotel KL
Bilik tidur berlatar belakangkan KLCC

W Hotel KL
Dari bilik kiteorang dapat tengok kolam renang hotel

Bilik tidur bersambung walk-in wardrobe yang luas dan jugak bilik air dan bilik mandi. Dekat luar bilik air tu sebenarnya ada sinki his and hers dengan cermin besar tapi aku terlupa nak ambik gambar.


W Hotel KL
Walk-in wardrobe yang menyambungkan bilik tidur dengan bilik air dan ruang tandas ni menempatkan papan seterika, seterika stim, jubah mandi, penimbang berat badan (confirm la tak guna karang stress pulak!) dan paling aku suka ada hand-held garment steamer jugak! So kalau setakat nak iron tudung sehelai tak payah pakai seterika, pakai garment steamer pun boleh.

W Hotel KL
Ruang tandas yang berasingan dari ruang bilik mandi. Ada 2 bilik air dalam bilik suite ni, satu dekat bahagian entrance bilik (dipanggil 'powder room')

W Hotel KL
Kiri: Ruang shower berasingan yang mewah (ada 2 shower, sesuai untuk pasangan suami isteri sebab tak payah berebut siapa mandi dulu 🤣)
Kanan: Ruang bathtub yang cukup besar boleh muat 2 orang dewasa 😜

W Hotel KL
Kelengkapan mandi yang paling lengkap setakat ni - ada loofah, garam mandi, sabun tangan, mouthwash, shower gel, syampu, conditioner, losyen badan, berus gigi, kapas muka, kapas telinga dan even ada pencuci muka. Kalau terlupa nak bawak apa-apa barangan mandi, tak payah risau semua ada dalam bilik mandi ni.

Sebenarnya masa kiteorang mula-mula masuk bilik hotel, kiteorang terjumpa cawan kotor dalam sinki. Aku pun terus bagitau pihak housekeeping menggunakan chat dalam aplikasi Marriott Bonvoy. Lepas housekeeping datang bersihkan cawan dan sinki, pihak hotel hantar buah-buahan dengan snek sebagai tanda minta maaf sebab bilik kurang memuaskan. Sejuk rasa hati bila dapat hadiah dari hotel 🤭.


W Hotel KL
Kiri: Hadiah buah-buahan dengan snek sebagai tanda minta maaf atas kesulitan tetamu hotel; 
Kanan: minuman kombucha ni pulak kiteorang dapat masa proses check-in hotel

Next entry, aku sambung pasal apa yang pihak hotel sediakan dalam bilik untuk birthday treat aku. Stay tuned!

42 comments:

  1. Marvelous betul ni 😍
    Bilik cantik, view pun ohsem mmg perfect la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, lepas check in mmg tak kemana2 sbb nak enjoy duduk dalam bilik je sambil berangan2 nak ada bilik tidur mcm ni 😂

      Delete
  2. Kalau Sis gini memang stay dalam bilik aja, sebab tu kalau bercuti family, anak² akan cari yang betul untuk relax cmni.

    Next bolehlah tambah point Marriot JB ekk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah lagi2 katil dia tu fuhhhh empuk selesa memang rasa taknak bangun dah 🤣 rasa nak angkut balik rumah je hehe.

      Delete
  3. dah macam kondo mewah... bukan hotel... cantik, selesa... patut laa lokasinya kat 'kawasan panas' KL...

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far bilik suite dekat W Hotel paling cantik yg pernah saya try 👍🏻

      Delete
  4. View yang sangat-sanagt ohsem...layanan pun bagus...mesti mahal harga satu malam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadiah setahun sekali ni SA 😜 memang asben dah siap2 letak tepi bajet staycation tiap2 tahun bila bulan Jun tiba hehe...

      Delete
  5. Cantiknya! Oh ya, Selamat Hari Raya Haji!

    ReplyDelete
  6. Wahhh.. banyak tambah point tu, bilik pun cantik sangat. Eh, ni bukan panggil bilik, memang betul² marvelous!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, masuk2 tu mmg dalam hati kata, 'wah betul2 marvelous ni!'

      Delete
  7. Lawa nya deco2 dia... Haisyh, berangan lah rumah pun boleh deco2 lawa gini... Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la salah satu sebab suka staycation sbb boleh berangan2 nak buat deco lawa2 kat rumah hehe

      Delete
  8. best dan cantik!! katil tu ada berapa yer? sbb i kalau pergi staycation mana2, katil double tu nak kena ada 2 laaa to fit my family of 5...dan byk hotel yg tak de family room/bilik with 2 double beds

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bilik suite hotel biasanya ada satu katil king je, unless stated 2-bedroom suite. Kalau MZ celebrate anniversary dgn suami sesuai jugak hihi. Hari tu anak2 saya tidur dekat ruang tamu, pakai bathrobe hotel buat jadi selimut.

      Delete
    2. oic..kiranya tak de lah katil utk anak2...my boys sure tak approve hahhah lgpun my hubby kalau apa2 celebration, tak mau ler dia tinggal anak2, nak complete korum

      Delete
    3. Sama dgn my hubby. Dia kata kesian nnt dieorg tak merasa duduk hotel best. Tp tido kat sofa pun selesa jugak. Klu nak rollaway bed boleh tapi kena bayar extra.

      Delete
    4. oic so boleh request rollaway bed tu ok sgt dh (tak per lah byr pun)--ok i masukkan hotel ni dlm my staycation wishlist hahahah

      Delete
  9. Menarik... pernah usha2 gak nak stay sini tp blm ada kesempatan lg.. ok next bole try juga la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena try masa birthday baru best 👍🏻 btw happy birthday Kak Ret! 🎈

      Delete
  10. Menanti part 2. Harap ada rezeki bawa Najla stayvacation juga cuti sekolah bulan 9 nanti. A-min

    ReplyDelete
  11. Cantik banget kemar hotelnya kak...pengambilan gambarnya juga cakep, bisa lihat gedung " indah dari jendela,sukee sangat 😀👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, antara bilik hotel yang paling cantik pernah saya diam. Gedung di luar tu ialah bangunan Menara Berkembar PETRONAS.

      Delete
  12. wahh...besar & selesa suite room ni..marvellous..tilam yg sangat empuk..mmg lena tidur diulit mimpi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Empuk sangat tilamnya, sedap layan mata sampai ke petang hehe. Tapi malam tu bising sgt kat bawah sbb level kolam renang tu ada bar, dieorg main lagu techno smp terasa bergegar dinding bilik hotel & tak boleh tidur dibuatnya walaupun tilam empuk dan selesa.

      Delete
  13. So cantik, semua nya cantik dan awesome sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah bilik sangat2 memuaskan kat sini :)

      Delete
  14. Carneyz cantik betul biliknya dan layanan memang kelas pertama macam tu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye sis Ezna, mmg terpersona tengok bilik hotel ni, layanan staff hotel pun semuanya mesra, cekap & pantas. Kalau ada salah atau tetamu rasa tak selesa, cepat2 dieorg betulkan & minta maaf.

      Delete
  15. Wah, meriahnya!
    Nampak cantik dan sangat selesa. Mesti puas hati betul ni Carneyz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bilik dan layanan staff sangat2 memuaskan tapi ada jugak beberapa kejadian yang buatkan rasa sedikit tak puas hati. Bila kita tempah bilik untuk staycation mesti la kita nak suasana aman nak bercuti2 dalam bilik. Tapi tengah malam masih tak boleh tidur sebab bunyi bingit dari kelab di tingkat sama dengan kolam renang. Bunyi muzik tekno tu bising sangat sampai bergegar bilik dinding hotel. Rasanya dekat satu pagi baru kiteorang boleh lelapkan mata.

      Delete
  16. Bestnya dapat lepak bilik macam nie. Kalau Kak Sue memang tak ke mana dah, memang rehat kat bilik lah nampaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiteorg mmg lepak dalam bilik je Kak Sue. Dah bayar mahal2 rasa sayang nak keluar hihi

      Delete
  17. bathtub tu syok hehe...bilik besar camni mmg tknk keluar...dpt point byk tu best la...bff aritu die staycation under Marriott Bonvoy lps tu ada dpt pelbagai jenis air & snek free so die tk mkn bg kt akak la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo dia duduk dekat Aloft bilik suite ke tu? Rasa macam dieorg je yg bagi air & snek free sbb pernah sekali kena upgrade ke bilik suite (percuma) sbb hotel overbooked so bilik yg saya book tu dah penuh.

      Delete
    2. dia stay le meridien putrajaya

      Delete
  18. Kemarin itu saya dah terpikir nak stay di W hotel ini. Tapi tuh lah kak, Krn mengingat bawa papa ke KL, jadi hrs dipikir sangat hotel tempat kami stay. Krn kami akan lanjut ke Penang by aeroline bus kan. Dan bus itu berangkat dr Corus hotel. Makanya supaya papa tak terlalu pagi bangunnya, dan repot pindah2 , akhirnya saya decide stay di corus utk mempermudah naik bus ke Penang.

    Padahal baguus sangat W hotel ini yaa. Saya sukaaa Deco nya. Nantilah kalo ke KL lagi hanya dengan suami dan anak2, saya pilih hotel ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh patutlah Fanny pilih duduk di Corus hotel. Ya, lebih praktikal sbb bas ke Penang pick up di Corus. W Hotel ni memang bagus, tapi kalau Fanny nak keluar jalan2 rasa sayang pulak dah bayar mahal2 tapi ditinggal berjam2 keluar berjalan2 😅

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .