First of all, aku nak ucapkan terima kasih kepada kakak aku yang telah menaja staycation kali ni hehe. Kisahnya dia wish birthday kat IG aku dengan caption 'We need new vacay pics. Langkawi, Tioman or Redang waiting for us'. Haa apa lagi aku terus la ajak 'ok jom Perhentian!' Kau jangan tau kak, adikmu pantang diajak kihkih...


Perhentian Marriott Resort & Spa
Welcome to Perhentian Marriott Resort & Spa...

Dia tanya berapa total cost kalau ke Pulau Perhentian. So dengan pantas aku pun bagi breakdown harga tiket return flight KL-KB, Grab dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu ke Kuala Besut (pergi/balik) dan harga hotel semalam di Kota Bharu dan semalam di Pulau Perhentian (trip kiteorang ni 2 hari 2 malam). Siap bagi weather forecast untuk tarikh yang kiteorang plan tu hihi. Tak lama lepas aku share info tu, terus kakak aku balas - ok onz. Untuk booking dekat resort tu, dia kata dia bayar. Alhamdulillah!


Jeti Kuala Besut
Know-know dah sampai Kuala Besut...

 

Ni kali pertama kiteorang ke Pulau Perhentian sebenarnya, dan kali pertama jugak jejakkan kaki di Kuala Besut. Kiteorang ambik flight AirAsia awal pagi pukul 7.25 pagi dan sampai di Kota Bharu dalam pukul 8.25 pagi. Sampai di Kuala Besut terus cari tempat untuk sarapan pagi. Pakcik teksi dropped kiteorang dekat T'kafe ni. Pagi-pagi ramai orang yang datang bersarapan kat sini tapi nasib baik ada meja kosong. Aku pesan roti kosong dengan teh tarik kurang manis, tapi bila sampai kat meja, mak aihhhh... manis leting teh tarik tu. Nasib baik aku memang angkut botol air kemana-mana boleh la top up air untuk hilangkan rasa manis tu.


sarapan pagi Kuala Besut
Sarapan di T'kafe. Total damage untuk sekeping roti canai, sekeping roti telur dan 2 gelas teh tarik ialah RM8.50.

Lepas sarapan, kiteorang check balik confirmation email dari hotel. Rupa-rupanya kiteorang silap tengok - ingatkan feri dari Kuala Besut ke Pulau Perhentian pukul 10.30 pagi, rupa-rupanya pukul 12.30 tengahari. Banyak masa lagi. Pastu satu lagi kiteorang ingatkan ambik feri di Jeti Kuala Besut, tapi rupa-rupanya tak. Kena pergi ke hotel Fairfield di seberang, sebab feri akan ambik di Jeti Fairfield. Tapi tak pelah, sempat la kiteorang jalan-jalan sekitar kawasan Jeti Kuala Besut tu, sambil tu survey souvenir t-shirt untuk Suami Terchenta dan anak-anak. Kakak aku pulak beli seluar cotton untuk tidur dan sepasang baju untuk anak buah kiteorang. 

Walaupun beg aku tak sampai 5kg, tapi bila kena angkut ke sana-sini, terasa penat la jugak. So lepas beli souvenir untuk family (tak boleh beli banyak-banyak sebab tak beli luggage untuk trip ni), kiteorang ambik kereta sapu ke hotel Fairfield di seberang. Hotel ni belum bukak lagi sebenarnya, bulan Ogos baru bukak.

Pakcik kereta sapu tu hantar kiteorang sampai ke jeti sebab dalam email tak bagitau pulak ada tempat menunggu selain dari arahan ambik feri di jeti. Dalam 10 minit menunggu, datang seorang pekerja kontraktor tegur kiteorang bagitau kenapa tak tunggu dekat bilik menunggu di tepi bangunan hotel? Oh ada rupa-rupanya. So patah balik ke bangunan hotel, dan baru perasan lounge khas untuk tetamu resort menunggu feri.


Fairfield Jetty
Papan tanda ke jeti dan ke lounge menunggu feri

Aku dan kakak aku rasa dari segi komunikasi hotel, banyak benda resort kena perbaiki sebab maklumat yang mengelirukan contohnya info dekat apps kata kena ambik teksi dari airport KB ke Kuala Besut Jetty. Sebab tu la kiteorang ingat feri tu dari Jeti Kuala Besut. Maklumat yang betul ialah ambik teksi dari airport KB ke hotel Fairfield. Satu lagi hotel tak mention ada tempat menunggu lounge di hotel Fairfield. Nasib baik ada pekerja kontraktor yang datang bagitau kiteorang. Kalau tak 2 jam la kiteorang menunggu dekat jeti dalam keadaan panas dan takde tempat duduk proper!


Fairfield Kuala Besut
Marriott Lounge tempat tetamu resort menunggu feri. Kerusi dan sofa lounge selesa dan ruang dalam lounge ada aircond, tapi banyak lalat. Nak caj h/p pun boleh sebab ada plug di dinding

Tak terasa pun 2 jam tu berlalu sebab kiteorang menghabiskan masa berborak dan layan IG. Pukul 12.30 tengahari, feri pun sampai.


Marriott ferry Pulau Perhentian
Feri luas, selesa dan ada aircond

Dari Jeti Fairfield ke Pulau Perhentian Kecil iaitu lokasi Perhentian Marriott Resort & Spa ni mengambil masa lebih kurang sejam. Sempat la lelap mata sekejap sebab kena bangun awal pagi nak ambik flight pukul 7.25 pagi tu kan.

Bila feri dah nak sampai ke jeti Perhentian Marriott, dari jauh kiteorang nampak staff hotel lengkap berpakaian tradisional sambil bawak bunga manggar dan kompang menunggu kedatangan tetamu resort. Wah, rasa diraikan gitu! Keluar je dari feri, kiteorang disambut oleh pengurus resort, seorang minah salleh yang sebaya my mom. Dia sambut kiteorang sambil ucapkan selamat datang. Lepas tu kiteorang pun naik buggy hotel yang bawak kiteorang ke lobi hotel. Di lobi hotel pulak, disambut lagi oleh staff hotel dan staff front desk bila melangkah kaki masuk ke ruang menunggu. Nampaknya dieorang memang betul-betul praktiskan tagline 'Wonderful Hospitality. Always' dengan para tetamu.


Perhentian Island Malaysia
Kedatangan tetamu resort disambut dengan paluan kompang dan bunga manggar (atas), tetamu dijemput ke lobi hotel menaiki buggy. Sampai di lobi, disambut lagi oleh staff hotel dan staff front desk (bawah)

First impression - hotel ni berkonsepkan alam semulajadi dan sekitar kawasan resort memang ditanam pokok-pokok yang membuatkan kita rasa macam back to nature, tapi pada masa yang sama kemudahan dan rekabentuk bilik hotel pun menerapkan ciri-ciri moden (modern comfort). Ia mengingatkan aku dengan Mulu Marriott Resort & Spa yang konsepnya menonjolkan kekayaan sumber alam semulajadi tapi bila masuk ke bilik, semuanya moden.


Perhentian Marriott Resort & Spa
Modern yet showcase nature's beauty.

Sementara tunggu proses check-in, tetamu dihidangkan dengan kuih ketayap comel ni dan minuman sejuk

Kakak aku ambik pakej A Serenade of Wellness - Spa & Stay Retreat. Bagi aku berbaloi la sebab pakej ni sekali dengan spa treatment 60 minit untuk dua orang (tapi sorang dapat massage dan seorang lagi dapat facial so kecewa sikit sebab ingatkan dua-dua akan dapat both massage dan facial, sarapan pagi dan makan tengahari dan complimentary round trip tambang ferry (kalau tak kena bayar RM200 seorang).


Perhentian Marriott Resort & Spa
Maklumat pakej yang kakak aku tempah

Next entry aku buat review pasal bilik hotel pulak. Stay tuned!

22 comments:

  1. terasa cam pengantin baru tak bila disambut dgn kompang dan bunga manggar? hahahaha

    ReplyDelete
  2. wahhh siap ada facial dan massage ni memang best ni Carneyz. Interesting juga bercuti dengan adik beradik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya buat facial, kakak saya buat massage. Best sangat facial dia, sampai tertidur dibuatnya!

      Delete
  3. berapa rate yg kakak u tempah tu? memang sgt best laaaa!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rate package ni start dari 2k+ MZ. Tapi berbaloi sbb termasuk dgn breakfast, lunch & spa. Makan malam je tak included.

      Delete
  4. Wah special welcome diorang bagi ye ...
    Tak silap Marriott Perhentian ni baru buka kan? Tak sabar nak tunggu nx entry :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah baru bukak bulan Mac hari tu PH. Facility semua best, cuma dari segi communication kena improve a lot. Tapi tak pe la kita kasi can sbb masih baru lagi kan, staff pun mungkin masih fasa training lagi hehe

      Delete
  5. Keren hotelnya kak, kesan sejuk dan modern,dapat welcome drink juga kue cemilan, servis hotelnya memuaskan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, ini resort baru jadi memang semuanya tip-top utk tarik ramai lagi tetamu baru datang menginap di sini 😄

      Delete
  6. Pernah sampai Pulau Tioman dan Pulau Redang sahaja dibelah-belah sana. Bilalah nak dapat bercuti ke pulau lagi ni,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pulau Redang tak pernah sampai lagi. Harap2 next trip ke dapat ke Pulau Redang dgn budak2 & Jun pulak.

      Delete
  7. halah halahhh. cumel nya ketayap. sonok nya jenjalan ke Perhentian. suka pulau ek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cumel kan hihi. Seronok jalan2 dalam resort je. Lain kali explore pulau pulak tapi kena duduk chalet murah sikit supaya dapat stay lama2 sikit.

      Delete
  8. Bestnya disambut dengan paluan kompang dan bunga manggar...bestnya..SA nanti bulan 9 baru nak pi staycation ngan suami..sekali dengan anniversary

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bak kata anies, rasa macam pengantin baru hehe. Mesti SA tak sabar tunggu bulan 9 kan. 2 bulan lebih je lagi tu.

      Delete
  9. Grand sungguh sambutannya ya. Tentu sesuai dengan harga pakej.

    Agaknya dah ramai yang terkena macam Carneyz, sebab tu pekerja kontraktor tu dah faham dan datang bantu.

    Akak pernah ke Pulau Perhentian Kecil ni zaman U. Memang cantik pantainya. Tapi masa tu kami mampu camping je, mandi air telaga open gitu je cover kain batik 😂. Naik bot dalam 40 minit gitu sampai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman muda2 dulu memang mcm tu la kalau nak pergi bercuti ke pulau 😅 saya dan suami pun pernah bercuti ke pulau pangkor bawak khemah sbb masa tu tak mampu sewa chalet tapi tetap nak merasa suasana di pulau 😄

      Delete
  10. Tengah plan juga trip family nak ke Perhentian birthday nanti hehehehe

    ReplyDelete
  11. Kena improve lagi dari segi komunikasi dan maklumat untuk pelanggan.. Mujur perasan tempat ambil tu dimana kalau tak, naya je.. tunggu tapi ferinya tak sampai..

    ReplyDelete
  12. Uwaaaaah baguuus dia punya service yaaa 😍😍. Sampai disambuuut 😄. Seumur2 saya disambut pakai kalung bunga, saat pakai tur ke Bali. Tapi berasa malu pula 🤣. Betul Carneyz, macam turis asing 🤭.

    Belum pernah ke pulau2 Malaysia seperti Pulau perhentian ini. Nantilah sesekali nak coba.❤️

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .