Salam Jumaat korang,

Mesti ramai yang seronok sebab hari ni last day bekerja sebelum berehat di hujung minggu kan. Weekend ni Insha Allah aku takde kat KL, kakak aku bawak bercuti sempena birthday aku bulan ni hehe. So weekend ni aku "me time" dengan kakak sementara anak-anak mungkin lepak di rumah adik aku kalau Suami Terchenta kena masuk ofis sekali lagi hujung minggu ni.

Bukan selalu dapat "vacation time" ni. Biasanya kalau cuti sekolah pun kiteorang tak kemana-mana sebab jadual kerja Suami Terchenta yang sibuk sekarang ni. Cuti sekolah yang lepas kiteorang habiskan di KL, even staycation birthday pun dalam KL jugak. Kalau boleh memang nak bawak anak-anak bercuti tapi tunggu la Suami Terchenta free (bila la agaknya tu). 

Sepanjang cuti sekolah lepas, aku hantar Khadeeja ke kelas coding di Mont Kiara. Sedar tak sedar, dah setahun dia enrol kursus coding ni. Sekarang ni dia tengah belajar programming menggunakan bahasa programming Python yang digunakan oleh Google sebagai bahasa pengaturcaraan rasmi. Semoga satu hari nanti kemahiran ni bakal membantu dia mencapai cita-cita dia nak jadi scientist engineer 🤲🏻.


kidocode
Dia berkampung di sini dalam setengah hari untuk menyiapkan satu modul latihan coding (ada 20+ latihan dalam satu modul). Sebenarnya boleh jugak buat dari rumah tapi motivasi tu ke laut sikit 🤣

kidocode
Kena ambik gambar untuk hantar ke bapak dia sebagai bukti

kidocode
Lepas 4 jam menunggu, dia berjaya habiskan satu modul latihan coding

Selain dari hantar Khadeeja ke kelas coding, kiteorang ke Perpustakaan KL jugak sebab nak galakkan dieorang lebih banyak membaca buku dari tengok gajet. Biasanya kiteorang lepak di bahagian kanak-kanak dalam 2-3 jam sebelum dieorang pilih buku-buku untuk dipinjam. Dari rumah, kiteorang naik LRT lepas tu berhenti di Masjid Jamek dan menapak ke Perpustakaan KL.

 
Dataran Merdeka
Suka pemandangan ni sebab takde kereta / orang lalu depan Dataran Merdeka time ni

Sekarang aku dah jarang bawak dieorang jalan-jalan ke shopping mall sebab dieorang lebih suka terperap di rumah dari cuci mata di shopping mall. Kalau ajak keluar rumah je mesti dieorang akan tanya, "Lama ke? Nak cari apa? Perlu ke?" Eh, eh... kita ni bukan main tunggu cuti sekolah supaya ada teman jalan-jalan dan window shopping, dieorang pulak tak berminat langsung. Kadang-kadang bila dah bosan aku jawab la perlu, supaya boleh buat senaman kaki 🤣 Kalau tak, hmm.. memang macam-macam alasan dieorang nak duduk lepak di rumah je. Kalau pergi cuci mata pulak, bila aku tanya, "Cantik tak baju tu? Cantik tak kasut tu?" Jawapan dieorang, "Hmm.. biasa je." Aku envy betul dengan mak-mak yang boleh keluar window shopping dengan anak-anak perempuan yang minat window shopping jugak. Tak pe la, fikir positif at least jimat duit aku! 😜

32 comments:

  1. bagusnya u dh awal2 antar khadeeja kat kelas coding tu...kat mana yer kelasnya? care to share the info? mcm teringin nak antar my ariff gak lah kat kelas gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia minat benda2 mcm ni, my husband apa lagi bila anak dah minat nak ikut jejak langkah dia, dia pun semangat hantar ke kelas coding 🤭

      Kelas ni dekat Solaris Mont Kiara MZ. Boleh type 'Kidocode' dekat Waze / Google Maps, Insha Allah sampai 😊

      Delete
  2. Bagus pengisian cuti sekolah anak-anak Carneyz 👍🏽

    Yelah, bukan senang nak tengok lapang kosong depan Dataran Merdeka tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut leka dengan gajet je kalau tak rancang aktiviti-aktiviti cuti sekolah macam ni Kak Ujie.

      Delete
  3. Lawa betul gambar dekat Dataran tu 👍
    Budak² skrg ni kadang penat dgn aktiviti sekolah, bila weekend nak rehat dok rumah je... Agaknya la ahak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dieorg ni takde la aktif ko-q dekat sekolah pun PH, jadi tak boleh pakai sgt alasan penat dgn aktiviti sekolah hehehe

      Delete
  4. linda belum lagi....tak sempat nak berwindow shopping, diorang dah selamat pau ibu dulu...hahaha....lepas tu, fasa diorang berlarian-larian, berkejaran-kejaran masih belum habis lagi...stress mak..
    tapi anak lelaki sulung tu, kadang2 ada mood dia boleh harap jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo.. fasa pau ibu tu dah berlalu, klu dulu masuk mr diy je nak pau toys dekat mr diy. skrg fasa 'malas nak keluar rumah dan takde benda menarik pun dekat mall tu' hehe

      Delete
  5. Lepas ini nak bawa Najla ke library juga la .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawak la Najla. Register sekali boleh pinjam buku. Bahagian kanak2 Library KL ni best utk budak2 lepak2 sambil baca buku.

      Delete
  6. Bagusnya pengisian cuti sekolah macam ni. Dania pernah ikuti kelas similar macam ni tapi masa tu review satu produk coding ni la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bukan cuti sekolah, payah gak nak suruh dia siapkan latihan coding tu, sbb tu time cuti sekolah kena paksa dia siapkan jugak sbb dulu dia yang beriya2 nak join kelas ni sbb katanya nak buat games roblox sendiri hehe.

      Delete
  7. Bila anak mula dewasa vibes melepak dengan mereka dah lain Karni.. Mereka lebih suka habiskan masa di rumah.. tapi nnati akan ada satu masa, mereka ajak kita keluar pulak.. tapi kita pulak dah malas, so tunggu je laa hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke Sislin? OK la mungkin belum tiba masanya lagi hehe. Skrg masih fasa suka terperap kat rumah. Nanti dieorg ajak keluar lepas tu confirm pau duit bapak dieorg kan 🤭 kena siap2 warning dekat Jun la mcm ni 🤣

      Delete
  8. best ttuuu dapat belajar coding ni. saya pun suka juga... cuma masa je kdg mcm tak ada nak hadap benda mcm ni hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah bekerja tu mmg tak sempat la nak belajar benda2 mcm ni. Time weekend nak rehatkan otak pulak huhu...

      Delete
  9. p/s just sharing... kat sunway putra mall mggu ni ada festival seafood. kalau rajin main laa...

    ReplyDelete
  10. Bagusnya cuti sekolah pergi library. Sama lah anak-anak Kak Sue, dah tak nak dah jalan-jalan kat mall kalau tak ada benda yang depa nak beli. Lebih suka lepak kat rumah ja sekarang nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun prefer jugak dieorg kat rumah drp merayau2 kat luar tapi tu la asyik menghadap gajet je 24 jam. Tu yg kena paksa jugak dieorg keluar pergi ke perpustakaan pinjam buku. Bila di rumah, kena pantau dieorg habis baca buku yg dipinjam, siap ada kuiz lagi hehe.

      Delete
  11. Cantik gambar depan dataran tu boleh buat poskad

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau takde dua orang budak berpayung kat depan tu boleh la buat poskad kot hihi

      Delete
  12. sronok tu weekend nk me time dgn kakak2 staycation...kita dh lama tk staycation ..nk2 plak thn ni tisya nk spm...kelas vkend pn byk ...so cuti sekolah die ada kelas tambahan....bab kuar dgn ank2 ni kdg2 ada time depa xnk kuar...ada time nk kuar....ayahnya je yg malas nk follow so mother daughter me time hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe takpe tahun SPM mmg dgn mak ayah sekali la kena tahan dulu dari nak keluar bercuti2, tunggu sampai tisya dah settle dengan spm baru boleh plan pergi jalan2 atau staycation 😊

      Best la dapat "me time" mother & daughter. Harap2 one day dapat merasa moment tu hehe

      Delete
  13. bagusnya muda2 dah belajar coding. jika minat ke arah sains komputer maka teruskan sampai boleh degree ye dik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Abam Kie. Skrg ni coding dikira sebagai future skill, sbb tu bagi pendedahan awal dengan dunia coding

      Delete
  14. Issssh samaaaa kak , anak saya pun begitu 😔😔. Lebih suka di rumah. even saat liburan ke manapun, mereka lebih memilih di hotel drpd ikut keluar. Kadang saya dan suami hrs paksa dulu. Kalo tak, Tak akan mau ikut jalan kluar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good luck la paksa dieorang keluar berjalan2 di KL dan Penang nanti ya Fanny hehe

      Delete
  15. bagus..dah fokus dan berusaha utk kerjaya masa depan...suka tgk mereka yg pandai coding & programming..ada tengok dlm drama cina..Lighter & Princess, Forever Love..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga semangat dia nak belajar coding ni tak terbantut tengah2 jalan 😅 kiteorg parents ni kena push dan remind dia kadang2 bila datang mood malas dia nak siapkan latihan coding.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .