The Coffee Code Bintulu Dah Berubah Wajah
Tiap-tiap tahun bila pulang ke Bintulu, kiteorang suka singgah di kafe Coffee Code ni. Raya ke-4 hari tu, selepas bersiar-siar di Pantai Tanjung Batu, kiteorang singgah sarapan pagi di Coffee Code. Terpegun tengok wajah baru kafe kesukaan kiteorang ni, nampak lebih luas dan cantik.
|
Coffee Code Bintulu |
|
Wajah baru Coffee Code |
Bukan setakat berwajah baru, malah menu pun makin bertambah. Kalau sebelum ni menunya ke arah yang hidangan ringkas dan ringan, sekarang dah ada hidangan berat.
|
Pastri dan kek yang dijual di Coffee Code |
Macam biasa, kiteorang pesan hidangan kesukaan masing-masing di Coffee Code.
|
Minuman - avocado coklat (aku punya), strawberry yoghurt (Khadeeja), vanilla milkshake (Khayla) dan spice chai latte (Suami Terchenta) |
|
Cheezy Chicken Roll |
|
Classic soufflé pancake |
|
Big Mommy Sourdough (kalau tak silap) |
Makanan kat sini semuanya sedap. Harga standard kafe hipster tapi berbaloi dengan kualiti makanan dekat sini.
Sedikit pengenalan tentang The Coffee Code. Diasaskan oleh 2 orang penggemar kopi, jenama yang berasal dari Sarawak ni membuka cawangan pertama di Sibu, Sarawak. Sekarang The Coffee Code dah berkembang dan ada cawangan di Miri, Bintulu, Kuching, Sarikei dan terbaru, di Singapura. Antara hidangan yang digemari ramai ialah waffles (original dan black rice), soufflé pancake dan tentulah specialty coffee dieorang (dah namanya Coffee Code kan).
So kalau korang berkesempatan ke Sarawak / Singapura, boleh singgah di The Coffee Code ni mencuba hidangan dari menu dieorang.
|
The Coffee Code terletak di Town Square Bintulu |
Menarik betul menu2 nya..bolehlah i singgah in case tiba2 smpai kat sarawak🤣🤣🤣
ReplyDeleteTak pun transit kat Singapore pun boleh jugak hihi
Deletenice...menu2 pun nampak menariks
ReplyDeleteKafe paling popular di Bintulu ni
DeleteMenu yang ada avocado tu menarik perhatian. Suka pulak tengoknya.
ReplyDeleteSedap, tapi portion besar kalau sorang makan takut tak habis.
Deletetengok kek-kek yang ada tu pun dah menggiurkan... boleh rambang kalau dtg ke sini ;-)
ReplyDeleteYe Anies, mmg rasa nak order kek jugak tapi nak order lepas habis makan. Tapi lepas makan kenyang so tak jadi order kek hehe
DeleteUnik bentuk bangunan dari luar... minuman nya menggoda iman😄
ReplyDeleteya rekabentuk bangunannya futuristic. Ni minuman kafe hipster, memang tujuannya untuk menggoda iman hehe
Deletecantik juga cafenya..haus plak tgk air tu
ReplyDeleteKan, lepas dah renovate nampak makin cantik & tempat yang sesuai untuk santai2 dgn kawan2. Air avokado coklat tu sedap tak manis sangat.
Deletesekali jak kamek ke sitok tahun lepas mun sik silap...ok juak kopi nya...nyamann
ReplyDeleteKmk org tiap2 kali balit Bintulu mesti ngabas tempat tok hehe.
DeleteCantik reka bentuk bangunan cafe ni .
ReplyDeleteReka bentuk futuristik katanya...
DeleteBeuuughhhhh menunya buat lapaaaar 😍😍😄. Tempat memang cantik lah kak. Tak ada plan dia buka Indonesia juga kah 😄
ReplyDeleteNi tempat faveret kami lepak masa tinggal di Bintulu. Makanan memang sedap2 belaka. Setiap kali balik ke hometown, kafe ni antara tempat wajib singgah 😄
Delete