Sepetang di Kaffe 16 @ Chinatown, KL
Ni throwback kiteorang keluar makan sebelum bulan puasa. Kaffe 16 ni ialah kafe yang dimiliki oleh Beryl's Chocolate, jenama coklat tempatan. Lokasinya tak jauh dari stesen MRT Pasar Seni, bersebelahan dengan kedai butik coklat Beryl's.
|
Kaffe 16 milik jenama coklat Malaysia, Beryl's Chocolate |
|
Suka tengok pintu masuk ke kafe ni sebab design pintu kayunya yang klasik |
Dalam kafe ni cantik dan banyak sudut yang Instagrammable.
|
Pintu masuk dari butik coklat Beryl's di sebelah dan menuju ke bahagian courtyard, sesuai untuk ber OOTD |
|
Tangga pusing ni pun nampak klasik dan Instagrammable |
Makanan kat sini standard harga kafe hipster. Alhamdulillah, semua sedap dan menepati citarasa kiteorang. Paling recommended dekat sini ialah steak on mash (RM37), daging lembut sumpah sedap sampai sekarang teringat-ingat... Kiteorang order makanan tapi kongsi makan satu family dan steak ni yang paling kiteorang berebut nak makan 😅:
|
Steak on mash (RM37) - tak menyesal order walaupun mahal |
Next, nak rasa daging itik panggang pulak. OK jugak, cuma bagi aku agak masin. Still sedap cuma masin je la.
|
3 sauces duck (RM24)
|
Menu seterusnya ialah nasi orang Itali pulak, cream seafood risotto (RM34). Udang yang dieorang guna besar dan segar. Rasanya lemak berkrim dan kalau mat salleh buat review dia akan guna perkataan 'savoury' dan 'umami' untuk describe risotto ni, sis dengan Khadeeja approved 👍🏻
|
Cream seafood risotto (RM34) - harga sama keras dengan steak on mash |
Menu fish and chips (RM35) ni pulak kegemaran Khayla. Dia ni sejak makan fish and chips dekat UK memang ketagih betul dengan hidangan asal dari UK ni.
|
Fish and chips (RM35) dengan homemade lemon aioli sauce |
Untuk dessert pulak, kiteorang pilih single origin chocolate shots - bila sampai kat meja... eh eh, ada coklat asal dari Bintulu ke? Apasal aku tak pernah tau ye hihi... Ke coklat ni dibuat dari biji koko yang ditanam di Bintulu? Atau saja-saja letak nama Bintulu untuk chocolate shot ni? Lupa pulak nak tanya.
|
Single origin chocolate (RM24), siap ada panduan 'Flavor Wheel' yang kiteorang tak faham pun hihi. Coklat dalam setiap gelas ni berbeza dari segi rasa masam (acidity), pahit (bitterness) dan lemak (creaminess). Dari segi manis, hmm... tak boleh dibezakan. |
|
Pancakes (RM24) yang di request oleh Khadeeja sebab katanya dah lama tak makan pancakes |
Last but not least, anak-anak order minuman House of Chocolate ni sebab ada macaron dan chocolate shavings. Manis leting minuman ni. Nasib baik air suam percuma disediakan untuk hilangkan rasa manis tu. Peminat coklat confirm suka la minuman ni sebab kaya dengan rasa coklat. Oh ya, semua menu yang ada coklat ni menggunakan coklat dari Beryl's Chocolate. Tak sangka jenama coklat Malaysia pun ada menjual coklat premium.
|
House of chocolate (RM26) |
Suami Terchenta kata makanan sedap-sedap tapi tak boleh bawak selalu hangus poket dibuatnya 😂. Apapun terima kasih buat Suami Terchenta sebab bila bab bawak family keluar makan, dia selalu tak kedekut dan berkira. Semoga murah rezeki encik suami 😘...
menarik betul interior design dlm cafe ni...dan mknn pun menarik2 gak tuuuuu..bab suka fish n chip tu boleh geng dgn my razeen wpun razeen lom pernah sampai UK lagi so far..yg pernah dok UK cuma ariff dan zharfan jer...many2 years ago laa
ReplyDeleteTu la MZ, sebelum pergi UK tak pernah dia nak order fish and chips. Sejak balik dari UK, kalau ada fish & chips dalam menu, mesti Khayla akan order fish & chips.
DeleteFood yang order tu memang semua nampak sedap. Deco pun semua cantik. Thanks for sharing.
ReplyDeleteMemang recommended makanan kat kafe ni Kak Mulan. Kalau singgah KL atau jumpa kawan2 lagi boleh la cuba makanan di Kaffe 16 ni.
Deleteair coklat tu memang nampak manis betul...
ReplyDeleteBoleh potong kaki dibuatnya huhu...
DeleteLaaaa....cafe ni macma dekat giler ngan SA...boleh la terjah hari Jumaat...bestnya....memang cafe ni agak viral dan SA tercari2 sebelum ni ...instagrammable ootd place tu memang SA suka...
ReplyDeleteBoleh sangat SA, sbb dekat dgn stesen MRT Pasar Seni. Nanti ajak BFF kat ofis lunch sini sbb skrg tgh ada promo kalau tengok kat IG dieorg.
DeleteFuh banyak port bergambar
ReplyDeleteSalah satu tarikan kafe ni ialah tempat2 Instagrammable untuk bergambar sementara tunggu makanan sampai 😊
DeleteAkan singgah ke sana kalau tersesat area situ.
ReplyDeleteSinggah belanja Najla makan kat sini.
Deletedecoration dr pintu masuk dgn tangga pusing tu mmg cantik utk OOTD....menu nmpk menarik juga...mahal sedap tkpe..jgn mahal tk sedap kn
ReplyDelete**harga lunch buffet Hilton PJ baru update latest posting
Betul2... mahal tapi sedap boleh telan lagi hihi. OK nnt tengok harga lunch buffet kat blog akak.
Deletetak pernah tau pun ada cafe ni..setiap hari mmg naik MRT di Pasar Seni. Tapi tulah ke pasar seni semata naik dan turun MRT je
ReplyDeleteAah tak jauh dari pintu B klu tak silap, jalan kaki 5 minit je dah sampai.
DeleteBangunan dekat chinatown tu, banyak kelihatan klasik ye. Eh, chinatown tu, petaling street la, kan?
ReplyDeleteSedap, sedap tengok hidangan yang dipesan. Best, best. Harga mahal takpe, asal makanan sedap, puas hati.
Aah berbaloi bayar harga mahal bila sedap.
DeleteCantiknya tangga pusing tu!
ReplyDeleteTapi tak naik pun Uncle, sbb gayat hehe
DeleteWah..cantik cafe nya. Foods pun look nice n yummy 😍
ReplyDeleteBetul, kafe dan makanan dua2 nampak aesthetic. Sedap pulak tu 😍
Deletepandai Beryl"s buat pelaburan kt situ... free2 nnt boleh laa singgah sini... selagi dkt dgn mrt no a prob!
ReplyDeleteKan, dekat sgt dgn MRT ni 5 min je jalan kaki.
DeleteMemang cantik dan menenangkan suasananya.
ReplyDeleteSemoga tambah rezeki selalu belanja family makan-makan. Cantik itik panggang tu.
Bukan setakat cantik, sedap pulak tu Kak Amie, cuma masin sikit di lidah saya. Kalau ke KL boleh la Kak Amie singgah ke sini
Delete