Self-reward konon... hehe. Yalah, kita pengurus rumahtangga (baca: surirumah) pun nak juga sekali-sekala self-reward manjakan diri-sendiri kan. Lama dah teringin nak try Ayu Borneo sebab seberang Hospital KPJ Ampang Puteri je. Setiap kali pergi hospital, mesti nampak bangunan ni. So balik dari appointment dengan Dr. Sakinah 2 minggu lepas aku pun ambik kesempatan singgah di sini.


Ayu Borneo Family Wellness Center
Kalau lalu depan hospital KPJ Ampang Puteri memang takkan miss sebab signage sebesar-besar alam

Ayu Borneo Family Wellness Center
Combined package ni nampak menarik jadi aku pun pilih Aromatherapy Treatment + Foot Reflexology

Masuk-masuk je terus jumpa kaunter. Bagitau pakej apa yang nak ambik, terus buat bayaran. Lepas tu duduk dekat ruang menunggu sementara tunggu therapist sampai.


Ayu Borneo Family Wellness Center
Ruang menunggu. Lepas therapist sampai, dia bawak pergi ke belakang tu untuk cuci dan lap kaki sebelum dia bagi selipar

Mula-mula sekali, therapist bawak ke bilik ala-ala dalam panggung wayang untuk buat foot reflexology di tingkat atas (2nd floor). Tempatnya selesa dengan kerusi boleh recline dan sambil therapist urut kaki, boleh layan movie jugak. Cuma satu je yang agak tak selesa kat sini - bilik ni campur lelaki dengan perempuan. Walaupun masa tengah urut tu therapist tutup kaki dengan tuala supaya tak terdedah tapi masih lagi kadang-kadang tu terselak. 


Ayu Borneo Family Wellness Center
Dekor dalam ni ala-ala dekat Bali

Lepas selesai sesi foot reflexology, aku dibawa ke tingkat 3 pulak untuk aromatherapy massage. Yang ni kita boleh pilih minyak aromaterapi yang kita nak - aku pilih minyak pati lavender untuk bagi lebih relaks masa urut badan.


Ayu Borneo Family Wellness Center
Toilet bersih, luas dan siap ada tempat ambik wuduk

Sayangnya aku rasa urutan therapist ni tak kena pulak dengan tempat yang lenguh dekat badan aku. Urutan dia pun agak kuat, aku pulak prefer urutan lembut je. Beza betul dengan masa dia buat urutan kaki sebelum tu. So agak-agak nak repeat ke? Hmm... Entah la.


Ayu Borneo Family Wellness Center
Lupa ambik gambar ruang massage sebelum mula sesi urutan

Ayu Borneo Family Wellness Center
Lepas selesai massage, boleh menikmati hidangan kek dengan minuman panas percuma. Teh halia ni memang dia akan hidangkan dekat setiap pelanggan yang dah habis sesi urut 

Dari segi kemudahan, tempat ni memang selesa, luas dan paling bagus ada ruang solat yang cantik. Aku suka urutan kaki refleksologi sebab sedap sangat sampai tertidur dibuatnya hehe. Tapi aromatherapy massage tu aku rasa macam so-so je. Tapi tu la, ni pendapat aku, orang lain mungkin suka. Kalau tengok kat Google review banyak je orang bagi rating 5 bintang. Korang kena cuba sendiri untuk tau best ke tak dengan badan korang.

26 comments:

  1. lama nya x manjakan diri. dulu masa kat bangkok selalu sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangkok lagi la kan, mesti bersepah tempat massage. Thai massage pun syok jugak cuma seriau part dia tiba2 sentakkan tulang hehe

      Delete
  2. i dh lama sgt2 tak gi spa ...nak kena cari masa ni sbb nak massage dan body scrub

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya buat body scrub. Lembut je rasa kulit lepas tu.

      Delete
  3. adik akak mmg regular customer dkt ayu borneo..die pegi dkt cawangan kota kemuning tk silap...mmg dia suka la...akak blum try lg massage kt ayu borneo..aritu ada lalu tgk juga pakej dkt outlet wangsa maju...wah siap ada sediakan kek ye...biasa minum teh halia je kebanyakan selepas massage

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat ni memang best cuma maybe orang yg urut tu tak serasi dengan saya kot sbb tu rasa mcm kureng je. Aah ada sediakan kek dgn minuman panas lepas massage.

      Delete
  4. leganya kalau dapat urut kaki urut badan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah lama tak pergi urut badan, memang lega dan ringan je lepas urut. Tapi esoknya sakit pinggang sbb last sekali tu dia stretch kan pinggang, so maybe otot terkejut kot hehe

      Delete
  5. belum pernah lagi beraromatherapy.. malu nak cuba.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sini ada jugak therapist lelaki. Kalau malu pergi ke tempat urut, boleh jugak book sesi massage melalui aplikasi Sentuh, therapist akan datang ke rumah 😊

      Delete
  6. bestnya...suka bau lavender...

    ReplyDelete
  7. Bestnya... Lama betul tak gi urut. Dok cari² juga spa yg best²

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat SG ada jugak kan tempat spa dekat Prima SG tu. Kalau tak silap saya la, sbb dulu pernah pergi.

      Delete
  8. Kat IOI City Mall ada juga Ayu Borneo ni. Pernah try Thai Traditional Massage. Kalau yang ni time kita lenguh ke apa rasa segar lepas treatment. Thai Massage tak pakai minyak cuma dia akan sapu pun mungkin balm ajer. Dia akan stretch badan kita macam yoga. Sakit sikit tapi lepas tu....lega.....cumanya bila dia stretch tu badan kena relaks kalau kita keraskan badan akan rasa sakit sikit....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patut la lepas dia stretch tu esoknya lenguh pinggang, sbb mungkin tak relaks sangat kot huhu. Aah, saya pun perasan Ayu Borneo ni ada byk cawangan.

      Delete
  9. Alaaaa...bestnya..siapa nak ajak kita manjakan diri macam ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni pun ajak diri-sendiri je SA hehe. Kalau Dania free boleh la SA ajak dia temankan 😄

      Delete
  10. Jarang2 tempat reflexi menyediakan ruangan utk wudhu segala. Di sini tak ada saya lihat.

    Duluuu zaman masih dating Ama Suami, kami sering refleksi kaki kak. Kalo urut badan saya tak suka, Krn tak kuat geli 😂😂.

    Jadi cukup kaki saja. Sedap memang sampai tertidur kadang 😄. Apalagi ruangan mereka selalunya remang, wangi pula kan 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami saya tak suka buat refleksologi dan urut badan, sama mcm Fanny dia tak tahan geli hehe. Kalau saya nak pergi, kena ajak adik / kakak, tak pun pergi seorang diri.

      Delete
  11. ownernya org borneo ka? nama ayu borneo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sik pasti juak, kmk try google sikda history pasal rangkaian ayu borneo tok

      Delete
  12. murahlah juga harganya banding dengan TO tu...

    ReplyDelete
  13. alamak! campur lelaki perempuan? tp kite boleh request ke tggu smpi client lelaki tu selesai br kita masuk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha tu la terkejut kita nengok lelaki pun masuk bilik tu jugak. Nasib baik bilik gelap gelita.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .