Hari Ibu disambut pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei setiap tahun sempena mengiktiraf dan meraikan insan mulia yang memberikan pengaruh yang mendalam, pengorbanan tanpa batas dan kekuatan yang tidak terhingga kepada kita sehingga menjadi manusia yang berjaya. Bila sebut pasal ibu je, mesti kita akan terbayangkan pengorbanan yang tak terhingga dilakukan oleh ibu kita dalam membesarkan kita -sanggup bersengkang mata jaga kita masa masih kecil dulu, berkorban wang ringgit dan tenaga untuk kita dan sanggup buat apa saja untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak. Sebab tu orang kata kasih sayang seorang ibu tiada bandingannya di dunia ini.

Kepada semua ibu, nenek, makcik atau kakak yang mengambil alih tugas seorang ibu, semoga korang diraikan, dihargai, dan dihormati tidak hanya hari ini tapi setiap hari sebab peranan luar biasa korang dalam membentuk dunia anak, cucu, anak buah atau adik-adik dengan kasih sayang. Selamat Hari Ibu!


Selamat Hari Ibu buat Puan Sainah, my mom. Emak yang mengajar kami adik-beradik membaca sampai kami celik huruf sebelum masuk darjah satu. Setiap kali balik cuti semester, emak akan menghidangkan juadah kegemaran untuk menyambut anak-anak pulang. Sepanjang kami anak-anak berjauhan dari emak, emak sentiasa mendoakan keselamatan kami. Banyak kali aku accident motor masa bujang dulu tapi alhamdulillah, asbab doa mak, aku terpelihara dari kecederaan teruk. Bila anak-anak aku lahir, emak la yang paling gembira menjaga cucu-cucu setiap kali aku kena outstation. Dari meningkat remaja sampai sekarang, mak selalu jadi pendengar setia kepada setiap luahan masalah (setiap masalah aku cerita dekat mak kecuali masalah rumahtangga je). Dan paling best, mak sporting bila aku ajak keluar berjimba - selain dari seorang emak, mak jugak ialah BFF aku.

Kadang-kadang I wish boleh balik jenguk mak setiap bulan sebab mak dah semakin berusia. Kalau boleh nak habiskan banyak masa dengan mak. Kalau boleh nak ajak mak duduk dengan kiteorang di KL ni tapi mak lebih selesa di rumah sendiri di Sarawak. Aku doakan mak sihat-sihat selalu dan usia mak panjang sebab tak sanggup rasanya kehilangan mak 😢. Ameen Ya Rabbal Alameen! 🤲🏻



 

17 comments:

  1. Happy mother's day for our moms and all moms the whole world🌹

    ReplyDelete
  2. Selamat hari ibu! Ibu adalah hero sebenarnya!

    ReplyDelete
  3. Selamat hari ibu kepada kita semua 💐

    ReplyDelete
  4. selamat hari ibu kepada ibu ibu semua dan kepada bakal2 ibu.. sesungguhnya anak itu anugerah dan amanah yang sangat besar untuk ibu bapa.. mereka boleh membantu kita ke Syurga atau sebaliknya.. (sedih sangat rasa sebab rasa ibu yang gagal :( )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan cakap macam tu Lady... mmg ada masanya kita rasa kita gagal tapi kalau tanya anak2 kita, dieorg akan rasa takde ibu yg terbaik dari kita... chewah! hehe. Macam saya pun sejak berhenti kerja jadi suri rumah, ada masa saya rasa rendah diri sbb tak dpt belikan apa yg anak2 nak atau bawak dieorg jalan2 ke tempat2 yg menarik (tapi mahal!) tak macam sblm ni. Tapi anak2 saya kata dieorg paling bahagia sejak saya berhenti kerja sbb sentiasa ada masa utk dieorg.

      Delete
  5. Replies
    1. Happy Mother's Day jugak buat kita para ibu 🌸

      Delete
  6. Selamat hari ibu....mudah"an para ibu selalu di beri kekuatan dan kebahagian,bisa mendidik dan membimbing anak-anak hingga berhasil..di sini hari ibu jatuh tiap tgl 22 Desember.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen YRA 🤲🏻 Selamat Hari Ibu buat Mreneyoo jugak 😊
      Ternyata Hari Ibu jatuh pada tarikh berbeza di beberapa negara ya. Kawan saya di UK bagitau Hari Ibu di sana disambut pada bulan Mac.

      Delete
  7. here's to the incredible strength, love, and nurturing spirit of mothers everywhere. wishing you & all mothers in the world... a beautiful and memorable mother's day!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih anies. Semalam sambut dgn mak anies ke?

      Delete
  8. Semoga Mak kakak selalu sehat, dipanjangkan usia yaa. Saya paham kenapa Mak lebih suka di rumah sendiri. Pastilah Krn dia selesa dan tetap bisa menjadi ratu di rumah sendiri kan. Dulu pun saya ajak mama mertua tinggal bersama kami, tapi tegas tak mau. Dia bilang tak boleh ada 2 ratu dalam 1 rumah 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya mungkin jugak dia berfikiran sama dengan mama mertua Fanny 😄

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .