Semalam Suami Terchenta ambik cuti ganti sebab weekend lepas dia kena standby dekat ofis. So semalam boleh la kiteorang keluar berjimba hehe.
Destinasi pertama yang dituju ialah kedai legend Rumah Kuning di Kampung Baru. Kedai ni betul-betul dekat simpang nak masuk lebuhraya AKLEH dekat Jalan Raja Abdullah menghala ke Dang Wangi. Kedai ni takde tempat parking khas, jadi kiteorang decide naik motor je ke sini sebab senang nak parking tepi jalan.
Rumah Kuning kedai legend di Kampung Baru |
Menu yang ramai orang order ialah roti sarang burung. Kalau kat tempat lain, roti sarang burung letak daging cincang, tapi kat sini letak sardin.
Roti sarang burung dihidangkan dengan kuah kari yang pekat |
Bagi aku, ok la sedap la jugak. Cuma jenuh aku nak asingkan cili padi potong dengan bawang cincang sebab aku tak makan pedas dan tak suka bawang. Kalau datang sini lagi, kena bagitau siap-siap tak nak cili potong dengan bawang. Vibe kat tempat ni macam kat kedai makan di kampung tapi lokasi kat tengah bandar. Owner kedai ni friendly dan servis pun cepat.
Aku baca review kedai ni dekat je dengan stesen LRT Dang Wangi. Lain kali boleh cuba datang sini naik LRT pulak.
Bawak anak-anak merempit cari sarapan pagi |
Lepas sarapan, ke manakah destinasi seterusnya?
Oh, kita ingat Carneyz berdua aje ngan suami terchenta. Bestnya dua² pandai tunggang motor. Roti sarang burung pun nampak sedap, cuma kalau ada yg tak makan sardin tu, kesian jugak. Nasib ada kari pekat.
ReplyDeleteDulu masa kerja kat Senai, hari2 merempit dari Senai ke Skudai 😄. Tertarik nak mencuba roti sarang burung kat sini sbb lain dari yg lain, lagipun saya suka sardin cuma tak suka bawang dgn cili potong je hehe.
DeleteDah lama tak tersesat ke Kampung Baru ni.
ReplyDeleteBanyak tempat makan menarik kat sini kan. Lain kali nak try kedai ikan bakar pulak.
DeleteEh, maknya pun merempit ke? Ingatkan datang berdua je :D
ReplyDeleteDulu masa praktikal dekat Bank Islam, sinilah port beli bekfes kami
Aah, kita pun merempit sekali hihi. Oo.. port beli bekfest rupa2nya.
Deletemenariknya rumah kuning ni..tp part tak de parking tu emmm terpaksalah skip hehehe
ReplyDeleteAah melainkan sanggup nak parking haram tepi jalan hehe. Tak pun naik LRT ke sini.
DeleteNi kalau akak makan, memang sama macam awak la Carneyz…kerja ketepikan bawang dan cili 😄
ReplyDeleteHehe boleh buat geng makan ni 😄
DeleteAssalamualaikum salam berkenalan. Selamat bersarapan dan selamat berjimba hehehe...
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Salam perkenalan jugak. Alhamdulillah dah sarapan tadi 😊
DeleteUntung Ada moto bole rempit...Bab parking susah tu mmg xbest la...tmpt menarik..Tk pernh lg mkn roti sarang burung yg ada ltk daging or sardine...biasa mkn yg biasa
ReplyDeleteKedai mamak dekat rumah kiteorg hidang dgn daging kambing, pernah jugak try roti sarang burung yg letak daging cincang tapi ni first time jumpa yg letak sardin.
Deletemenarik sgt kann
ReplyDeletekalu ke tempat2 mcm ni memang kena merempit je senang kann
Ye, kalau ke Kampung Baru memang kiteorg akan merempit je sbb tau susah nak cari parking.
DeleteSaya lagi cari tahu jarak tempat2 makan yg sering ditulis temen2 bloggers dari hotel tempat saya nginap nanti. Rumah kuning ini tak jauh ternyata dari Corus. Bolehlah divisit by grab.
ReplyDeleteIssh samaaa kita kak, tak suka bawang. Memanglah kalo ada itu, saya buang dulu semuanya. Tapi chili sukaaa. Trus satu lagi, itu kuning telur saya tak akan makan kalo kuning masih cair 😂😂. Harus matang 🤭😄
Dekat sini yg special ialah roti sarang burung, kalau tak suka kuning telur cair atau bawang, mungkin boleh skip je tempat ni Fanny hehe.
Deleteuntunglah pandai bawak motor...
ReplyDeleteTu la syukur ada lesen motor. Ambik lesen motor lepas grad sbb terpaksa sbb nak ulang-alik ke tempat kerja masa tu. Nak beli kereta belum mampu lagi masa tu hihi
Deleteviral dah kedai niiii😁
ReplyDeletenanti try roti canai x jauh dr balai polis dang wangi
Kan, padahal dah lama kedai ni bukak. Ooo... yg tu pulak apa nama kedai dia?
Delete