Ni kisah weekend lepas, pagi tu lepas Subuh aku terus keluar ambik Suami Terchenta di ofis sebab malam sebelumnya dia kena masuk bekerja. Macam tu la nasib pekerja bidang IT, bekerja tak kira siang, malam atau hujung minggu huhu... Eh, terbebel pulak di sini.

Anyway, sebelum balik ke rumah kiteorang decide nak jalan-jalan cari makan dulu. Dah lama tak nge-date bersama. Memandangkan aku mencari laksa Johor sejak pekena laksa Johor yang sedap di rumah Kak Retna, jadi kiteorang pun singgah di PakTam Laksa Johor di Taman Melawati. 

Kedainya kecik je dan terletak di belakang Melawati Mall. Rasanya sebelum ni aku pernah terbaca pasal kedai ni dekat blog Kak Fzy (Krabat Kramat). Tu yang teringat bila mencari laksa Johor.


PakTam Laksa Johor
Kiteorang sampai awal, kedai minuman kat sebelah pun belum bukak lagi
 
Melawati
Ada tempat letak kereta disediakan untuk pelanggan, tapi kiteorang berdua naik motor so parking je merata-rata

Selain dari laksa Johor, ada jugak lontong dan soto. Tapi pagi tu kiteorang sama-sama nak makan laksa Johor. Lontong tu pun nampak sedap, lain kali singgah sini lagi boleh la cuba.


Laksa Johor dengan portion yang sangat banyak

Tu diaaa.... semangkuk besar tu penuh dengan kuah laksa. Bawang hiris memang tak kedekut langsung, sayangnya aku tak makan bawang jadi aku tolak ke tepi. Kuahnya pekat dan packed with flavours, sedap! Sambal belacan tu nampak je macam pedas tapi tak ye. Alhamdulillah, puas hati dapat makan laksa Johor yang memenuhi citarasa aku. Portion laksa pun tak kedekut, rasa sayang pulak dengan kuah laksa sebab tak boleh habiskan. Bagi aku, tempat ni boleh repeat kalau teringin nak makan laksa Johor.

Kalau nak try boleh datang ke sini:


PakTam Laksa Johor
Alamat: No 56 Jalan Negara, 2, Lorong Perak, Taman Melawati, 53100 KL.
Waktu operasi: 8 pagi - 11.30 malam (setiap hari)
IG: @paktamlaksa

42 comments:

  1. susah mok dapat laksa johor yang benar2 nyaman..alhamdulillah jumpa nok menepati citarasa kitak...boleh la repeat gik ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok, cuma garnishing jak xcukup lengkap bagi kamek. Tapi rasa semua nang nyemmss

      Delete
  2. dah hampir suku abad x makan laksa johor sbb x de kwn dari johor yg sudi masakkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kawan tak masakkan, terpaksa la Abe Kie belajar masak sendiri hehe.

      Delete
  3. Bukan senang nak dapat laksa Johor yang betul2 sedap guna ikan parang...bila dah jumpa tu pasti repeat kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Jumaat tu pergi lagi ingat nak repeat tapi bila tengok menu tetiba terasa nak makan lontong pulak. Lontong kat sini pun sedap.

      Delete
  4. kat kuantan ni memang tak jumpa la yang betul-betul sedap,nak buat hilang teringin tu boleh la..nak buat sendiri pun belum tentu sedap tambah dengan banyak malas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat KL ni syurga makanan, macam2 ada. Syukur jumpa kedai yg sedap laksa Johor nya, bila2 teringin boleh la singgah sini lagi.

      Delete
  5. Kalau tersesat ke arah sana. Akan singgah cuba,try,test

    ReplyDelete
  6. Wahhh.. Nampak sedap tu Carneyz. Nampaknya selain LJ kedai ni menjual menu authentic Johor lain jugak ya, mesti Pak Tam ni Johorean.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, walaupun tak banyak pilihan menu tapi semuanya rasa asli dan cukup sedap. Saya pun rasa Pak Tam ni asal dari Johor.

      Delete
  7. Nok nie nyaman gik ...Laksa Johor atau Laksa Sarawak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok mood, dua2 sedap bagi kmk hehe. Kmk peminat laksa termasuk laksa Utara / laksa Penang. Laksa belah Pantai Timur dgn laksa Pahang jak belum dicuba.

      Delete
  8. Replies
    1. Alhamdulillah kat kedai ni sedap, worth utk dicuba 👍🏻

      Delete
  9. Susah nak jumpa kedai jual laksa johor ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2x... Bila dah jumpa & dah tau sedap, senang la nak repeat kalau teringin lagi.

      Delete
  10. Ada rezeki nanti bolehlah saya try

    ReplyDelete
  11. Laksa johor yang sedap adalah spagettinya tersembunyi di balik kuah yang pekat. Peh, sedap, sedap! Saya sendiri pun lama sudah tak pi pekena. Huuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perah limau kasturi, gaul dgn tangan... fuhhhh sedapnyaaaa

      Delete
  12. saya pernah ke malaysia tapi belum pernah ke johor
    mungkin lain waktu kalau ke malaysia akan menyempatkan ke johor

    ReplyDelete
  13. Okaaay, langsung masuk ITIN saya 🤣😍😍😍. Dah lama penasaran dengan laksa Johor soalnya. Jadi saat di KL nanti, saya dah pastikan harus makan di dapur Serawak yg Kaka rekomen, dan laksa Johor inilah 😄😄

    Sama kita kak, saya pun benci bawang mentah macam tuh. Tak akan saya makan 🤣. Boleh tak dari awal minta jangan pakai bawang 😁?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya wajib cuba ni Fanny. Saya dah rasa laksa Johor & lontong di kedai ni, dua2 sedapppp 👍🏻

      Delete
  14. Peminat laksa Johor boleh la ke sini.....mesti masakan Johor yang dihidangkan ni kan Carneyz.....macam sis peminat laksa utara. Adik sis bagi paste laksa Sarawak. Dia suruh sis masak laksa Sarawak tapi tak masak lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya minat semua laksa, dari utara sampai selatan hihi. Laksa belah pantai timur dgn pahang je belum try. Oh, saya share tips nak buat laksa Sarawak - guna air rebusan udang & ayam untuk rebus pes laksa, lepas tu tambah stok ayam baru rasanya sedap.

      Delete
  15. Fuhh, tergoda tengok laksa johornya! Tengah bayang letak kicap sikit, gaul2 sambal tu, makan guna tangan. Asyiknyaaa 🤤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, letak kicap ye nak tambah sedap? Baru tau ni hehe. Kalau bungkus & makan di rumah boleh la gaul dgn kicap.

      Delete
  16. kalau kat melaka ada pak tam ikan bakar dgn paktam workshop🤣🤣

    semangkuk mcm tu ada dlm RM12?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paktam lain tu hehe. Ni PakTam dari Johor 😜 Semangkuk ni RM15 anies. Tapi portion byk, puas hati makan.

      Delete
  17. Kalau datang ramai2 takde tempat duduk..kena la bawak kerusi lipat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya jumpa kafe yg ada menu dari kedai PakTam Laksa ni tak jauh dari situ. So kalau penuh boleh la datang ke kafe tu tapi boleh order menu dari PakTam Laksa.

      Delete
  18. Boleh cuba ni... uncle suka laksa johor

    ReplyDelete
  19. ok, boleh i masukkan dlm list jjcm in case tiba2 teringin kan hehehe

    ReplyDelete
  20. hah dkt je ni...bole try nanti kalo kesempetan...sedap tu tgk menu penuh semangkuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang besar portion laksa PakTam ni kak. Berbaloi dgn harga.

      Delete
  21. Sukanya laksa johor.. tapi sini susah jumpa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kena google cari kat mana ada dekat tempat Sha.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .