Makan-Makan Raya di Rumah
Dah habis bulan Syawal tapi baru nak up cerita buat makan-makan raya di rumah kiteorang pada 26 Syawal / awal bulan tempoh hari. OK la kan, janji tak terlajak sampai Raya Haji hehe.
Semua hidangan kiteorang masak sendiri, jadi kalau tak sedap mintak maaf banyak-banyak kat para tetamu ye. Rasa kekok sikit buat open house sebab dah lama tak buat sejak PKP. Cuma kek lapis je la tak buat sendiri, yang tu aku beli dari mak isteri sepupu di Kuching.
|
Antara juadah yang dihidang masa makan-makan Raya |
Selain dari rakan-rakan blogger yang tinggal berdekatan dengan rumah kiteorang, ada jugak kawan-kawan lain dan kawan-kawan baik Khayla. Terima kasih buat kawan-kawan yang sudi hadir pada hari tu. Lain kali jangan serik datang ke rumah kami kalau terima jemputan lagi ye. Anyway, semoga ada rezeki lagi tahun depan dapat buat makan-makan raya lagi.
|
Bersama parents dari sekolah Khadeeja - kenal rapat sebab sama-sama jadi part-time cikgu memasak tahun lepas |
|
Dengan ex-colleague dan BFF aku, Jen. |
|
Dengan BFF Khayla |
|
Dengan kakak dan adik aku |
|
Dengan kawan-kawan blogger dan Geng Kamie |
|
Dengan kawan-kawan blogger lagi. Muka Puan Hazel je tak tunjuk untuk menghargai privacy |
Nota kaki: Terima kasih Kak Retna, Mama Zharfan, Puan Hazel, Kak Nohas, Shai dan Kak Siti kerana sudi hadir memenuhi jemputan. Terima kasih jugak Kak Siti bawak trifle dan jugak Kak Nohas bawak coklat Beryl's sebagai buah tangan ♥️
alhamdulillah...semoga murah rezeki untuk buat makan2 lagi...
ReplyDeleteAmeen YRA 🤲🏻
DeleteWahhh.. Meriah jugak walau masak sendiri je. Itulah bila Carneyz dah buka silat di dapur, tak payah dah ambil khidmat Katering.
ReplyDeleteTu yg besoknya terus ting-tong tu SK hihi...
Deletetq tau sbb sudi jemput i dtg beraya :) mknn semua sedappp esp laksa sarawak tu!!!
ReplyDeleteSama2 😊 jgn serik datang lagi tau
Deletemeriahnya menu2
ReplyDeleteseronok kan dpt jemput kwn2, dtg beraya
thn ni kesuntukan masa sgt bila sabtu ahad byk jemputan org ke oh, kenduri kawen, tak pun terima kdtgan sedaramara yg jauh2 dtg beraya. waklau hati teringin jga nk buat oh he hee lamaa sejak pkp ni
insyaallah tunggu thn dpn pula
Faham... tu yg jem jalan raya setiap kali weekend bulan lepas. Ramai org buat open house dan kenduri di mana2..
DeleteAlhamdulilah...tetamu membawa rezeki tu. Meriah lauk2 yang Carneyz sediakan....
ReplyDeleteAlhamdulillah... kongsi rezeki dgn tetamu 😊 semoga ada rezeki buat lagi tahun depan.
DeleteWah!! Meriah.. Ada rakan-rakan blogger juga.. Berukhwah bukan setakat di alam maya..
ReplyDeleteHari tu jemput kawan2 blogger yg duduk dekat2 rumah. Kot2 ada rezeki lagi boleh jemput yg duduk jauh jugak 😊
Deletecantik umah Carneyz...
ReplyDeleteTerima kasih Afzan 🌸
DeleteTerima kasih daun keladi. Lain kali jemput lagi
ReplyDeleteInsha Allah, ada rezeki kita buat lagi 😊
DeleteTqsm for having us 🌹
ReplyDeleteMemang semua sedap², sampai bertambah² anak² makan 🤭
Mudah-mudahan bertambah luas rezeki sis dan sihat² selalu hendaknya 🤲
Terima kasih sis 🥰 Ameen YRA 🤲🏻
DeleteAlhamdulillah seronok kan...dari dunia maya ke alam realiti...insyaallah murah rezeki SA pun nak buat makan2 nanti...
ReplyDeleteWah, tengok makanan yg SA masak semua nampak sedap. Untung la siapa yg dapat jemputan tu 🤭
Deletemeriah dpt masak sendiri menu makan2 raya....kwn2 blogger pn ada
ReplyDeleteYe, seronok tapi nervous jugak masak2 utk tetamu makan. Nervous takut tak sedap hihi
Deleteohhh ada jemputan open house ke...tak perasan pun
ReplyDeleteMampu jemput mana yg duduk dekat2 rumah kiteorg je Ammi. Insha Allah ada rezeki lebih tahun depan boleh jemput yg lain2 jugak 😊
Deletealhamdulillah ramai yg hadir...
ReplyDeletetu diaaa banyakkkkk menunyaaaa confirm yg dtg tu, blk umah kekenyangan😀
Kalau ada rezeki buat open house lagi sudi2 la datang anies 😁
DeleteMeriah hidangannya. Seronok dapat kumpul amai-ramai dengan rakan blogger. Moga ukhuwah berpanjangan.
ReplyDeleteAmeen YRA... 🤲🏻
Delete