Semalam kiteorang buat makan-makan raya di rumah. Buat kecil-kecilan je pun, tapi pagi ni aku dah mula rasa ting-tong. Tak tau la sama ada banyak makan daging ke atau penat, tapi pagi ni aku bangun rasa macam nak tumbang. Aku syak BP aku naik balik ni, jadi lepas Subuh, aku buat semangkuk kecik oat untuk alas perut sebelum ambik ubat darah tinggi. Lepas tu aku baring je supaya BP tak naik lagi sampai ubat tu take effect. Niat nak puasa terpaksa dibatalkan sebab rasa tak sihat.

Apapun, aku bersyukur dan gembira dapat berkumpul dengan kawan-kawan lama dan baru semalam (baru, walaupun dah lama kenal di alam maya hehe). Aku cuma mampu jemput mana yang duduk dekat-dekat je, harap mana yang tak dapat jemputan tu tak berkecil hati la ye. Insha Allah ada rezeki lagi boleh jemput yang lain-lain jugak.

Terima kasih kepada yang sudi datang ke rumah kiteorang yang bersaiz comel tu hihi. Minta maaf kalau ada terkurang dalam layanan dan makanan yang dihidangkan. Aku sebenarnya tak biasa dan tak reti nak masak untuk ramai orang tapi #siscuba. Alhamdulillah semalam laksa Sarawak laku sampai licin satu periuk kuah laksa, sambal pun habis sampai ada yang tak sempat merasa.  Percayalah, tuan rumah pun tak sempat jamah laksa Sarawak sebab nak bagi laluan tetamu menjamu selera 😅. 

P/S: Nanti dah sihat sikit aku update pasal makan-makan raya ni. Nak sambung rehat jap.


Ucapan tulus ikhlas dari aku dan Suami Terchenta 🥰

32 comments:

  1. get well soon, SA pun sama je ni...tapi dah start kerja dah..muak rasanya tido aje kat rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah besoknya dah ok sikit tapi penyakit malas nak update blog pulak melanda hihi

      Delete
  2. Replies
    1. Terima kasih MZ. Alhamdulillah dah lega besoknya cuma malas nak update blog je hehe

      Delete
  3. semoga cepat sembuh..penat pun ye kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya la kot. Faktor usia jugak tu hihi

      Delete
  4. Sis haritu masa buat makan² tu, sebelum tidur rendam kaki dalam air garam then telan panadol extend 2 biji Karni. Pagi bangun fresh! Sebab last mengemas jam 2am, so kalau tak buat gitu, kompom juga akan demam atau letih .. moga cepat sihat yaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain kali boleh try cara Sislin ni. Alhamdulillah dah elok skrg

      Delete
  5. memang penat kalau buat makan2 kan tapi seronok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah penat dan ada masanya stress jugak bila masakan tak turn out seperti yg kita nak 😅 nak masak semula membazir / tak cukup masa.

      Delete
  6. Semoga dah sembuh seperti sedia kala.
    Penat sangat kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah ok esoknya Wak. Tu la mungkin penat, stress atau terlebih makan daging hehe

      Delete
  7. Selamat beristirehat, Carneyz. Semoga baik-baik je, BP.
    Penat tu, masak-masak melayan tetamu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nur. Alhamdulillah lepas rehat secukupnya, minum air secukupnya dan makan ubat, esoknya dah back to normal.

      Delete
  8. Have enough rest sista 💖
    Nanti² baru share stori mori tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq PH. Tu la esoknya dah sihat tapi penyakit 'm' pulak melanda haha

      Delete
  9. Mungkin tak cukup rehat kot....moga semuanya akan baik ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak cukup rehat / tak cukup minum air / tak jaga makan... salah satu tu mungkin penyebabnya sis Ezna.

      Delete
  10. hari ni dah okey ke?

    sama laa semalam ting tong juga... lps maghrb trs zzz... dah x tahan sgt dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah esoknya dah ok anies. Bukan selalu buat kerja yang memenatkan ni, tapi berbaloi la haha

      Delete
  11. penat tu bila majlis mkn2 ni
    tp yg penting selesai dgn jayanya kan alhamdulillah

    ReplyDelete
  12. semoga perkara yang baik-baik sahaja ...jika kurang sihat semoga pulih 100 peratus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah pulih esoknya lepas berehat, minum air secukupnya dan makan ubat BP.

      Delete
  13. Semoga cepat sehat kak Carneyz. 🤗. Banyak istirahat dulu yaaa. Tadi sedikit banyak saya dah baca dari tulisan kak Retna. Memang seruuu lah bisa kumpul dengan yg lain yaa 😍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, bila lagi boleh berkumpul bersama bloggers 😊 kalau Fanny duduk dekat, Fanny pun saya jemput jugak hehe

      Delete
  14. Bisa jadi karena kecapaian kak..dengan istirahat bisa pulih kembali... sehat' selalu kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah esoknya dah pulih. Terima kasih atas doanya 😊

      Delete
  15. Kadang tak cukup rehat, badan letih tak cukup tidur pun boleh jadi juga .

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .