Tahun ni la paling sekejap kiteorang balik ke Kuching - 3 hari je. Petang hari raya ketiga, kiteorang dah fly ke Bintulu, raya sebelah keluarga aku pulak.
Terserempak dengan BFF aku menghantar keluarga adik iparnya balik ke Sibu kalau tak silap. Lepas tu terjumpa seorang lagi ex-colleague kiteorang. Apa lagi, wajib la bergambar. Nak singgah beraya di rumah tak sempat, akhirnya berjumpa di airport je.
Dengan Haji Dol (sebelah Suami Terchenta) |
Kali ni naik AirAsia sebab cuma AirAsia je ada flight direct Kuching ke Bintulu. Kalau naik MASWings atau MAS, mau satu Malaysia dia bawak transit 2-3 tempat dulu baru sampai Bintulu. Masa cari tiket raya bulan puasa tu, aku siap tergelak sebab ada satu option ni, dia bawak terbang ke KK, lepas tu singgah ke Mulu, then singgah pulak ke Mukah, baru la sampai ke Bintulu. Sehari cuti kau dihabiskan dalam kapal terbang je kalau macam tu. Baik tak payah balik, hahaha!
Sampai airport sejam awal, nasib baik boarding gate dekat dengan food court jadi kita singgah minum dulu sebelum naik flight |
Boarding. Dapat duduk satu baris, alhamdulillah |
My favourite activity bila naik flight - menikmati keindahan pemandangan awan berkepul-kepul |
Kiteorang selamat mendarat di Lapangan Terbang Bintulu lepas Maghrib. Adik ipar nombor 2 yang tak balik raya tahun ni yang ambik kiteorang di airport dan terus bawak balik ke rumah dia untuk beraya di rumah dia. Tiap-tiap tahun bila kiteorang balik ke Bintulu, memang kiteorang akan pinjam kereta dia sebab dekat Sarawak kalau takde kereta memang payah nak gerak ke mana-mana. Syukur adik ipar ada 2 buah kereta dan baik hati pinjamkan keretanya.
Lupa nak ambik gambar di rumah adik ipar sebab dah penat dan kelaparan hehe. Btw ni la baju raya yang sepatutnya aku pakai pada hari raya pertama |
Macam biasa bila balik ke Bintulu, kiteorang pilih untuk menginap di hotel Fairfield by Marriott since macam biasa bilik di rumah mak aku penuh bila adik-beradik lain balik. Masa tu tengah ada promosi menginap semalam dapat bonus night tambahan semalam. Maksudnya instead of duduk 2 malam baru dapat 2 bonus nights, duduk 2 malam dapat 4 bonus nights. Kiteorang duduk 3 malam jadi dapat la kumpul 6 bonus nights. Overall, menjimatkan sebab tak payah booking hotel selalu semata-mata nak kumpul bonus nights dan kekalkan status keahlian Silver Elite yang aku pegang selama 6 tahun berturut-turut setakat ni. Sekarang ni aku tengah aim nak dapatkan 250 bonus nights supaya keahlian Silver Elite aku ni bertukar jadi Lifetime Silver Elite (maksudnya dah tak payah gigih nak lengkapkan 10 malam hotel stay setiap tahun).
Bilik air hotel |
Balik dari rumah adik ipar, terus check-in di hotel, mandi, solat jamak dan tidur. Esoknya nak bangun awal menikmati pemandangan waktu pagi di pantai Tanjung Batu sebelum gerak ke Mukah untuk beraya di rumah makcik pulak.
Alhamdulillah dapat beraya di kamp[ung halaman.. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah... tiap2 tahun mmg kena balik kampung 2-2 baru adil dan saksama hehe
DeleteMacam seronok je tengok Carneyz sekeluarga naik flight berbaju raya. Agaknya rata-rata penumpang lain pun berbaju raya ya?
ReplyDeleteKat Sarawak sampai raya ke-7 orang pakai baju raya Kak Ujie. Ramai lagi yg pakai baju raya mcm kiteorg hehe.
DeleteSama tema la baju raya kita :D
ReplyDeleteMenariklah cara orang Sarawak berhari raya...I mean naik flight dari satu tempat ke tmpt lain, must be interesting. Cuma terikat dgn masa la kan...dan kos juga lebih tinggi for sure
Klu naik kereta berjam2 nak sampai PH, naik flight paling cepat sampai hehe. Betul, kos tinggi sikit dalam RM500+ utk 4 orang.
Deletecantik la bj raya carneyz!! part suka tgk awan kepul2 tu..sama la mcm MZ! waaa bestnya u dpt hotel benefit from membership tu. terbaek laaaa
ReplyDeleteTQ MZ! Baju raya recycle dari tahun lepas ni. Aah gigih kumpulkan hotel nights setiap tahun sbb nak dapatkan benefit membership hehe.
DeleteOh kampung kat Bintulu....suami Carneyz pun orang Sarawak juga ya?.....Selamat Hari Raya.....
ReplyDeleteYe sis Ezna, kiteorang berdua asal dari Sarawak tapi kampung husband di Samarahan, saya pulak di Bintulu.
Deletekalau walk in laa kan time raya2 ni flight domestic mcm ni ada tiket tak?
ReplyDeleteRasanya susah kot sbb flight mmg fully booked sampai ada extra flight nak menampung jumlah penumpang yg ramai.
Deletebila naik flight...mmg best dpt tgk awan kepul2 tu....baju raya pertama pakai di hari ke3 ...cantik..
ReplyDeleteRasa kagum sangat dgn kuasa Allah menjadikan awan yg terapung & bumi yg terbentang luas...
DeleteTq.. tu la plan nak pakai raya pertama tapi akhirnya jadi baju utk hari raya ketiga hihi
walau sekejap janji dpt bertemu keluarga tersayang
ReplyDeleteseronok hilang rindu
Betul tu Cik Nor, tapi rasa terburu2 dan ada yg tak sempat jumpa. Harap panjang umur dapat jumpa tahun depan pulak.
Deletealhamdulillah.. sama la ngan MA..bila naik flight memang suka tgk & ambil gambar awan2 tu..subhanallah..indah sungguh ciptaan Yang Maha Esa
ReplyDeletestokin zus tu kena beli pakej nya... ada dlm menu app zus tu.. aci yer jawab kat sini.. he he he
Oo.. ada pakej ye. Nnt lepas jumpa doktor check darah klu tak tinggi sangat hba1c boleh la kot singgah zus tgk apa yg ada hehe
DeleteSaya kalau naik pesawat tu tak berani liat"ke jendela..kalau sudah mau dekat baru berani hehe...cantik baju raya nya kak...model baju kurung ya ?
ReplyDeleteOo.. Mreneyoo gayat tengok luar tingkap ye? Saya pulak suka, kagum dengan ciptaan Allah.
DeleteTq, mana ada model saja nak tunjuk baju yg sepatutnya pakai hari raya pertama hihi
Waahhh.. jauhnya terbang.. Selamat Hari Raya...
ReplyDeleteMacam tu la beraya di Sarawak, nak jimat masa perjalanan kena naik flight huhu
DeleteAlhamdulillah...beraya di kpg, bersama keluarga & sanak-saudara..
ReplyDeleteAlhamdulillah, setahun sekali jumpa sanak-saudara..
DeleteDi sana susah public transport ya kak? Jadi sebaiknya ada kendaraan sendiri? Soalnya saya jadi berpikir kalo kesana nanti tak mungkin ada kendaraan juga. Apa bisa sewa mobil untuk foreigners macam saya? Biar tak susah kemana2. Krn saya baca grab pun susah di sana.
ReplyDeleteYa, di sana susah public transport agak terhad. Mungkin boleh guna Grab car atau sewa kereta di lapangan terbang kalau nak ke mana2.
DeleteBila naik flight dapat seat tepi tingkap tu yang best .
ReplyDeleteSama la kita, suka seat tepi tingkap
Delete