Semalam ada appointment dengan gynae aku yang garang tegas tu hihi. Punyalah takut kena marah sebab berat badan tak turun-turun... Adoii. Lepas turun 4 kilo hari tu terus tak bergerak-gerak dah penimbang tu.
Sebab takut punya pasal agaknya masa ambik bacaan tekanan darah, BP aku agak tinggi dalam 162/100. Dua kali ambik, dua-dua bacaan sama. Dr Marlik tanya, you dah makan ubat ke? Dah, laju je aku jawab. Makan masa sahur, doc. Dr Sakinah bagi aku 2 jenis ubat untuk BP, satu makan waktu pagi dan satu lagi makan sebelah malam.
Hmm... last-last dia suruh ambik bacaan BP sebelum tidur. Dia kata ramai orang kena serangan strok / serangan jantung masa tengah tidur bila BP tinggi sangat sampai pembuluh darah pecah. Sebab tu dia nak tengok BP aku sebelum tidur tinggi ke tak.
Alhamdulillah malam OK sikit BP compare dengan waktu siang. Mungkin siang sibuk buat kerja rumah, jadi tekanan darah tinggi sikit. Malam dah mod nak berehat, lagipun lepas Isyak selalunya aku turun ke gym berjalan atas treadmill dalam setengah jam dan lepas pergi gym aku akan mandi air panas. Ni salah satu tips yang aku dapat kat Internet macamana nak turunkan tekanan darah tinggi (berjalan dan mandi air panas).
BP monitor jenama Withings yang aku beli di Shopee ni bagus sebab boleh rekod bacaan BP dekat apps, senang tunjuk dekat doktor masa appointment |
Tips yang aku amalkan untuk kawal tekanan darah tinggi:
- Kawal stress / emosi marah!
- Minum air secukupnya
- Tidur secukupnya
- Banyakkan berjalan / naik turun tangga
- Mandi air panas sebelum tidur
- Jaga paras gula dalam darah
- Jaga paras kolesterol jahat (ada kaitan dengan tekanan darah)
carneyz..tang mana obes tu??Linda pun risau jugak nie haa...bila nk kuat untuk cut sugar nie..berat pun maken naik je nie...haisyhhh
ReplyDeleteSaya kategori obese.. BMI skrg 31. Berat mata memandang, berat lagi badan memikul lemak ni huhu
DeleteSemangaaaaat kak Carneyz. 🤗🤗. Semoga berhasil semua effortnya, result juga membaik yaaa.
ReplyDeleteBadan gemuk salah, tapi badan kurus pun salah juga terkadang. Saya jadi ingat teman saya, kurusnya msh okelaah, bukan yg kurus sangaaat. Tapi ternyata saat diperiksa diabet pula. Dan lumayan tinggi. Intinya memang hrs kawal berat badan tp juga cek sesekali ke dokter kan.
Oh mungkin dia ada diabetes type 1. Saya ada seorang kawan yg obese, tiba2 berat badannya turun mendadak lebih dari 10kg dalam sebulan. Bila diperiksa diabetesnya dah tahap kritikal sampai perlu tambah insulin atau ginjalnya akan gagal. Jadi walaupun risau berat susah nak turun tapi saya positif tahap diabetes belum sampai kritikal lagi.
DeleteSaya doakan Carneyz diberi kekuatan untuk amal pemakanan lebih sihat. Saya pun sama. Control makan, susah sikit, sebab suka makan. :D Terima kasih share tips mengawal tekanan darah tu.
ReplyDeleteKena jadi macam Nur kot, rajin berlari / bersenam.
DeleteHigh BP memang scary laaa, nauzubillah..my choles rate pun agak tinggi so gerun ni bila nak kena buat blood check up
ReplyDeleteMy gynae suspect my cholesterol tinggi sbb tu bp tinggi. Next week kena buat blood test sblm jumpa endocrinologist. Hish, serammmm!
DeleteNang sakit nak cut gula Carneyz. Tapi percayalah, Bila dah cut sugar... Auto kolestrol normal. Kedak kmk tahun lepas 5.2 cun2 atas pagar. Takut nait... Tanpa Ubat, jaga makan. Alhamdulillah, bln 3 tok Tek kmk check turun 4.5. kmk cut gula, less carbo intake... Fast food semua tolak. Kadang2 teringin makan juak tapi buat raso jak.
ReplyDeleteApa² semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik hendaknya
Yalah kelemahan kmk sbb kmk dari kecik nang suka benda manis. So rasa susah mok buang tabiat nok dah dari kecik ya. Tapi kenak juak try kan, mun sik smp bila mok makan ubat jak. Takut lama2 ubat pun sik jalan.
DeleteSemoga kita terus istiqamah jaga kesihatan.
ReplyDeleteTerakhir kali saya tengok bacaan BP saya waktu demam tempoh hari 132/90. Doktor kata cantik bacaan itu kalau ikut umur saya. Bolehkah kembali seperti dulu 120/80?
Bagus tu Kak Amie, semoga Kak Amie dijauhkan dari penyakit tiga serangkai.
DeleteCut sugar tak minum manis tu mudah bagi akak. Tapi cut sugar tak makan kuih/manisan tu yang susah 😅
ReplyDeleteSamalah kita Kak Ujie, biasa minum air kosong je, tak kisah pun kalau tak minum air manis. Tapi nak elak dari makan kuih, coklat atau kek tu rasa susah sgt 😅
DeleteYe sometimes nak jumpa Doc tu yg buat kita extra nervous 😅 Dulu masa pregnant pun nampak no giliran dah naik kat board terus jadi berdebar...
ReplyDeleteAnyway, take care sis 💗
Debor tu lain macam je kan 😅
Deleteuntuk sihat perlu kuat semangat... susun atur cara makan.. insyaAllah boleh.. buat slo2.. xmampu tinggalkan semua, tinggalkan sedikit2.. ldy doakan berjaya.. insyaAllah... ameeennnn
ReplyDeleteTerima kasih Lady... Ameen YRA 🤲🏻
DeleteUncle baru cek pagi tadi... 128/82
ReplyDeleteWah, cantik bacaan bp uncle tu.
Deletenak cut sugar tu pelan2 dlu jgn drastik takut bdn terkejut...cth kalo sblum ni buat air 2 sudu gula..so kurangkan 1 gula....org kata try test 2 minggu dlu cut sugar....kalau berjaya melepasi ..insya allah pelan2 berat turun...akak alhamdulillah 4 bln dh berlalu...nmpk hasilnya...smoga BP carney dpt stabil...bahaya naik tinggi juga tu...take care
ReplyDeleteTerima kasih atas tips tu. Mcm Kak Ujie komen kat atas, kalau air manis mmg takde masalah nak tinggalkan tapi susah betul nak tinggalkan makanan manis macam kuih dan coklat 😅 tapi kena buat juga slow2 kan.
DeleteSA dah lama x naik darah tinggi, maintain aje selama ni..toba demam virus dengan batuk...terus naik mendadak walau pagi dah makan ubat...161/100 masa check Khamis..lepas tu monitor sendiri...alhamdulillah dah normal..walau angkanya 138/89, 137/86..kalau boleh nak normal je 113/79 mcm tu...
ReplyDeleteTake care SA. Saya pun nak kena pastikan BP terkawal. Nak dpt 113/79 tu susah sikit la dalam kes saya ni.
Deletebetul ke? boleh hilang 3 penyakit tu?
ReplyDeletewahhh ni yang sy bersemangat nak kurus ni
hehehe
cut gula mmg payah... besarrrrr dugaannya...
tp tu laa mmg kena kuat semangat...
dah cuba dulu...
tp biasa laa di pertengahan jln... gagal ;-)
Betul anies. My gynae pun cakap benda yang sama. Kalau orang obese dia turun berat badan automatik semua penyakit ni hilang - kolesterol tinggi, diabetes dgn darah tinggi.
DeleteRehat secukupnya .
ReplyDeleteSetuju.. bila tak cukup rehat tu yg tekanan darah tak stabil kot.
Delete