Awal pagi selepas Subuh kiteorang dah keluar untuk bersiar-siar di pantai Tanjung Batu. Tempat ni menggamit nostalgia sebab dari kecik lagi aku bermain di tepi pantai ni, lepas tu bila dah ada anak, pun bawak dieorang mandi-manda di sini.


Pantai Tanjung Batu Bintulu
Dari jauh kelihatan ada arca baru di pantai Tanjung Batu


Pantai Tanjung Batu Bintulu
Khadeeja buat lawak - Mommy, mungkin dung bettle dah penat sebab tu dia tinggalkan je dung tu dekat situ! 😂 << penangan tengok kartun Larva!

Pantai Tanjung Batu Bintulu
Penerangan tentang arca baru ni - dibuat dari besi dan kayu hanyut, benda bulat tu mewakili kepala anak Bintulu sebagai simbol pembangunan intelek dan burung bangau mewakili identiti Bintulu yang menjadi salah satu destinasi pilihan burung bangau semasa migrasi dan juga pembangunan yang pesat di Bintulu.

Macam biasa, wajib bergambar depan arca baru yang menjadi simbol baru di Pantai Tanjung Batu ni.


Pantai Tanjung Batu Bintulu
Khayla posing di depan arca

Pantai Tanjung Batu Bintulu
Bila isteri ambik gambar suami (terang nampak muka)

Pantai Tanjung Batu Bintulu
Bila suami ambik gambar isteri pulak (ni aku dah edit kasi paling clear kalau tak memang tak nampak apa! 🤭)


Pantai Tanjung Batu Bintulu
Pokok cemara yang tumbuh membesar di pulau batu. Kalau tengok dalam video kat bawah ni, nampak pokok ni masih kecik dan tak serendang sekarang



Pantai Tanjung Batu
Sebelum balik ke KL, singgah lagi di Pantai Tanjung Batu menikmati angin petang pulak sambil duduk di bawah pokok kelapa. Nanti Suami Terchenta dah retire, berangan-angan nak lepak di Tanjung Batu setiap petang macam ni

22 comments:

  1. gmbr2 scenery tu semua sgt2 awesome!! love 'em!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan cuaca cerah pagi tu tapi tak lama lepas tu mendung 😄

      Delete
  2. menarikkk...ada arca di tepi laut..cantik view..the sea, the sand, the sky..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik sgt2 Pantai Tanjung Batu ni sis. Tempat feveret kiteorg bawak anak2 bermain hujung minggu masa masih menetap di sana.

      Delete
  3. Suka gambar permandangan kat sini....ayat Carneyz bila suami ambik gambar tu kelakar....haha tapi sebenarnya macam sama je kita.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... mungkin kena hantar dia pergi training macamana nak ambik gambar yg menarik sesuai utk upload dekat blog haha!

      Delete
  4. menggamit memori betul bila kita pergi ke tempat2 yg mejadi tempat permainan kita semasa kecil...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan setakat tempat permainan saya masa kecik, tapi jugak tempat permainan anak2 saya masa dieorang kecik jugak 😊 harap2 satu hari bila dah ada cucu boleh bawak cucu2 mandi-manda di sini pulak.

      Delete
  5. Bagusnyaaaaa 😍😍😍. Harap2 kalo nanti saya ada kesempatan ke Sabah Serawak, bisa eksplor banyaak kotanya ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cabaran bila melawat Sabah & Sarawak, dua negeri ni je dah sebesar Semenanjung Malaysia! 😅 Kena guna khidmat pemandu pelancong kalau datang pertama kali supaya memaksimakan semua tempat tarikan sebab dekat sana pengangkutan awam agak terhad.

      Delete
  6. Tergelak saya baca, perbezaan isteri ambil gambar, dengan suami ambil gambar. Hehe.. sama je, lain-lain pasangan pun. Tu kena selalu suruh husband ambil gambar, supaya dia boleh praktis, lama-lama ok ler. :D
    Carneyz, saya ada edit entri saya semalam, dan sertakan apa yang saya guna untuk kira kalori. Harap membantu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm... dah 17 tahun praktis macam tu jugak skill nya Nur hehe. OK, nanti kita singgah blog baca balik entry tu.

      Delete
  7. syok amik angin pantai...bertabah bab amik gmbr suami & isteri hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, kena hantar training ke camane ni? hehe

      Delete
  8. Kita amik gambar orang memang cantik..orang amik gambar kita...berhuhuhu je la..cantik pemandangan kat sini...SA suka laut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha masalah sejagat kan SA. Hmmm sabar je la... saya pun suka laut rasa tenang je bila tengok laut yg luas.

      Delete
  9. menarik laa arca baru tu...
    macam mana agaknya diorang kumpulkan kayu hanyut tu
    smpi boleh buat arca sebegini
    kreatif!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti ambik masa yang lama nak kumpul kayu hanyut, lepas tu nak buat bentuk arca pulak. Orang2 yg berseni je ada kesabaran nak buat benda2 mcm ni.

      Delete
  10. kamek pun pergi pantai tanjung batu raya ri ya...tapi raya kedua petang hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai org pegi Tg Batu pakai baju raya, siap ada orang bukak booth servis photography ambik gambar raya di Tg Batu hehe

      Delete
  11. Subhanallah . Cantik sungguh view tepi pantai ni .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah... tenang je rasa duduk tepi pantai

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .