Amalan tempatan yang bercanggah dengan amalan dianjurkan dalam Islam

1. Mendengar berita kematian

  • Adat Tempatan : Mengucapkan 'Al-Fatihah' bila dengar berita kematian
  • Islam : Mengucapkan 'Innalillahi wa inna ilaihi rojiuun'

2. Usung jenazah

  • Adat Tempatan :
Baca Al-Fatihah sambil usung jenazah. Jenazah akan ditanam di tempat yang keluarga request. Contoh meninggal dunia di Sarawak, tapi disebabkan keluarga di Selangor, maka jenazah akan dibawa pulang ke Selangor untuk dikebumikan.
  • Islam :
Usung seperti biasa tanpa ada sebarang bacaan dan percepatkan hantar jenazah ke kubur bukan perlambatkan dengan bacaan tertentu. Jenazah ditanam di tempat perkuburan yang paling hampir dengan tempat jenazah meninggal dunia.

3. Tanam jenazah

  • Adat Tempatan :
    • Jirus air dengan jug yang diikat kain putih / jirus air mawar
    • Tabur bunga
    • Tabur batu
  • Islam :
Tiada sebarang jirusan air. Jika jirus air atas alasan untuk melembapkan tanah tidak mengapa namun jika air dijirus agar mayat sejuk maka ini kepercayaan yang merosakkan aqidah.

4. Kubur jenazah

  • Adat Tempatan :
    • Kubur ditinggikan dengan binaan kepok
    • Kubur ada nama, tarikh hidup dan mati
    • Batu nisan 2
    • Kubur dijadikan masjid tempat beribadah dan meminta (Nota: yang ni setau aku takde dalam adat Melayu tapi diamalkan di negara dan mazhab lain contohnya di India terutamanya kubur para wali dan alim ulama)
    • Perlu beri wang kepada orang solat jenazah (?)
    • Ada pakej upah baca Al Quran malah ada tempat yang mengenakan upah bacaan talkin
    • Perlu beri wang kepada penggali kubur 
    • Perlu sediakan wang sekurang-kurangnya RM1000… MasyaAllah
  • Islam :
    • Kubur tidak ditinggikan malah diratakan, tiada hiasan.
    • Kubur tiada sebarang kepok, nama, tarikh hidup dan mati
    • Batu nisan 1
    • Tempat beribadah di masjid bukan di kubur
    • Tiada upah bacaan Al Quran / bacaan talkin di kubur
    • Tiada wang pun diperlukan kerana tugas uruskan jenazah *FARDHU KIFAYAH* bagi umat Islam.

5. Kenduri arwah

  • Adat Tempatan :
    • Keluarga si mati buat kenduri tahlil untuk arwah dengan bacaan tertentu, doa tertentu, surah Yasin sambil dihadiri tekong tahlilan arwah bagi mengisi perut tetamu dengan juadah makanan walau keadaan susah dan terpaksa. Bersedekah tidak salah dengan meluruskan niat.
    • Dilakukan selama 7 hari, 40 hari dan 100 hari atas kepercayaan agar mayat tidak diseksa dan tidak disoal di dalam kubur.
    • Ritual seperti ini adalah milik agama *HINDU*
  • Islam :
    • Tiada kenduri buat jenazah. Yang ada ialah mendoakan jenazah di mana saja berada.
    • Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa’fuanhu (jenazah lelaki) / Allahummafirlaha warhamha waafihi wa’fuanha (Jenazah wanita)
    • Jiran terdekat / dalam kariah memberikan makanan kepada keluarga si mati kerana mereka sedang berada di dalam kesusahan dan kesedihan.

6. Talqin

  • Adat Tempatan : Talqin akan dibaca di atas kubur oleh imam yang diupah. Imam akan berikan jawapan bocor kepada si mati untuk jawab soalan kubur. Imam dan makmum duduk di atas kubur sambil imam membaca talqin dengan menyebut nama fulan / fulanah binti ibu.
  • Islam : Tidak ada sebarang talqin bocorkan jawapan kepada jenazah. Kerana jenazah sudah membawa amalannya sendiri untuk menjawab soalan di kubur. Luruskan niat jika talqin sebagai dakwah untuk saling mengingati hari kematian akan tiba kepada yang menziarahi si mati di kubur itu tidak mejadi kesalahan, kerana Allah ingin kita saling mengingati tentang hari kematian.

Jadikan pesan Nabi SAW dlm hadis sebagai panduan:

“Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak”

 (HR. Bukhari no. 2697 dan Muslim no. 1718)

Sumber : Kalam Sunnah

Nota kaki: Kadang-kadang susah kita nak menolak amalan tempatan sebab dah jadi benda yang orang sekeliling anggap normal, contohnya buat kenduri tahlil arwah atau bagi upah kepada surau dan penggali kubur bila keluarga mintak tolong untuk uruskan jenazah. Jadi sebaik-baiknya kita sendiri belajar uruskan jenazah dari proses mandikan jenazah, kafankan sampailah mengerjakan solat jenazah, lagi-lagi untuk mak ayah kita. Yang lain-lain tu, kita luruskan niat contohnya bila buat kenduri tahlil untuk bersedekah dan kalau kurang berkemampuan, tak perlu bebankan diri-sendiri untuk buat sebab takde dalam amalan Islam. Macam tu jugak bila kita bagi sagu hati kepada penggali kubur, niatkan untuk berterima kasih atas masa dan tenaga yang diluangkan beliau untuk menggali kubur. Sebab walaupun fardhu kifayah, tak semua orang sanggup buat maka tak salah kita berbuat ihsan kepada orang yang dah tolong kita. Wallahu'alam.

16 comments:

  1. Salam jumaat carney.. sama tema sharing kita ri tok hal kubur... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bah sepp lok sbb sama topik hehe.

      Delete
    2. Kmk unpublished jak entri kubur ya tek koh.. mistake kmk x check.. main copy paste jak dr fb ne ndak 😅 tq carney

      Delete
  2. tapi tulah...bab gali kubur tu, dah siap letak harga..siang lain, malam lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah benda dah jadi amalan masyarakat setempat, tugas gali kubur tu dah jadi pekerjaan yg memerlukan upah. Kita tetapkan niat sedekah je la sbg penghargaan kepada penggali kubur.

      Delete
  3. kita banyak terikut adatkan.
    masa arwah mama meninggal kami tak buat kenduri or tahlil sbb covidkan...jadi buat bacaan yasin je secara zoom.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Ammi. Adat tu ada yg bidaah, kena betulkan pemahaman dan niat kalau kita nak buat jugak contohnya majlis tahlil arwah, kita buat dgn niat dapat pahala bersedekah jamu org makan.

      Delete
  4. Actually ada pendapat yg membolehkan adat setempat diamalkan asalkan tidak bertentangan dgn prinsip hukup syarak dan tidak mendtgkan kemudaratan(setakat yg i tahu/belajar la)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu MZ, perkara bid'aah hasanah selagi tak bertentangan dengan hukum syarak dan tak menjadi beban ke atas umat tu harus diamalkan contohnya sambutan Maulidur Rasul berselawat dan pengisian dgn ceramah agama... dibenarkan walaupun bukan sebahagian dari sunnah Nabi.

      Delete
  5. part kenduri tu
    mmg x leh lari dr dulu
    mgkn dah smpi ms turn kita nnt bagitahu anak2 stop buat semua ni once kita meninggal kelak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kalau anak2 tak buat kenduri tahlil mesti kena kutuk jiran2 tetangga dgn tohmahan tak sayang mak & ayah, taknak sedekahkan pahala dekat dieorg, etc. padahal takde kaitan pun.

      Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah (semasa dia masih hidup), ilmu yang dimanfaatkan dengannya (ilmu yang arwah ajarkan kepada orang lain yang bermanfaat) dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.

      Muslim, Sahih Muslim bi sharh al-Imam Muhyiddin al-Nawawi, Kitab wasiyyah, jld. 11, hlm.87.

      Delete
  6. Iniiii lah yg seriiiiing JD perdebatan saya dan suami. 😔😔😔.

    Keluarga saya trutama Islamnya kuat banget kak, dan selalunya ikutin yg memang menjadi aturan Islam, bukan aturan Tempatan.

    JD kalo di kluarga saya, ga ada yg namanya 7,100,1000 hari peringatan, ga ada yg namanya tabur bunga, ga ada yg namanya ziarah kubur. Kubur khusus keluarga kami ada, tp bisa dibilang semak sangaaat, Krn memang kami ga melakukan ziarah kubur.

    Naaah kluarga suami terbalik. Mereka itu orang Jawa Solo, yg mana adat mereka lebih kuat drpd aturan agama. Sampai2 mama mertua punya titah pas sebelum meninggal, nanti hrs dikuburkan 1 liang dengan papa dan anak bungsunya yg sudah meninggal duluan. Suami nurutin , Krn memang dia anak penurut banget.

    Dan dia rajin ziarah kubur , sambil tabur bunga.

    Saya ikutin aja, Krn saya malas nak ribut.

    Soal tempat kubur, saya pernah bilang ke suami kalo sampai meninggal di luar negara, kuburkan saya di sana. Tak payah bawa jenazah ke Indonesia, Krn itu buang2 duit. Mahaaal tahu. Adik ipar saya meninggal di pesawat saat ke Finland..JD mendarat emergency di Azerbaijan. Biaya kebawah dibawa ke Indonesia lagi itu habis USD9000 -an . Tapi untungnya dibayar Ama company papa Krn saat adik meninggal , Papa sedang perjalanan dinas ke Finland.

    Tapj suami tak setuju saat tahu saya nak dimakamkan di luar negara kalo meninggal di sana. Dia ngotot, jenazah dia hrs bawa balik Indonesia. Disitulah kami ribut. Bagi saya itu buang2 duit, bagi dia itu keharusan supaya anak2 bisa ziarah kubur.

    Akhirnya kami sepakat di tengah2. Tiap kali traveling, kami harus beli travel insurance yg mengcover biaya bawa balik jenazah ke negara asal. Kalo suami saya tak nak beli, dan terjadi sesuatu di destinasi, jangan harap saya nak bawa jenazahnya ke Indonesia. Saya tak nak buang2 duit utk bawa sesuatu yg dah tak bernyawa.

    Kalo urusan doa, itu bisa didoakan selalu saat selesai sholat. Tak payah dikuburnya. Lagi pun malaikat yg bertanya nanti tetap sama, mau dikubur di laut kek, di negara lain atau di manapun, yaaa kan 😁

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .