Hari Raya pertama kami walaupun kurang seronok sebab beg dan baju raya masih terkandas di Singapura, tapi masih lagi meriah bila adik-beradik, sepupu-sepapat, saudara-mara berkumpul beramai-ramai.
Sehari sebelum raya, penat betul rasanya sebab lepas bersihkan bilik tidur di rumah kampung tak boleh terus berehat walaupun badan penat sebab tak cukup tidur. Sebabnya, kiteorang kena keluar cari baju raya baru. Tahun ni sebenarnya kiteorang takde plan nak beli baju baru sebab kiteorang rasa rakyat Palestin di Gaza lebih memerlukan jadi duit baju raya aku dah transfer ke badan MyCare dalam bulan puasa.
Tapi kita merancang, Allah yang berkehendak. Jadinya pagi raya tu aku dan Khadeeja pakai baju raya baru (walaupun baju kurung harga RM50 je). Yang penting nampak sopan di pagi raya, betul tak?
Macam biasa lepas balik dari solat raya di masjid, kiteorang akan bergambar satu keluarga. Tahun ni cuma adik ipar aku nombor 2 dan isterinya je yang tak balik kampung, beraya bersama mertua. Yang lain semua balik.
Bersama mak dan bapak mertua serta ipar-duai |
Candid shot of my princesses |
Lepas ambik gambar keluarga, macam biasa sesi bersalam-salaman dan minta maaf. Duit raya jangan dilupakan ðŸ¤.
Sesi bermaaf-maafan dan bagi duit raya |
Ni anak yang paling kuat menyakat bapaknya, kemain gelak bila kena mintak maaf di pagi raya demi sesampul duit raya 😆 |
Tengahari pulak, kiteorang beraya dengan keluarga belah aku pulak iaitu keluarga Wa (atau pangkat Pak Long) di Samarahan. Memang havoc betul bila jumpa dengan sepupu-sepupu yang paling rapat dengan kiteorang masa kecik dulu. Masa kiteorang sampai tu, rupa-rupanya dieorang tengah buat sesi fotografi, siap panggil photographer datang ke rumah. Apa lagi, kiteorang pun kena tarik masuk sekali. Gambar ni aku cilok dari FB adik sepupu aku (baju hijau duduk sebelah aku).
Dengan keluarga sepupu aku ni suasana lebih meriah sebab ada ramai budak kecik (belah Suami Terchenta, cuma Khayla dan Khadeeja je cucu-cucu dalam keluarga). Masa ni la peluang untuk anak-anak kenal dengan sepupu-sepupu dieorang. Budak-budak zaman sekarang ni agak malu-malu nak berkawan dengan sepupu berlainan jantina. Tak macam kiteorang dulu, main kejar-kejar satu kampung, main masak-masak dan memang membesar macam adik-beradik. Nak kata sebab jarang jumpa, kiteorang dulu pun jumpa setahun sekali masa raya je. Entah la, zaman dah berubah kot.
Sementara mak bapak bersembang, dieorang ni pulak sesi icebreaking main Uno |
Dah petang sikit, kiteorang berkonvoi ramai-ramai pulak ke rumah Yak (adik bapak aku) kami di Petra Jaya. Sengaja kiteorang nak buat surprise datang ramai-ramai sebab tau Yak ni memang bersedia dengan segala jenis makanan dekat rumah. Kalau datang sorang-sorang, bersedialah untuk disuruh makan sampai dah tak larat nak makan 😅. Sebab tu kena datang ramai-ramai supaya dapat tolong-menolong menghabiskan makanan yang dijamu oleh Yak.
Couple yang berdiri sebelah aku tu ialah Yak aku dan isterinya. Yak aku ni baru je bersara wajib tahun lepas. Tiap-tiap tahun balik beraya di Kuching wajib singgah rumah dieorang |
best kan dpt berkumpul ramai2 time raya. cute jer baca ur caption psl ur hubby pakai bj merah (tak sedondon hahahah)
ReplyDeleteHahaha, biar je la dia MZ, asal bahagia. Lagipun mmg time tu mood nak bergaya dah kelaut bila baju raya terkandas kat Singapore 😂
DeleteOh, tahun ni giliran beraya sebelah suami Carneyz ya. Kita sangkakan encik suami Carneyz orang kL.
ReplyDeleteTak, mmg dulu sengaja cari boyfriend orang Sarawak, senang nak balik kampung SK hihi. Tapi kenal kat UTM JB, tapi dia dah grad masa tu.
Deletealhamdulillah..meriah..
ReplyDeletekat sana memang banyak kek lapis kan
Tahun2 sebelum ni lebih banyak kek lapis terhidang atas meja, tapi tahun ni rata2 rumah yg saya pergi ada 2-3 jenis kek je.
DeleteSelamat Hari Raya Karni sekeluarga ..
ReplyDeleteDah update ke pasal bag baju tu? Ke Sis terlepas baca? Sana kalau raya minum air gas kan Karni? Haritu dpt sebekas kek Sarawak dr jiran, puas juga sebab keknya jenis hipster rasa aiskrim
Beg baju tu sampai malam raya pertama Sislin, tapi petang raya kedua baru kiteorg boleh ambik kat airport. Aah, byk rumah yg hidang air gas tahun ni byk yg hidang soda botol klasik mcm dulu2, tak pun air soya dalam kotak / green tea. Coca-cola kan kena boikot hihi.
DeleteSalam Aidilfitri.. Meriah jugak bila bersama sanak saudara.. Kan..dulu main lari lari, terjun sungai dengan sepupu sepapat...
ReplyDeleteAllahuakbar.. teringat keadaan Palestin sana..Hmm..Tak stop lagi ditindas..Allahuu...
Tapi kita disunatkan memakai pakaian baru..Takpe murah ke mahal..ada pahalanya Nanti..Jika berkemampuan..disarankan aje memiliki baju baru di pagi raya Pertama..hehebtw, cantik warna baju akak..Hahaa
.sabarkan jela tengok incik Suami punya Tema 😂😂
Antara sunat pakai baju baru dengan kewajipan bantu saudara muslim yg ditindas, jadi niatnya nak utamakan yang wajib dulu 😄 baju raya yg lama pun pakai setahun sekali, dah mcm baju baru je hihi.
DeleteKan Nona... dulu tak segan-silu main kejar-kejar dgn sepupu-sepapat, tapi budak2 skrg ni malu2 pulak nak berkawan dgn sepupu sendiri. Takut lama2 makin renggang hubungan kekeluargaan.
incikSuami kan...ada je alasannya..Linda nak masuk 13tahun kawen nie pun, dah faham sangat...hahaha
ReplyDeletetapi kak carneyz...kek belacan tu lah sedap..
Kan... asal bahagia je hahaha!
DeleteKek belacan mmg sedap. Sebab tu ramai org hidangkan kek belacan tahun ni kot.
SA confuse macam mana boleh bag korang terkandas kat Spore..hehehe...apapun tetap la beraya kan..x kisah la baju harga berapa..
ReplyDeleteSbb naik scoot transit Singapore SA. Agaknya beg tu tak puas lagi duduk kat Singapore tu yg boleh terkandas sehari kat situ 🤣
DeleteSelamat hari raya .
ReplyDeleteWalaupun beg terkandas di singapore tetap dapat beraya berkumpul bersama sanak saudara walaupun mood hilang sikit .
Ye CCL. Bila dah berkumpul dgn saudara-mara terus naik sikit mood beraya tu hehe
Deleteselamat hariraya maaf zahir batin dari mama sekeluarga. meriah raya carneyz. gambar yg photographer ambil tu mmg cantik sungguh
ReplyDeleteDia photoshop background belakang tu mama... hehe.
Deleteeh tapiii cocooook loh kak. baju kakak biru, baju suami merah. baju khadeeja pula biru merah hahahaha. serasiii lah :D
ReplyDeletemotif baju khadeeja miriiip dengan baju kurung saya zaman kuliah hahaha. rinduuu pakai baju kurung..
Saya nak ke KL 3 malam tgl 26 june kak. harap2 bisa ketemu kakak juga nanti... nanti nak cari baju kurung lah di sana :D
laa... kesian la Khayla tak cocok dgn bapaknya hihi 😜
Deleteok, nnt roger2 bila dah sampai kl ya. ni trip jalan2 cari makan ke Fanny?
meriah kan bila dapat kumpul ramai2 mcm ni?
ReplyDeletetuuu diaaa siap upah photoG gitu... photoG mmg x beraya ya?
Hehe dia dah ambik job tu mungkin dia dah susun masa bila nak pegi beraya, bila nak buat job hari raya ðŸ¤
Deletebak kata tagline cat FM...tok baruk raya menar-menar ..selamat hari raya maaf dan batin
ReplyDeleteSetahun sekali hehe
Delete