KLIA2
Pertama kali balik kampung kena bawak passport antarabangsa

Tahun ni kiteorang mencipta pengalaman baru menaiki penerbangan antarabangsa nak balik ke kampung. Scoot ni ialah anak syarikat Singapore Airlines yang menawarkan perkhidmatan penerbangan tambang murah. Kaunter Scoot ni terletak di KLIA2, jadi kiteorang bertolak awal dari rumah menaiki LRT dan MRT sebelum tukar ke KLIA transit sebab ikutkan pengalaman tahun-tahun sebelum ni, KLIA2 lebih sesak dari KLIA jadi taknak la takut terlepas nak daftar masuk bagasi kiteorang.

Turned out, sebenarnya tak perlu risau pun sebab kaunter yang sesak dan beratur panjang tu ialah kaunter AirAsia sementara kaunter Scoot pulak lebih pendek dan cepat beratur. Dalam 10 minit je dah selesai daftar masuk bagasi. Suami Terchenta terus ajak masuk ke balai berlepas sebab takut barisan panjang sangat dekat pemeriksaan imigresen dan keselamatan.

Sebenarnya tak perlu risau pun sebab balai perlepasan antarabangsa tak seramai di balai perlepasan domestik. Boleh dikatakan sangat lancar walaupun airport security cuma bukak 2 lorong je untuk scan hand luggage. Harap-harap tahun depan tiket Scoot ni masih lagi murah sebab rasa lebih seronok pulak tak payah beratur panjang-panjang di kaunter daftar masuk bagasi dan security screening! 😂

Oleh sebab ada banyak gambar, jadi aku ulas dekat gambar je la ye.


KLIA2
Macam ni la rupa dalam flight Scoot ni, lebih kurang macam dalam kabin AirAsia

Singapore Airlines
Comel je karikatur pramugari Scoot dekat sayap kapal terbang ni

Cloud
Cantik berkepul-kepul je awan senja

Changi Airport
Di Changi, kiteorang sampai di Terminal 1. Terus cari tempat untuk berbuka puasa

Changi Airport
Food court terletak di tengah-tengah terminal, nasib baik dekat dengan prayer room. Lepas bukak puasa terus pergi solat.

Changi Airport
Ada macam-macam stall makanan dekat sini, tapi kena Google tengok mana yang halal sebab takde tampal tanda halal

Changi Airport
Kiteorang curious bila tengok gerai ni siap tersenarai dalam Michelin rated. Jadi aku dan Suami Terchenta pilih untuk menikmati nasi lemak Michelin rated ni di Nasi Lemak Ayam Taliwang

Michelin rated
Macam ni la rupanya nasi lemak Michelin rated tu... Kalau ikutkan tekak aku, aku lebih suka nasi lemak Saleha hihi

Changi Airport
One thing aku suka pasal Changi Airport ialah lantainya fully carpet. Sebabnya malam tu kiteorang kena tidur atas lantai airport sebab kerusi tidur (snooze chair) dah penuh. Part ni aku puji airport di Abu Dhabi sebab sediakan lebih banyak kerusi tidur untuk keselesaan penumpang yang kena bermalam di airport

Changi Airport
Lepas solat jamak dan solat terawih, kiteorang mencari HSBC Rain Vortex yang terletak di Jewel, which is salah satu tarikan di Changi Airport ni. Rupa-rupanya kena keluar lalu imigresen Singapura kalau nak ke sana. Yang best nya passport Malaysia boleh scan je dekat mesin pengimbas dan tak perlu lalu kaunter imigresen. Sebelum tu kena isi white card online walaupun nak keluar sekejap je tengok air terjun dalam airport. Kalau scan passport masa isi white card, pastikan maklumat yang diimbas tu betul, jangan jadi macam Suami Terchenta tak check terus submit, rupa-rupanya phone dia scan nombor '8' jadi huruf 'B'. Terus tak lepas dekat mesin pengimbas passport, kena beratur di kaunter imigresen.

Changi Airport
Air terjun tu terletak di Terminal 1 jugak, ikut je signage JEWEL ni

Changi Airport
Sayangnya kiteorang terlambat! 😔 Rupa-rupanya air terjun ni sampai pukul 10 malam je. Takde rezeki nak ambik gambar berlatarbelakangkan air terjun ni.

Singapore
Lain kali kalau ada rezeki ke sini lagi, kena terus keluar imigresen Singapura sebab kat luar ni pun banyak tempat makan rupa-rupanya. Cuma ambik gambar ni je sebagai bukti dah sampai ke Changi Airport 😂

Changi Airport
Esok paginya bangun sahur pukul 4 pagi dan lepas makan terus ke tandas ambik wuduk dan tunggu masuk waktu solat Subuh. Lepas Subuh je, terus beratur di balai berlepas sebab flight pukul 6.40 pagi

Singapore Airlines
Muka masing-masing kepenatan sebab tak cukup tidur since kena tidur atas lantai airport!

Hmm... yang tak syoknya bila kiteorang sampai di Kuching, ada 2 biji bagasi kiteorang yang tak muncul-muncul. Terpaksa buat laporan beg hilang dan pihak Scoot berjanji untuk cari beg yang hilang tu. Masalahnya dalam beg-beg tu ada baju raya aku dan Khadeeja. Walaupun tahun ni recycle baju raya lama, tapi still rasa terjejas mood beraya sebab esoknya dah nak raya tapi baju raya nan hado... Paling awal pun dieorang boleh terbangkan beg kiteorang (kalau jumpa) ialah hari raya kedua. Terus rasa nak kensel raya gara-gara beg kiteorang hilang oleh Scoot! 😅

28 comments:

  1. Pengalaman menarik ni. Balik kampung di Malaysia, lalu negara lain 😀

    MasyaAllah cantik kepulan awan.

    Alamak! Penting baju raya sebab nak bergambar raya. Kena beli baju lainlah ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak Ujie, first time kena travel ke luar negara nak balik kampung 😅 ye, mula2 tak rancang nak beli baju raya baru sebab nak sederhana je sambut tahun ni bila terkenangkan rakyat Palestin, tapi kita merancang Allah yang menentukan. Akhirnya kena beli jugak baju raya baru hehe.

      Delete
  2. adoi...baru seronok2 sebab naik penerbangan antarabangsa..fefeling balik dari luar negara
    sekali beg baju raya MIA pulak
    sabar je lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Linda. Baru fefeeling macam orang balik dari obersi nak balik raya tup2 beg hilang pulak. Spoil mood raya betul huhu

      Delete
  3. boleh tak cakap michelin rate tu michelin beli? hahaha bkn sy ckp. tp pengomen2 socmed yg kata sambil merujuk kpd street food kat thai yg 'belambak' ada bintang michelin tu

    laa sy mati2 igt air terjun tu sentiasa ada 24 jam sehari
    rupanya ada timing dia...

    kala x silap sy laa si sofyank youtuber tu dulu penah jg hilang bagasi. tp x sure dgn scoot atau flight lain ms kat singapore... so boleh claim insurance ke bla jd mm ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Agaknya kot. Tak pun yg test nasi lemak tu tak jejak kaki ke Malaysia lagi 😅 hmm… kiteorg pun igt kan 24 jam la bukak air terjun tu rupa2nya silap. Takpe klu ada rezeki lagi transit di Changi, dah tau kena terus keluar imigresen nak tengok air terjun ni.

      Delete
  4. aduhai buat swing mood raya je kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, terbantut mood nak beraya tu huhu… nasib baik pakaian dalam saya letak dalam beg asben, tapi Khadeeja kena beli baru semua sebab dalam beg yg sama yg tak sampai2 tu.

      Delete
  5. Wow, jauh perjalanan nak balik Kuching, ikut Singapore. :)
    Adoi, beg hilang pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, tu la pengalaman pertama kali kena merentasi sempadan negara nak balik beraya hehe

      Delete
  6. Adoi dah seronok² baca tiba² ending beg hilang pulak. Dgn kita² sekali tumpang hilang mood 😆
    Harapnya by now bag² tu dah dapat semula ye sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah raya ketiga dapat balik beg. Nasib baik dapat sebelum kiteorg balik ke Bintulu, klu tak memang suruh dieorg hantar balik ke KL je beg kiteorg tu.

      Delete
  7. Alahai bag tak sampai ya, apapun perjalanan memang interesting transit di Singapore. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, tak pasti hilang di KL atau di Singapore. Not bad jugak transit di Singapore cuma kena tidur atas lantai airport je sebab flight transit 11 jam.

      Delete
  8. First time dengar Scoot ni... Maskot kartun pulak tu! Comel!

    ReplyDelete
  9. Hahahahah drama sungguh ya kak 😄. Tapi kalo sekarang diingat pasti jadi kenangan memorable juga.

    Saya beberapa kali naik Scoot dulu, trakhir kali ke Hong Kong . Ada plan nak ke Jeju, pakai Scoot ini. Krn cuma dia yg direct ke Jeju dari SG. Soalnya nak dapat free visa itu buat Indonesian. Tapi kan syaratnya hrs direct ke Jeju, tak boleh mampir Incheon. Tapi tu laah, belum pasti lagi 🤣. Mahal juga kalo tak promo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, memang takkan lupa kenangan beg hilang menaiki Scoot 😅

      Delete
  10. Rupanya pergi Kuching singgah Singapura macam tidak seronok transit situ.
    Aduh! Memang tidak seronok bagasi boleh terkandas pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang terjejas mood beraya gara-gara beg terkandas. Hari raya ke-3 baru dapat beg semula.

      Delete
  11. seronok dah seronok dah, sekali hilang bag plak, baju raya plak tu..ujian sungguh kan. abis dah dpt ke bag2 tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat tapi raya ke-3 la baru dapat. Tak sempat pun nak pakai baju raya dalam beg tu dekat kuching huhu.

      Delete
  12. Bila beg pula tak muncul adoiiii....memang terus takde mood ni Carneyz. Akhirnya dapat tak beg tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat tapi raya ke-3 baru sampai. Betul2 rosak mood beraya huhu.

      Delete
  13. First time dengar syarikat penerbangan Scoot. Seronok dapat pengalaman terbang dengan pelbagai syarikat penerbangan kan Carneyz. Yang tgak bestnya kalau beg tak mendarat bersama huhuhuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Kak Amie, boleh rasa pengalaman berbeza dengan syarikat penerbangan berbeza. Sebelum ni saya paling suka terbang dengan MAS. Tapi baru2 ni balik ke KL dari Bintulu, dah tak jauh beza dari naik AirAsia. Dah takde skrin tv depan seat, kalau nak tengok in-flight entertainment kena guna phone sendiri, pakai earphone sendiri. Makanan pun kalau orang Iban akan cakap, 'Semadi nadai' (jangan takde je). Lepas tu, flight pulak delay. Tapi harga tiket masih premium macam dulu huhu.

      Sekurang-kurangnya naik AA dan Scoot kita dah expect servis macam budget airlines.

      Delete
  14. so endingnya beg tu sempat dpt time raya tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai malam raya pertama, nak ambik jauh sangat jadi raya kedua baru ambik beg di airport. Raya ketiga beg tu balik semula ke airport sebab nak kena fly ke hometown saya pulak di Bintulu hehe.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .