Salam kawan-kawan,
Harap korang baik-baik semuanya. Mesti ramai yang dah ambik cuti raya, atau dah otw balik ke kampung. Kiteorang pulak akan gerak ke kampung Suami Terchenta hari Isnin nanti. Tapi tahun ni perjalanan raya agak unik sikit. Nanti aku cerita.
Kali ni nak sambung cerita percutian ke Istanbul bulan Disember lepas.
Baca entri sebelum:
Dari UK ke Istanbul, perjalanan lebih lancar berbanding nak masuk ke UK. Kiteorang sampai dalam pukul 8.30 malam. Sampai2 je terus Suami Terchenta tempah Uber ke Şişli. Kali ni kiteorang tempah penginapan melalui Marriott Homes & Villas memandangkan aku ada keahlian Marriott Bonvoy. Lepas tolak Elite points yang aku kumpul sebelum ni, kos penginapan kiteorang selama 6 hari kat sana semuanya berjumlah RM700+. Murah kan? Dah la apartment lawa dan selesa, cuma malam2 sebelum pukul 1 pagi bising sikit sebab ada kelab malam tak jauh dari situ.
Penginapan di Şişli |
Lepas ambik kunci dari pengurus bangunan, aku dan Suami Terchenta rasa lapar pulak. Anak-anak dah kenyang sebab sementara tunggu Uber dah beli makanan di airport. Jadi kiteorang pun turun makan di restoran Lordom yang terletak di bangunan bersebelahan dengan bangunan apartment kiteorang ni.
Cantik dan nampak eksklusif restoran ni, tapi harga makanan ok la tak mahal sangat |
Makanan kat sini biasa-biasa je haha. Tak recommended. Nasi tu kiteorang tak boleh habiskan sebab rasanya terlalu asing dengan tekak kiteorang 🥴 |
Esoknya kiteorang mula-mula plan nak naik bas ke kawasan Fatih, sebab kali ni nak ke Topkapi Palace. Tapi since tak topup Istanbulkart sebelum ni dan takde tempat untuk topup Istanbulkart, jadi terpaksa naik Uber ke Fatih. Caj Uber dalam RM40 jugak la.
Berjalan kaki ke tempat menunggu bas. Jalan kat Istanbul berbukit-bukau ye. Kalau turun bukit ok lagi, nak panjat tu rasa malas nau! Haha! |
Ni acara wajib anak-anak setiap kali jumpa kucing. Mesti nak dukung dan belai-belai dulu. Kucing pun syok je duduk dalam pangku dieorang sebab rasa panas je kan hehe |
Bila sampai ke Topkapi Palace, rupa-rupanya tutup setiap hari Isnin. Alahai... lupa pulak buat research part ni. Pengajaran: lain kali check waktu operasi destinasi yang nak dituju sebelum buat itinerari. Nasib baik Topkapi Palace ni belakang Hagia Sophia je. Jadi kiteorang pun melencong ke Hagia Sophia.
Memandangkan Hagia Sophia ni tumpuan utama pelancong asing, nak masuk ke sini memang kena berbaris panjang. Kalau taknak berbaris, tunggu masuk waktu solat, lepas tu bagitau dekat polis yang jaga dekat pintu masuk yang kita nak solat. Jadi boleh la masuk tanpa perlu beratur. Kawasan wuduk perempuan dekat bangunan belakang, lepas ambik wuduk masuk je dekat pintu utama pelancong-pelancong masuk.
Hagia Sophia bangunan ikonik di Istanbul, Turkiye |
Dalam masjid ni jangan hairan ada lukisan-lukisan 'angel' di bahagian siling sebab Hagia Sophia ni pernah dijadikan gereja sebelum ditukarkan menjadi masjid. Hagia Sophia ni asalnya dibina oleh Maharaja Byzantine sebelum Istanbul ditakluk oleh kerajaan Uthmani dan Sultan Mahmud menukar status bangunan ni dari gereja ke masjid. Lepas tu bila kerajaan Turki moden sekular memerintah, bangunan ni ditukar pulak menjadi muzium pada tahun 1934 sebelum pada tahun 2020, kerajaan Turki memutuskan untuk menjadikan Hagia Sophia sebagai masjid semula.
Selesai solat, boleh la ambik gambar puas-puas. Subhanallah, memang cantik sangat masjid Hagia Sophia ni! |
Bergambar untuk kenang-kenangan dengan anak-anak di bahagian solat Muslimah |
Terpersona tengok ukiran kubah dalam masjid ni |
Di sekitar Hagia Sophia ni pun banyak jugak monumen-monumen bersejarah yang dibina oleh sultan kerajaan Uthmaniyyah untuk orang ramai.
III. Ahmet Çeşmesi - air pancut yang disediakan untuk kegunaan orang ramai untuk menikmati air minuman percuma |
Destinasi kiteorang seterusnya ialah nak mencari bangunan apartment berwarna-warni di kawasan Balat. Tapi sayangnya tak jumpa pulak tempat yang nak dituju tu. Rupa-rupanya nak ke sini kena naik bas dari stesen bas Eminönü. Hmm... takde rezeki. Jadi kiteorang bersiar-siar di Karaköy Pier sambil menikmati pemandangan selat Bosphorus.
Ambik tram dekat sini kononnya nak ke Balat tapi tak jumpa tempat yang nak dituju |
Kucing tu bukan merenung lautan ye, tapi merenung ikan yang ditangkap oleh kaki pancing di jeti |
Dari Karaköy Pier, kiteorang menyelusuri Jambatan Galata. Singgah makan di deretan restoran makanan laut bawah Jambatan Galata. Harga kat sini harga tourist ye, dari segi rasa hmm... kurang menepati selera kecuali kebab ayam tu.
Dari kiri atas ikut pusingan jam; dolmas (daging dibalut dalam daun anggur), ikan anchovies goreng, grilled seabass, kebab ayam dengan nasi |
Lepas makan, kiteorang mencari tiket feri untuk Bosphorus Cruise. Harga tak ingat pulak berapa, kalau tak silap untuk 4 orang dalam RM200 jugak. Since cuaca sejuk giler, aku duduk dekat bahagian dalam feri je sementara Suami Terchenta dan anak-anak naik ke atas.
Pemandangan sepanjang Selat Bosphorus |
Lepas mengikuti Bosphorus Cruise, semua dah kepenatan jadi kiteorang pun buat keputusan untuk balik semula ke apartment di Şişli. Kali ni baru pandai naik metro ke stesen terdekat di Sisli lepas tu jalan kaki dalam 20 minit ke apartment, berpandukan Google Map. Dah sampai apartment, rasa nak tercabut lutut sebab kena jalan naik bukit huhu. Lepas mandi dan solat, masing-masing pengsan kepenatan.
Salam 27 rmdn to u and ur family.bestnya i baca ur cuti2 instanbul ni..memang in my wishlist jugak tp kena setel holiday thn ni duluuuu insya Allah
ReplyDeleteSalam 2 Syawal MZ. Tu la, rasa nak pergi lagi Istanbul, kota yang cantik dan tak terlalu mahal. Macamana persiapan holiday 20th anniversary MZ? 😄
Deletepersiapan so far so good insya Allah :)
Deletelamanya x bersiaran kawn kita sorang ni..tertanya-tanya gak SA awk ok ke tak...bestnya dapat solat di HAgia Sophia, wishlist SA yang ntah bila la dapat ditunaikan...
ReplyDeleteIstanbul memang best, boleh ajak suami SA pergi sini utk anniversary trip ke hehe
DeleteSalam kenal, Alhamdulillah bisa pulang kampung ke tempat suami tercinta ya kakak. Turki ramai dan maju ya.
ReplyDeleteSalam kenal. Alhamdulillah selamat sampai di kampung suami 2 hari lepas. Masa kami ke Turki, jumpa ramai orang Indonesia di sana.
DeleteTurki ini saya suka orang2nya, dan saya suka dengan produk rose oil mereka. Cocok dengan kulit wajah saya. Tapiiii saya tak suka makanan yaaa 😅. Memang tak sesuai dengan selera kita yg suka rempah kan kak. Terlihat cantik, sedap, tapi saat dicoba, dah laah, saya hanya makan sayur, yoghurt, dan buah selama di sana 😅🤣.
ReplyDeleteSaya lupa pulak nak cari produk rose oil di sana, padahal dah baca pasal rose oil tu di salah satu blog kawan. Ya, makanannya kurang kena di tekak saya.
Delete