Buat masa ni aku bergantung dengan ubat-ubatan jangka panjang iaitu ubat diabetes dan darah tinggi (2 jenis). Kalau sebelum ni aku kena pergi ke hospital (KPJ Ampang Puteri) setiap kali ubat habis, tapi mulai hujung bulan Mac, proses ambik ubat dah bertukar.
Proses sebelum ni pun sebenarnya agak mudah sebab setiap kali aku ada temujanji dengan doktor pakar, doktor akan buat preskripsi bekalan ubat untuk 2 bulan terus (tapi since pakai GL syarikat Suami Terchenta, makanya kena jugak ambik supply untuk sebulan je lepas tu bulan depan datang lagi).
Untuk memudahkan pesakit, hospital ada buat perkhidmatan drivethru untuk ambik ubat. GL pun hospital akan uruskan jadi tak perlu request melalui apps insurans perubatan syarikat. Aku cuma perlu Whatsapp farmasi hospital tunjuk preskripsi doktor lepas tu datang ambik ubat bila dah ready. Perkhidmatan drivethru ni tak memerlukan pesakit turun dari kereta pun. Bila dah sampai, call je farmasi lepas tu dieorang akan keluar hantar ke kereta.
Tapi proses terkini lebih mudah. Cuma perlu muat naik preskripsi doktor dalam apps insurans, pilih farmasi panel dan ada opsyen sama ada nak ambik sendiri ubat di cawangan farmasi terdekat atau pos ubat ke rumah. Kalau pos pun tak lama, dalam 2 hari dah sampai ubat ke rumah.
Proses ambik ubat jangka panjang jadi lebih mudah sejak ada proses baru ni |
Dah tak payah bazir minyak kereta ke hospital semata-mata nak ambik ubat sebab sekarang ubat dah terus sampai ke rumah. Alhamdulillah. Cuma aku musykil - kos hantar guna poslaju ni siapa yang tanggung?
Semakin mudah alhamdulillah 👍
ReplyDeleteTak silap hospital kerajaan pun ada khidmat pos ubat ni. Rasanya pernah baca dekat blog SR ( Syazni Rahim)
Haah pernah baca jugak pasal MyUbat tu. Cuma pesakit kena bayar cash dekat poslaju masa penghantaran ubat. Jangan2 kos poslaju ni tolak dari entitlement outpatient specialist huhu
DeleteHaah ada je..IJN pun dah start jugak macam ni...tapi kalau ada ubat insulin..memang x advise utk pos la..kena amik sendiri...
ReplyDeleteubat insulin tu sbb jenis inject mudah pecah kan. Belum tahap kena ambik ubat insulin lagi, mudah2an tak payah ambik langsung.
Deletebagus tu. rezeki u :) my hubby bergantung dgn ubat2 yg diambil kat clinic uia ajer (sbg my dependent) dan insulin selalu habis stok :( so kena beli sendiri kat farmasi dan claim later...claim plak biasanya 3 months baru dpt.. :( no choice laaa sbb dia tak leh putus insulin tu
ReplyDeleteBuat masa ni alhamdulillah my condition still tak memerlukan ambik insulin, just ubat metformin je. Betul tu MZ, ubat penyakit kronik ni tak boleh skip langsung.
DeleteProses ni lagi memudahkan .. tak perlu buang masa lama-lama
ReplyDeleteBetul, lebih suka proses ni sbb tak perlu keluar rumah pun.
DeleteYa ya... unce dah guna dah pos laju ni... Kos penghantaran kita tanggung... Bagi COD
ReplyDeleteBiasanya brp lama farmasi kkm poskan ubat tu Uncle? Mana tau klu entitlement insurans company suami dah habis, boleh cuba ambik ubat di poliklinik pulak.
Deletealhamdulillah semakin mudah proses skrg, semoga sentiasa sihat ye carneyz
ReplyDeleteterima kasih mama. Tu la, suka sbb dah tak payah nak susah2 ke hospital semata2 nak ambik ubat.
Deletelagi senang kan mcm ni...
ReplyDeleteMemang betul2 memudahkan 👍🏻
Deleteiih memang, di sinipun dah macam itu kak... tak payah berobat, bahkan bisa konsultasi online kan.. yang buat senang juga, semua biaya bisa direimburse ke asuransi kantor suami. asalkan semua billing lengkap.. tinggal masuk ke aplikasi dia, submit semuanya.. kalo cost penghantaran asalkan satu billing itupun dicover asuransi. tapi awalnya kita yg bayar dulu.. yg di sana mungkin dicover oleh hospital..
ReplyDeleteWah, lebih maju ya, boleh konsultasi online. Belum explore betul2 lagi apps insurans company suami, entah2 ada function yang sama jugak.
DeleteSaya belum pernah cuba ambil ubat secara pos ni. Drive through pun ok, boleh jalan-jalan keluar rumah, sini takde jem. Hehe... Alhamdulillah, senang lah Carneyz macam ni, tak perlu keluar rumah.
ReplyDeleteSaya ni sejenis malas nak keluar rumah Nur hehe. Kat KL ni, kalau keluar rumah je laju je duit mengalir. Dgn tolnya lagi, jalan jem lagi. Kalau naik public transport pun keluar duit tambang lagi.
Deleteservice mcm ni perlu diperluaskan esp utk ibu bapa kat kg yg ssah nak ke klinik utk check up setiap bulan. anak2 boleh tlg set u then setiap bulan mak ayah just terima je parcel ubat mereka...
ReplyDeleteKlu klinik kerajaan boleh daftar Myubat, bak kata Uncle Gedek farmasi KKM akan pos ubat ke rumah tapi kena penerima kena bayar duit pos secara tunai. Tapi utk ubat tertentu je la mcm pil dan ubat yg tak mudah pecah.
DeleteAlhamdulillah.. Dah semakin mudah..
ReplyDelete