Sejujurnya aku rasa tahun ni bakal menjadi perjalanan yang 'rare' untuk balik ke kampung di Sarawak. Mana taknya, tahun ni balik kampung kena bawak passport Malaysia!

Macam biasa, menjelang bulan puasa je aku akan buat spreadsheet untuk bandingkan tiket flight paling murah untuk pulang beraya. Semua faktor aku masukkan - route berbeza (sebab kadang-kadang flight transit lagi murah dari flight direct), tarikh berbeza dan syarikat penerbangan berbeza. Lepas tu aku akan analyze route mana dan syarikat penerbangan 'mix n match' mana yang paling murah. Murah tak murah, dekat RM3 ribu jugak la melayang!

Lepas dah buat perbandingan semua, akhirnya aku buat keputusan untuk pilih Scoot (syarikat tambang rendah Singapura) sebab harga tiket Scoot jauh lebih murah dari tiket AirAsia! Even Batik Air tahun ni pun dah dekat nak sama dengan MAS. Beza harga tiket AirAsia yang terbang direct ke Kuching berbanding dengan Scoot yang transit di Singapura dalam RM700+, banyak kan? 
 

Tiket balik raya
Tiket AirAsia untuk 4 orang dalam RM1897 banding dengan tiket Scoot (RM1164)


Scoot fare
Baggage fee tu memang mahal sebab ikut currency Singapore

Dah alang-alang ada passport Malaysia, kita pakai je la Scoot sebab lebih murah. Lagipun dah lama tak ke Changi Airport, sambil balik kampung, sambil-sambil tu jadi pelancong asing hihi. Insha Allah esok aku update perjalanan kiteorang pulang beraya singgah di negara jiran.

10 comments:

  1. lama tak transit kat changi tu nanti?
    ke... dan pegi pulau snetosa?
    hehehe
    BTW selamat hari raya utk arneyz sekeluarga
    nnt bw blk kek lapis sedap2 tau!
    tak ada kek lapis kek mita pun ok
    larikkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak la lama sangat pun anies, dalam 11 jam je. Tu pun sampai malam, memang tak sempat nak kemana2. Hehe kek lapis mmg bawak tapi tahun ni tak byk sbb harga kek dah naik. Harga kek butter Mita tu pun dari RM15 dah naik jadi RM17.50 sebijik. Kalau tak silap 5 tahun lepas harga kek butter tu baru RM12.

      Delete
  2. ooo transit kat Spore..ingat Carneyz pi travel lagi masa raya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, takde la SA. Setahun sekali family berkumpul, takkan nak travel pulak time raya kan 😜

      Delete
  3. Replies
    1. Kena jadi traveller yang bijak kalau nak jimat duit 😅

      Delete
  4. Oalaaah jadi bawa pasport Krn transit di SG ya kak? Tadi saya sempat bingung kenapa bawa pasport ke Serawak yaa, Krn msh Malaysia.

    Memang lah transit macam nih kdg lebih murah drpd direct. Saya pun kalo ke medan prefer transit di KLIA hahahahah.drpd langsung ke Medan. 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depend jugak, ada transit yg lebih mahal tapi rasanya Scoot lagi murah sebab musim raya ni demand penerbangan domestik agak tinggi sebab tu harga pun naik. Berbanding Scoot yg kurang dikenali. Kalau saya tak check dekat skyscanner, saya pun tak tau ada flight ke Kuching yang transit di Singapore 🤣

      Delete
  5. memang kena bilak survey2 dulu sebelum beli tiket, of coz la nak jimat selagi yg boleh kan.. MA dulu memang mcm ni la.. tu yg kalau kena masa nya..tiket MAS lagi murah dr tiket MALINDO...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, lagi satu yg buat dilema masa nak beli tiket, klu beli awal sgt kadang2 lebih mahal compare dgn beli tiket last minit. Hari tu kakak cerita dia dah beli tiket 6 bulan awal harga dalam RM600+ pergi balik. Tup2 beberapa hari sebelum raya MAS announce ada flight tambahan dgn harga tiket RM200+ sehala. Tapi ni kira ikut nasib la, cuma perasan 2 tahun ni MAS & AA selalu announce flight tambahan tengah malam dekat2 nak raya.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .