Baru perasan hari ni 16 April. Terus teringat eh, ni tarikh bertunang dulu!
Gambar lepas kahwin, sebelum ada anak |
Gambar bertunang takde. Sebab kami bertunang ala koboi je hehe. Majlis pun takde, family dia datang bertandang untuk serahkan cincin tunang dan bincang pasal majlis nikah. Mak mertua tak ikut pun, so mak aku la yang sarungkan cincin.
Masa tu umur aku 24 tahun. Masih keliru. Betul ke aku dah sedia nak kahwin dengan Suami Terchenta ni?
Sebab kiteorang bercinta jarak jauh (dia di KL, aku di JB). Tambah lagi dia cepat cemburu masa tu. Banyak kali jugak bergaduh. Gaduh je putus. Pastu sambung balik. Ulang 100x. Haha!
Last-last dia senyap-senyap contact bapak aku bagitau hasrat nak masuk meminang. Lepas dah bincang dengan bapak aku, baru dia bagitau aku. Terkejut beruk aku masa tu. Speechless. Rasa nak mengamuk pun ye jugak kihkih.
Iye, takdenya dia nak melamar ala-ala romantik. Melutut bagi bunga tu bukanlah Suami Terchenta. Sampai ke hari ni kalau dia nampak orang jual bunga Hari Valentine's, dia akan tanya 'ada konvo ke hari ni?' Nak surprise, nak sweet? Sweet kan diri-sendiri je lah 😂
So hari bertunang tu akulah yang turun ke dapur masak untuk family dia. Dah habis masak dengan berpeluh-peluh lagi, mak aku dah panggil suruh tukar baju. Aku pakai baju kurung biasa je, baju raya 2-3 tahun lepas hihi. Protes la konon, sebab kena paksa bertunang masa tu! 🤪
Masa mak aku sarung cincin tu, aku pandang je cincin tu. Ni ke cincin yang akan mengikat kami sepanjang hayat? Sungguh takde perasaan masa tu kecuali perasaan cuak sebab tak ready nak kahwin haha.
Kiteorang bertunang 8 bulan je, sebab Suami Terchenta nak menyabar-nyabar nak kahwin bapak aku kata tak elok lama-lama, lagi-lagi darah manis banyak godaan. Jadi semua sepakat buat majlis nikah hujung tahun.
Alhamdulillah, dah 17 tahun berlalu. Kenangan pasrah kena bertunang!
Tudiaaaa....sweet je kenangan Carneyz erk...
ReplyDeleteKenangan kena paksa bertunang hehe. Sebenarnya bukan tak suka, tapi seriau sebab rasa muda lagi nak kawen masa tu hehehe
Deletekisah saya terbalik,masa tunang blh kata grand juga la tp masa nikah biasa2 je...
ReplyDeleteselamat berbahagia hingga ke akhir hayat Carneyz&suami
Ameen YRA 🤲🏻 kiteorg bertunang & nikah dua2 ala kadar 😊 naik pelamin pun segan malu2 kucing hihi...
Deletesaya pun takde tunang tunang.. takde duit..haha
ReplyDeleteTu la, setakat family dia bertandang serah cincin & discuss pasal majlis kawen je. Saya tak join pun discussion sbb sibuk masak kat dapur hihi.
Deletewaaa dh 17 tahun yer!! tahniahhhh!!! rezeki jodoh u dtg awal!! i kawin umur 28 (kira mcm lewat laaa compared kwn2 sebaya i), syukur ada jugak jodoh...
ReplyDeleteTu la MZ, jodoh datang awal pulak walaupun rasa kena paksa masa tu hihi. Klu ikutkan antara housemates dekat uni dulu, saya la org yg paling last dieorg expect akan menamatkan zaman bujang sbb masa kat uni saya takde masa nak cari boyfriend 😆
DeleteHahaha kenapa paksa bertunang tu bunyi dia kan macam… kena kawen paksa je hahaha…
ReplyDeleteAlhamdulillah… paksa paksa pun dah 17 tahun daaa
How time flies….
Sebab rasa macam baru sgt kenal padahal dah setahun 🤪. Rasa macam tak ready sbb baru start kerja kewangan apa semua tak stabil lagi. Alhamdulillah tak menyesal kawen awal hehe.
DeleteUwaaah dah lamaaaa berarti ya kak 😄. Saya hitung2 2007 tahunnya yaaa. Saya baru nak awal kerja di jakarta saat itu hahahahah.
ReplyDeleteMenikah cepat itu sbnrnya bagus, jadi jarak dengan anak2' pun tak terlalu jauh ☺️
Kami bertunang dan nikah tahun 2006. Saya pun baru setahun lebih bekerja, sebab tu perasaan agak kurang bersedia masa tu 🤭
DeleteAwal2 menikah saya dah bagitau tak bersedia menimang anak, mungkin kata2 saya jadi doa bila dah bersedia setahun kemudian, tak terus dikurniakan rezeki anak. Di penghujung umur 20-an lepas 4 tahun menikah, baru hamil anak pertama. Kawan2 yg lain menikah lebih lambat terus dapat anak, sekarang anak dieorang dah habis SPM, anak saya baru tingkatan 2 😅
"Gaduh putus sambung balik 100kali" hahahaha... Dulu nk bertunang senang je kan.. sesimple as that.. takde nak ada pelamin bagai mcm skrg hahaha.. okla 8 bulan .. tak lama tak kejap huhuu
ReplyDeleteItulah kenyataannya 😅 cabaran bila couple jarak jauh hihi… betul, kiteorg tak prepare hantaran pun masa bertunang, sekadar perbincangan antara keluarga je.
DeleteAlhamdulillahhh.. 100x putus nyambung pun berjodohh jugak..hihi.. Syukur..Moga terus setiap Dan berbahagia di Dunia Akhirat..Aamin!
ReplyDeleteitulah, kalau dah namanya jodoh kan hihi 😜
Deletesewweeettt..kenangan tu.. priceless
ReplyDeleteskrg bila teringat balik baru rasa sweet... dulu rasa kelat2 pahit je hehe
DeleteKenangan manis apabila dikenang semula kan Carneyz.
ReplyDeleteTempoh 17 tahun itu kira sudah matang dalam mengharung dunia berumah tangga. Semoga berbahagia till jannah.
Dulu rasa pahit je nak terima kenyataan dah jadi tunangan orang, bila dikenang balik baru terasa manisnya kak Amie hehe.
Delete