Nampaknya dah terlalu lama blog ni dibiarkan sepi. Kemalasan, kesibukan dan perasaan kurang sihat semuanya jadi penyumbang kepada blog ni jadi lombong tinggal. Beberapa job yang datang untuk buat paid review pun terpaksa aku tolak sebab buat masa sekarang aku tengah fokus untuk memperbaiki kesihatan diri-sendiri dulu.
Bercakap tentang kesihatan, hari ni aku pergi temujanji susulan lagi dengan endocrinologist. Aku rasakan ubat yang diberikan belum cukup serasi atau kurang sesuai dengan badan aku sebab tekanan darah aku masih lagi tinggi. Kali pertama Dr Sakinah ambik bacaan lepas aku duduk depan dia, terus dia komen, "Cuti sekolah ni wad kosong kalau bacaan awak macam ni (182/102)." Aku gelak nervous je, mujur bacaan kedua dan ketiga turun sikit, cuma masih tinggi (150/95). Aku pun dah tak tau nak buat apa sebab aku dah turun 4kg, jaga makan dan berpuasa dan kerapkan pergi bersenam di gym dengan harapan bacaan tekanan darah aku makin menurun tapi masih lagi tak terkawal.
Jadi hari ni dia bagi aku ubat lain pulak. Harapnya ubat yang baru ni lebih sesuai. Tak sangka nak kawal tekanan darah lebih susah dari kawal gula dalam darah. Alhamdulillah setakat ni bacaan gula dalam darah aku masih elok. Nak jaga tekanan darah tu je yang masih lagi fail. Rasa seriau mengenangkan risiko tekanan darah tinggi ni sebab baru-baru ni dalam group kawan-kawan uni aku ada kawan yang share tentang 2 orang kawan sekelas kiteorang yang dah meninggal dunia, salah seorangnya asbab strok. Umur awal 40-an. Jadi no choice, nak sihat memang kena ubah lifestyle.
Aku doakan kawan-kawan yang lain sihat walafiat semuanya. Pesanan penaja buat adik-adik yang masih muda umur 20-an dan 30-an tu, start jaga makan dan kawal stress dari sekarang ye. Jaga kesihatan dari awal sebab bila dah sampai umur 40-an, akan mula nampak kesannya bila tak jaga makan dan tak kawal stress.
Jenuh menunggu giliran setiap kali ada appointment dengan Dr Sakinah |
semoga sis dikurniakan kesihatan yang baik. jaga diri dan ikut nasihat doktor ya. sekarang muda-muda pun dah macam-macam penyakit
ReplyDeleteshafakillah...scary la bab2 darah tinggi ni...MZ alhamdulillah setakat ni masih normal segalanya (sugar, BP, BMI) kecuali rate kolesterol LDL yg agak tinggi (the only way to reduce it is kena tukar pemakanan, yg mana pyh nak istiqamah..kena lebih kuat semangat ni nampak gayanya)
ReplyDeleteCepat pulih ya Kak....memang pikiran yang kadang buat kita stress, apalagi kita sudah ada umur, memang harus sering-sering kontrol kesehatan kita...
ReplyDeleteHarapnya ubat yang baru ni serasi dan membantu kawal tekanan darah.
ReplyDeleteMoga kekal tabah ya Carneyz 💪🏼
Take care ya Carneyz, moga smooth semuanya dan cepat sembuh.
ReplyDeleteTake care dear.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan dan sihat selalu 🤲
Sehat selalu ya Mbak...
ReplyDeleteSemoga kedepan kondisi kesehatannya terus membaik.
Salam,
Allahu.. apa faktor penyumbang stress sebab nampak kehidupan Carneyz sentiasa gembira. Adakah faktor pemakanan atau lain², boleh share jika tak keberatan.
ReplyDeleteStress ni bahaya juga kan. Boleh effect kesihatan kita. Moga Carneyz tak stress dan tekanan darah pun cantik. Jaga diri ya...
ReplyDeleteKak carneyz, harap bisa terkontrol tekanan darah kakak dengan obat yg baru yaa 🤗. Sehat2 kak.. fokus untuk kesembuhan dulu, jangan pikir hal2 yang menyusahkan. Saya doakan Kaka bisa sehat seperti sediakala ya 🤗
ReplyDeleteAllahuakbar moga akak diberi keserasian dgn ubat yg baru ni aminnnn
ReplyDeleteMoga yang baik-baik aja buatmu sahabat.. relax dan tenang ..
ReplyDeleteTake care...hrp tukar ubat baru ni lebih serasi..mmg bahaya bila bacaan tekanan darah tinggi
ReplyDeletesemoga dipermudahkan urusan dan sihat2 senantiasa., aminnn
ReplyDeleteSemoga carneyz terus sihat ye..SA pun dah start makan ubat dari 2018, puncanya pemakanan x jaga sebab masa tu aktif foos review..skrg semua review SA tolak dan focus pada kerjaya je..hehehe...SA amik ubat Twynsta 40mg/5mg. Alhamdulillah sesuai dengan SA dan bacaan terkawal setakat ini...risau kalau bab darah tinggi ni..
ReplyDeleteSemoga di berikan kesihatan yang baik. Take care
ReplyDeletelekas sembuh kak, selalu menjaga kesehatan
ReplyDeletesemoga yg baik2 aje carneyz... selamat berpuasa buat awak n jun
ReplyDeleteDia punya ayat ward kosong kalau camni bacaan tu menakutkn.. apa pun semoga sihat sentiasa .. insyallah mungkin ambil masa sikit utk ubah lifestyle tu.. Moga2 bulan puasa ni akan lebih bertambah sihat amin :D
ReplyDeleteCarneyz apa khabar? Lama tak singgah blog Carneyz. Semoga Carneyz sihat-sihat je, di bulan puasa ni.
ReplyDelete