Sambungan dari:
- 🇬🇧 London (Day 1)
- 🇬🇧 London (Day 2)
- 🇬🇧 London (Day 3)
Hari terakhir di London. Pagi tu kiteorang bangun awal walaupun flight pukul 2.30 petang, sebab dapat alert yang a few train services will be disrupted disebabkan pekerja railway services tengah buat mogok. Malam tu aku tanya host Airbnb macamana nak ke London Luton Airport, katanya kena naik metro dari London Bridge station dan tukar platform ke Luton Airport.
Nasib baik kiteorang keluar awal sebab dekat stesen London Bridge tu pun kiteorang dah sesat barat. Dekat Google Maps lain pulak cadangannya, kena naik tube ke St Pancras International dan naik Luton Airport Express ke London Parkway station. Disebabkan tak jumpa platform ke Luton Airport kiteorang pun decide ikut cadangan Google Maps je takut tak sempat sampai ke Luton Airport.
Masa ni tengah sesat cari platform ke London Luton Airport |
Dari King's Cross kiteorang pergi ke St Pancras International dan kena beli tiket tren dari mesin tiket. Kalau tak silap aku, dalam 17.30 pound seorang. Sia-sia je topup kad Oyster huhu. Lepas beli tiket tren, baru kiteorang perasan tren akan berlepas dalam 10 minit lagi. Dah satu hal pulak nak berkejar ke platform dekat tingkat atas, dengan lif rosak lagi. Mak ai, aku rasa nak pecah jantung masa ni berlari sebab tren seterusnya kena tunggu setengah jam! Memang tak sempat la ke airport sebab naik tren pun dalam 45 minit kalau tak silap.
Gambar selingan je - rak buku yang disusun macam pokok Krismas |
Memang betul-betul rasa macam dalam movie Mission Impossible sebab kena berlari sekuat-kuat hati nak kejar tren, lari sampai rasa nak pecah paru-paru! Aku dah tak sempat toleh kiri kanan dengan harapan anak-anak dan Suami Terchenta tak berjalan lenggang-kangkung kat belakang, terus naik tren dan berjalan ke gerabak ekonomi. Dalam seminit lepas tu, terus tren gerak. Baru aku toleh ke belakang nak tengok anak-anak dan Suami Terchenta sempat ke tak naik tren 😆. Alhamdulillah semua sempat naik walaupun termengah-mengah jugak la dengan pakai jaket tebalnya lagi!
Tiket ke Luton Airport |
Walaupun bukan waktu puncak, tapi tren penuh giler sampai kiteorang terpaksa berdiri di gerabak kafe. Nasib baik tak bawak beg besar gedabak, kalau tak lagi rasa macam dalam tin sardin. Bila sampai di Luton DART Parkway station, kiteorang kena tukar tren naik DART tren pulak ke London Luton Airport.
Masa ni baru sempat ambik gambar hehe |
Barrier gate nak naik tren DART pulak |
Tren ni memang berdiri je, takde seat sebab 4 minit je pun jarak dari stesen ni ke London Luton Airport |
Dah sampai kena menapak pulak ke airport |
Naik escalator dan sampai ke airport |
Sampai di Luton Airport, kiteorang terus ke kaunter daftar masuk. Untuk penumpang dari luar Eropah, lepas dapat tiket kena pergi ke kaunter lain untuk pemeriksaan passport. Dah setel urusan di kaunter, barulah gerak ke barisan pemeriksaan beg yang panjang giler. Ada dekat 20 minit kot kena beratur. Nasib baik ada banyak masa lagi.
First thing kiteorang buat ialah cari surau. Surau dekat situ kecik je, ruang solat lelaki dengan perempuan tutup dengan room divider yang kecik. Ruang solat perempuan muat seorang je jadi kena gilir-gilir solat. Lepas tu tempat ambik wuduk pulak takde air, kena cari tandas untuk ambik wuduk. Tapi itulah pengalaman unik di negara orang kan. Kita kena bersyukur dekat Malaysia surau kita luas, selesa dan lengkap dengan kemudahan berwuduk.
Alhamdulillah kali ni flight kiteorang tak delay. Disebabkan perbezaan zon waktu, kiteorang sampai di Istanbul pukul 9.30 malam. Dari Istanbul Airport, Suami Terchenta book Uber ke Sisli iaitu tempat penginapan kiteorang yang seterusnya. Dalam RM50+ harga Uber tapi dapat teksi besar dan selesa so berbaloi la.
Perghhhh mencabar juga ye nak ke airport. Tak dapat nak bayang kalau ada yg tertinggal huhu...
ReplyDeletetq for sharing pengalaman yang pasti banyak manfaat buat yang akan ke sana nanti :)
ReplyDeleteNervous i baca part u terkejar2 naik train tuuuu..so ur oyster card u bwk balik msia ke?
ReplyDeleteAdududu.... saya pun ikut termengah-mengah membayangkan lari-lari tak mahu tertinggal train.
ReplyDeleteFuhhhhh! Mengah ibu dibuatnya dah macam kita berlari bersama ;)
ReplyDeleteCeritanya mendebarkan Mbak. Dari mulai mengejar train sampai akhirnya sampai juga di airport. Alhamdulillah, lega hati.
ReplyDeleteSalam,
Adoi lucu juak ktk... dh selamat masuk tren baru noleh nangga sidak 3 dah masuk ke blom... mun ada yg x sempat tek gine? haha
ReplyDeleteMacam Amazing Race pula berlari-lari tu. Tak dapat bayangkan macam mana dengan beg lagi.....
ReplyDeleteYa ampuuun kak, rasa ikut ngos ngosan napas baca ini 😂. Nasib baik tak bawa koper besar kan. Apa kabar nasib saya kalo mengalami itu. Selalu bawa koper Segede alaihim 🤣🤣. Sport jantung betul...
ReplyDeletentah bila dapat jejak london bridge hahaha.. kita mampu tgk dalam gambar je la :p
ReplyDeleteyang membaca ni pun tumpang penat. tapi tu yang paling saya rindu travel DIY. Adventure sampai nak tercabut jantung
ReplyDeleteDapat SA bayangkan betapa kelam kabutnya dan jantung mesti berdegup laju masa berlari mengejar train kan
ReplyDelete