Salam korang semua,

Selamat Tahun Baru 2024 buat kawan-kawan semua. Semoga tahun ni membawa berkah, kejayaan dan kebahagiaan buat kita semua terutama kepada rakyat di P*lestin yang masih lagi menghadapi keganasan tentera Z*onis di sana. 

Tahun ni memang tak terasa sangat nak menyambut tahun baru. Tahun lepas sebelum masuk tahun baru lagi dah siapkan matlamat tahun 2023 untuk aku tampal dekat depan meja. Tapi tahun ni - illek. Belum ada rasa nak buat azam tahun baru walaupun dah masuk 2 Januari hari ni.

Salah satu sebabnya ialah sejak keluar hospital hari tu, badan aku kurang serasi dengan ubat darah tinggi yang baru dibekalkan oleh Dr Sakinah. Akibatnya tekanan darah aku mencanak-canak naik sampai cecah 190+/100+! Jadi aku terpaksa baring je supaya tekanan darah aku tak tinggi sangat. Pagi tadi ada appointment dengan Dr Marlik, bila dia check tekanan darah aku 172/109, terus dia suruh aku jumpa balik Dr Sakinah untuk review balik ubat. So Dr Sakinah suruh aku combine ubat darah tinggi yang baru tu dengan ubat darah tinggi yang lama  - satu ambik pagi dan satu lagi ambik waktu petang/malam supaya efek ubat tu berterusan je. Harap-harap lepas ni tekanan darah tinggi aku lebih terkawal huhu.

Bila dah baring je memang takde mood la nak update blog sebab susah nak edit gambar dan update blog guna h/p. Sebab tu blog ni pun terpaksa la letak tepi dulu.

Lepas tu petang tadi Suami Terchenta balik dari ofis mengadu sakit tekak. Dia dah suspek dia kena Covid masa kat ofis lagi jadi sebelum balik rumah dia singgah farmasi beli test kit Covid yang baru. Bila dia check, sah kena Covid! Allahu. Aku suspek dia jangkit dekat ofis sebab kiteorang tak keluar mana-mana pun cuti panjang ni dan tempoh inkubasi virus Covid ni pun biasanya hari ke-4 atau ke-5 baru keluar simptom-simptom Covid. Alhamdulillah test Covid aku negatif. Semoga tak berjangkit la dekat aku dan Khadeeja sebab Khayla baru je baik dari Covid so Insha Allah dah ada imuniti dalam tempoh terdekat ni.

Itu la je la update aku untuk tahun 2024 setakat ni. Apapun kita hadaplah semuanya dengan senyuman dan rasa syukur kepada Allah. Apapun yang Allah bagi semuanya ada hikmah dan untuk kesedaran diri. Macam aku ni la - tiap-tiap tahun kata nak diet kan, sekali dah kena penyakit darah tinggi ni terus doktor bagi aku matlamat tahun baru tahun ni - kena hilangkan 20kg berat badan! 😵 Mampu berhuhu je la dalam hati bila Dr Marlik kata next appointment dia nak tengok berat aku turun lagi. Jadi hmm.. itu la kot matlamat utama aku tahun ni - kena turun 20kg untuk sihat!

Nota kaki: Seminggu lepas prosedur D&C, berat dah turun dari 3kg. It's a good start 🤭


Sumber imej: Pinterest

57 comments:

  1. Gws carneyz dan husband.. Moga dpermudahkan urusan, yg baik2 je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Linda. Alhamdulillah awal tahun lagi Allah nak bagi pahala dgn ujian2 yg tak seberapa ni klu dibandingkan dengan ujian orang2 kat Gaza sana.

      Delete
  2. Selamat Tahun Baru kak... Sama2 lah kita turunkan berat badan ya.. Cuya pon berat dah naik ni.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Selamat tahun baharu 2024
    Semoga dianugerahi keafiatan yang berpanjangan

    ReplyDelete
  4. Semoga 2024 yang mendatang ini baik2 sahaja terutamanya dari aspek kesihatan diri dan keluarga.

    ReplyDelete
  5. happy new year...smoga cpt sembuh utk husband & carney...tinggi juga tekanan darah tinggi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen YRA 🤲🏻 tu yg risau takut kena strok sbb level tu dah tahap tiga 😰

      Delete
  6. Happy new year..Semoga Allah melipatgandakan kebaikan buat keluarga kita semua aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy new year jugak sis. Ameen YRA 🤲🏻

      Delete
  7. salam tahun baru 2024.. Allahuakbar moga baik-baik saja akak sekeluarga.. saya & adik pun baru recover demam batuk (mujur buat test kit -ve covid)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tahun baru jugak buat ana. Semoga tahun ni kita semua sihat dan dipelihara dari sebarang penyakit wabak atau kecelakaan 🤲🏻

      Delete
  8. Selamat tahun baru 2024, Mbak
    Semoga kondisi kesehatan Mbak dan suami lekas normal seperti sedia kala.
    Apapun, semoga di tahun ini segalanya akan lebih baik dibanding tahun sebelumnya.

    Salam,

    ReplyDelete
  9. Uish, naik Darah tinggi..seram..Semoga dapat turunkan beratnya Kak... Happy New Year. Ya, jalani apa adanya...Moga Allah Berkati kita semua..Aamin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah memang takut sangat bila tgk bacaan tu sbb tak pernah tinggi mcm tu kecuali masa miscarriage tahun lepas time tu kena covid + sepsis.

      Delete
  10. Banyak tu, 3 kg dah turun. You can do it! Saya pun ada install myfitnesspal balik, sebab berat tak turun-turun. Baru tahu dan sedor diri sikit. Huhu... rehat dulu ya, Carneyz. Semoga cepat pulih darah tinggi. Marilah kita usaha ya, jaga kesihatan. Selamat tahun baru... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang skrg ni kena rehat dulu sampai tekanan darah stabil sikit. Klu tak rasa terhuyung-hayang je bila bangun. Jom sama2 kita jaga kesihatan 😊

      Delete
  11. Salam 2024 kita!

    Semoga kamu berdua dapat rehat yang cukup!

    ReplyDelete
  12. Selamat tahun baharu 2024 juga buat Carneyz.
    Didoakan dikurniakan kesembuhan dan tidak sakit lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tahun baru Mrs A. Insha Allah bila ubat dah serasi turun la tekanan darah tu.

      Delete
  13. Selamat tahun baru, Carneyz...rest well & take care...

    ReplyDelete
  14. Selamat tahun baru Carneyz dan semoga cepat sembuh untuk Carneyz dan suami..

    ReplyDelete
  15. Semoga kembali sihat.. Ubat darah tinggi tu mungkin boleh tukar kepada yang lain kalau kesan dia agak negetif begitu. Apa pun saya doakan semoga Puan Carneyz cepat sembuh dan En Husband pun kembali sihat dari Covid. Insyallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la doktor kata ubat ni sesuai utk org yg ada diabetes jugak cuma efek dia lambat je la. Dia suruh combine dengan ubat yg saya dah biasa ambik so ada la improvement tekanan darah tinggi lepas tu.

      Delete
  16. Selamat Tahun Baru sis 🌷
    Mudah-mudahan diberi kesihatan yg baik selalu 🤲
    Risau dengar bab² NCD ni, esp bila kita dah 40+ ni..
    Syafakallah utk suaminya juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2. Dah umur 40+ macam2 penyakit mula timbul. Kena sentiasa peka dengan kesihatan diri-sendiri.

      Delete
  17. happy new year. shafakillah. bab nak cut off weight tu...same here ...i lom restart lg tap memang nak kena start dh niiii cuma selalu ada jamuan kat opis so jd sukarrrr nak diet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, tu la masalah saya masa bekerja dulu sebab dekat ofis selalu ada jamuan makan2 lagi2 hari jumaat time tazkirah hihi

      Delete
  18. selamat tahun baharu 2024., aminn

    ReplyDelete
  19. Tak apa… blog ni bila bila masa je boleh update
    Kesihatan kita lebih utama daripada yg lain2
    So hari ni macam mana perkembangan Kesihatan?
    Lebih baik ke? I hope so
    Btw selamat tahun baru 2023A 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru anies. alhamdulillah lepas beberapa hari combine ubat darah tinggi ni ada la nampak improvement sikit, dah tak setinggi macam minggu lepas.

      Delete
  20. Rasanya belum terlambat lagi nak ucap HNY 2024. Semoga Carneyz berjaya turunkan 20kg utk kesihatan Carneyz, okeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tahun baru SK. Ameen YRA 🤲🏻 Takotttt kena marah dgn Dr Marlik! 😂

      Delete
  21. Selamat Tahun Baharu 2024 Carneyz.

    ReplyDelete
  22. Selamat tahun baru 2024 ^^ ~ semoga tahun nie lebih baik lagi dari tahun sebelumnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Tahun Baru 😊 Ameen YRA 🤲🏻 Semoga tahun ni Palestin beroleh kemenangan dan kebebasan.

      Delete
  23. semoga tahun 2024 kelak lebih sihat dan berat badan semakin boleh dikawal..yakin boleh dan yakin dapat....insha Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah, tahun ni kena fokus dekat kesihatan dengan lebih serius dan bersungguh2 💪🏻

      Delete
  24. Happy new year Carneyz, lom lambat lagi rasanya nak wish...moga yang baik- baik untuk Carneyz dan family

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih SA ❤️ doa yg sama buat SA sekeluarga jugak.

      Delete
  25. Selamat tahun baru
    Semoga tahun ini menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya.

    ReplyDelete
  26. Bila ubat tak sesuai dengan badan memang mengganggu urusan.. Semoga diberikan kesihatan yang baik dan ditemukan dengan ubat yang sesuai dengan badan sis.. Selamat tahun baru 2024 juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sha. Selamat tahun baru 2024 jugak, semoga Sha pun sihat ye.

      Delete
  27. Semangaaat kak Carneyz 😊🤗🤗. Insyaallah bisaaa. Semoga yaa kakak dibagi nikmat sehat selalu di tahun baru ini 😊

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .