Sambungan dari:

Peringatan: Awas, banyak gambar dalam entry kali ni!

Hari kedua di London merupakan hari Jumaat jadi aktiviti agak padat sebab kena sesuaikan dengan waktu solat Jumaat. Kalau ikutkan hukum, musafir diberi kelonggaran dari mengikuti solat Jumaat tapi kiteorang nak merasa pengalaman solat Jumaat di London. Dekat sini tak macam kat Malaysia yang mana waktu solat Jumaat tu terus bermula bila masuk waktu Zohor. Ada masjid yang mulakan solat Jumaat pukul 12 (waktu Zohor pukul 11.50 pagi) dan ada jugak yang buat pukul 1 tengahari (lunch break). Ada jugak yang buat 2 sesi solat Jumaat mungkin sebab kapasiti masjid tak boleh menampung jumlah jemaah. Lagi satu, kalau ruang solat dah penuh, pintu masjid akan ditutup. Aku pilih masjid yang mula solat Jumaat lambat sikit supaya tak terkejar-kejar. 

Pagi tu, kiteorang dan plan nak melawat landmark kota London yang tak asing lagi - Big Ben, Westminster Abbey (tempat makam Queen Elizabeth II dan tempat berlangsungnya perkahwinan Putera William dan Kate Middleton) dan Buckingham Palace. Dari Airbnb, kiteorang ambik metro ke stesen Charing Cross lepas tu menapak sepanjang Parliament Street yang penuh dengan monumen dan bangunan bersejarah.


Charing Cross Station
Trafalgar Square - fakta menarik tentang nama dataran ni, ianya berasal dari perkataan Arab iaitu Taraf al-Ghar.

Trafalgar Square
Dekat London ada beberapa kedai yang menjual barangan Harry Potter sebab ramai peminat Harry Potter yang melancong ke London mencari collectible items Harry Potter

London UK
Sepanjang Parliament Street ni ada tugu-tugu peringatan perang zaman dulu dan jugak tugu-tugu tokoh-tokoh ternama seperti Nelson Mandela, Winston Churchill dan Mahatma Gandhi

Parliament Street menempatkan bangunan-bangunan kerajaan dan kementerian UK, ala-ala Putrajaya la senang cerita.


Parliament Street
Bangunan Whitehall menempatkan beberapa kementerian kerajaan

Parliament Street
Kasi can pengantin tua nak posing jap hehe

Lepas berjalan menyelusuri Parliament Street, akhirnya jumpa jugak Big Ben.


Elizabeth Tower
Menara Elizabeth atau lebih dikenali sebagai Big Ben ialah sebuah menara jam di Istana Westminster. Ia mempunyai lima loceng, dan loceng yang terbesar tu la yang digelar Big Ben

Seterusnya tak jauh dari Big Ben tu pulak ialah Westminster Abbey. Lokasi tempat ni sebenarnya tak jauh pun dari each other, macam seberang jalan je. Kalau nak masuk tengok makam Queen Elizabeth boleh je sebenarnya tapi kiteorang malas sebab kena beratur panjang. Lagipun kiteorang kejar masa sebab nak tengok upacara Change of Guard di Buckingham Palace yang berlangsung pukul 10.45 pagi.


Westminster Abbey
Westminster Abbey

Dari Westminster Abbey kiteorang naik bas double decker untuk ke Buckingham Palace.


London double decker
Pemandangan dari dalam bas. Bas kiteorang naik tu sebijik macam bas kat depan tu

Lepas tu kena menapak dalam 10 minit baru sampai di Buckingham Palace. Masa ni dah ramai pelancong yang berkumpul di luar Buckingham Palace dengan depan Victoria Memorial. Memandangkan kiteorang sampai awal dapat la berdiri depan sikit tapi fuhhh penat tau menunggu!


Buckingham Palace
Atas: Bergambar depan Buckingham Palace; bawah: upacara change of guard

Video masa pancaragam lalu depan kiteorang:



Satu pengalaman yang menarik masa kiteorang tengah tengok sesi change of guard ni, tiba-tiba kiteorang perasan salji turun! Walaupun tak lebat, tapi still rasa teruja sebab first time tengok salji turun depan mata. Tapi boleh pulak Khadeeja kata dia ingatkan salji tu kelemumur orang dekat depan dia! 😂 Lepas tu seronok la anak-anak tangkap salji hehe.

Selesai sesi change of guard, kiteorang terus gerak ke Green Park untuk ambik tren ke destinasi seterusnya iaitu Muslim World League.


Buckingham Palace
Cantik sangat Green Park ni, kalau la ada banyak masa nak je ambik gambar selfie dekat sini banyak-banyak!

Tottenham Court Road
Turun dari tren, kena berjalan dalam 20 minit ke Muslim World League

Dengan kiteorang gegurls ni sekali join solat Jumaat hehe. First time aku bersolat Jumaat dalam seumur hidup. Tapi bukan kiteorang je, ramai jemaah wanita yang join sekali. Ruang solat perempuan terletak di tingkat ground floor tapi tempat wuduk dekat basement. Selesai je solat Jumaat tiba-tiba imam buat pengumuman - terus sambung solat Asar! Musim sejuk memang waktu siang pendek - pukul 1 petang solat Jumaat, pukul 1.37 petang dah masuk solat Asar. Bagus la jugak dah alang-alang kat masjid kan.

Lepas solat, masa nak keluar tu siap ada penjaga trafik dalam masjid ye hehe. Tujuannya nak elakkan jemaah perempuan bertembung dengan jemaah lelaki. Jadi dia akan tahan dulu jemaah lelaki dari keluar bila giliran jemaah perempuan nak keluar. Macam tu sekali dieorang jaga batas lelaki dan perempuan kat sana. Mesti kalau dieorang kat Malaysia terkejut beruk tengok lepas solat selamba je lelaki dan perempuan keluar sama-sama.


London UK
Kiri: Imam tengah bersiap-siap nak bagi khutbah; kanan: Muslim World League ni masjid yang terletak dalam bangunan tiga tingkat

Keluar dari masjid, Khadeeja dah mula bad mood sebab lapar. Mujur la sebelah masjid tu ada kedai pizza yang halal. Sebelum dia bertukar menjadi Hulk, cepat-cepat kiteorang masuk dan order pizza. Aku nak bagitau - pizza kat sini sedap giler! Terngiang-ngiang rasa pizza tu sampai sekarang. Khayla buat kesimpulan pizza kat sana sedap sebab cheese kat sana sedap (memang betul, cheese dekat UK jauh lebih sedap dari cheese dekat Malaysia).


halal pizza in London
Dua ketul pizza - harga dalam 4 pound je seketul tu

Lepas masing-masing dah alas perut dengan pizza yang sedap, moh la gerak ke destinasi seterusnya - Hunterian Museum. Asyik pegi muzium je kiteorang ni kan? Sebab kat sana masuk muzium takde bayaran haha. Dah namanya percutian bajet ke London, jadi sengaja aku pilih tempat-tempat yang takde bayaran.


The Royal College of Surgeons of England
Hunterian Museum ialah muzium koleksi peribadi John Hunter, seorang doktor pakar bedah dan saintis terkemuka pada abad ke-18. Dalam muzium ni ada banyak spesimen haiwan dan manusia yang dipamerkan

Aku tak tau la minat anak-anak aku ni ke arah benda-benda pelik dan gruesome macam ni haha. Sebenarnya takde la gruesome mana pun, tapi kalau orang yang geli tengok anggota manusia yang diawetkan termasuk fetus dalam kandungan (yang gugur atau meninggal dunia lepas dilahirkan), baik tak payah datang ke sini. Memandangkan Hunterian Museum ni terletak di The Royal College of Surgeons of England, jadi kebanyakan yang datang ke sini ialah pelajar-pelajar perubatan (dan orang-orang yang suka tengok benda-benda pelik ni macam kiteorang hehe).


The Royal College of Surgeons of England
Antara pameran dalam Hunterian Museum, yang menariknya ada pameran interaktif jugak

Keluar dari Hunterian Museum dalam pukul 4 petang, tapi kat luar dah gelap sebab dah masuk waktu Maghrib. Sebelum gerak ke rumah member aku, kiteorang singgah kejap di Dark Sugars Chocolate - tempat yang kiteorang sepatutnya pergi masa hari pertama tapi tak sempat pergi sebab kepenatan.


best hot chocolate in London
Kedai ni terkenal dengan pelbagai jenis coklat handcrafted menggunakan coklat dari Ghana, Afrika

Tujuan kiteorang ke sini semata-mata nak beli hot chocolate yang dikatakan antara best hot chocolate drink in London.

Suami Terchenta siap ambik video hot chocolate dieorang yang famous tu:



Bagi aku, OK la sedap tapi terlalu manis. Lepas minum hot chocolate ni, memang kena teguk air kosong nak bagi hilangkan rasa manis yang melampau tu.

Destinasi terakhir kiteorang ialah ke rumah BFF aku untuk makan malam. Masa ni kiteorang dah penat giler jadi Suami Terchenta kata ambik Uber je la. Tapi malam tu memang tak boleh dapat Uber langsung mungkin sebab ramai yang keluar untuk ke pub dan ber TGIF jadi jalan raya agak busy. Bila tak dapat Uber Suami Terchenta cuba pulak Bolt, alternatif kepada Uber. Alhamdulillah ada driver yang sudi accept kiteorang lepas menunggu lebih dari setengah jam. Dalam kereta kiteorang dah tertidur kepenatan!

Sampai je dekat rumah BFF aku, dia dah menunggu dekat pintu. Masuk rumah dia je, semerbak bau ayam masak merah buat kiteorang kecur air liur! Tapi malam tu serius kiteorang dah penat giler jadi cuma mampu makan sikit je walaupun perut berkeroncong. BFF aku siap buat kek coklat lagi untuk jamu kiteorang 🥺. Aku ambik la sikit sebab orang dah susah-payah masakkan, jadi kena la rasa jugak.


TQ Aini, sedap kek you buat tapi kiteorang kepenatan sampai tak larat nak suap makanan dalam mulut 🤣

Anak-anak pulak lain cerita - bila dah jumpa anak-anak BFF aku bukan main segar dan aktif lagi dieorang! Kecoh dan riuh-rendah dieorang berborak dan usik-mengusik macam dah kenal lama padahal baru pertama kali jumpa hehe.

Malam tu bila tengok kiteorang penat sampai tersengguk-sengguk sambil berborak, mula-mula dieorang offer nak hantar balik ke Airbnb which was 40 minutes away dari rumah dieorang. Tapi mengenangkan esoknya jadual dieorang penuh dengan aktiviti anak-anak dieorang pagi tu, sudahnya dieorang ajak tidur kat rumah dieorang je. Kiteorang apa lagi - bagaikan orang mengantuk disorong bantal (memang mengantuk pun hehe 😬). 

Terima kasih Aini dan Fazrul sebab tumpangkan rumah malam tu. Malam tu aku tak tau la anak-anak tidur pukul berapa sebab lepas solat jamak je, aku dan Suami Terchenta terus masuk bilik dan tidur!

57 comments:

  1. Aduh Mbak asik sekali jalan-jalan hari kedua di London. Rasanya tempat-tempat menarik sempat Mbak dan keluarga kunjungi, sampai juga ke Westminster Abbey.
    Mbak, pendek sekali ya jarak waktu dari Dzuhur ke Ashar.
    Akhirnya bertemu juga dengan BFF-nya. Senang sekali...

    Btw, Mbak sempat mampir ke Abbey Road? Jalan legendaris karena cover album The Beatless "Let It Be" berfoto sambil menyebrang di jalan itu.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat ke Abbey Road Pak Asa. Banyak tempat yang kami nak pergi tapi akhirnya saat terakhir dibatalkan sebab badan dah terlampau penat dengan keadaan cuaca yang sejuk. Semoga ada peluang lagi untuk ke London boleh pergi ke tempat-tempat lain jugak 😊

      Delete
  2. seronok bila pergi negara orang ada kawan kat sana, sekurang- kurangnya ada yang kenal kan..boleh tanya2 itu ini...rasa seronok bila anak- anak seronok..dapat yang jenis senang bertukar karakter macam Dania tu...haaaa...lagi payah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, paling best dapat makan nasi dengan lauk Melayu kat sana 😆 Punyalah sedap sangat ayam masak merah yg member buat sampai malaysia terus buat ayam masak merah sebab tak puas makan hehe.

      Delete
  3. ms sy kat area big ben dulu, hujan tgh lebat. mmg kuyup habis walaupun dah pakai rain coat. disebabkan tu juga x byk gmbr dpt snap...

    dah mcm signature UK laa pulak harry potter ni... sepatutnya scotland laa yg ke a raikan, kan? JK rowling kan org sana.

    dah mcm g jepun, kan? kena byk jln kat london ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak sama dgn anies juga..time dkt Big Ben tu hujan tp tkla lebat cumanya berpayung juga la....so gmbr mendung berarak tp ada la nmpk Big Ben dr kejauhan...dkt Buckingham Palace pn lalu je so tkde la gmbr berposing...time carney pi ni cuaca cerah sronok la bergmbr

      Delete
    2. Kiteorang dah standby bawak payung lipat dari Malaysia sebab ingatkan sepanjang kat UK tu akan hujan tapi alhamdulillah cuaca elok je walaupun mendung. Suhu yg best untuk berjalan kaki sebab kat sana kan memang kena banyak berjalan.

      Delete
  4. i baca ur entry dgn penuh keterujaan hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah dapat agak ke mana MZ nak celebrate anniversary ke 20 tu hihi

      Delete
  5. kak aini tu mmg menetap n kerja kat sana ya?

    ya mmg betul! pizza kat sana lain rasanya bila ada cheese. nikmat makan panas2 tu fuhhh dah laa cuaca sejuk. lapar sokmo😁😁

    bgs wujudkan muzium mcm tu. walaupun nampak seram tp kalau sbb nak belajar, ia jadi menarik. sekaligus boleh inspire org lain utk jd pakar bedah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, dia & husband dia kawan ofis saya lepas grad dulu. Lepas dieorang kawen, dieorg pindah ke UK. Betul tu, cheese dia lain macam sedapnya dari yg dekat Malaysia ni. Flavour cheese tu lagi kuat.
      Muzium ni utk pelajar perubatan sebenarnya sebab tu terletak dekat kolej perubatan tapi dibuka kepada orang awam jugak.

      Delete
  6. Banyak gambar tapi seronok tengok sebab letak sebelah-menyebelah.
    Hehe penat sampai tidak larat balik ke tempat penginapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kawan saya siap ambik gambar kiteorang tertidur dekat sofa gara-gara kepenatan sangat 😆

      Delete
  7. Acik gelak Khadeeja awk ingatkan salji tu kelemumur 🤣🤣🤣.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kiteorang pun tergelak bila dengar dia kata 'oh salji ke, ingatkan kelemumur orang kat depan!' 🤣

      Delete
  8. seronoknya dapat pengalaman tengok salji turun depan mata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, walaupun sikit dan sekejap je, tapi jadilah daripada takde langsung hehe

      Delete
  9. banyak gambar, tp senang faham...hihihi...bagus lah muzeum kat sana banyak free...teringin betul nk tgok bahan2 betul yang diawetkan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda sama dgn anak2 saya, suka betul dieorg tengok anggota badan yg diawetkan, dengan binatang2 yang diawetkan. Siap ambik video & gambar sepanjang dalam muzium tu nak tunjuk dekat kawan2 kat sekolah 😅

      Delete
  10. Menarik banget tempat "yang di kunjungi,ternyata ada beberapa tokoh terkenal yang di jadikan tugu"peringatan, white hall nya sangat indah dan megah, jam menara dan Westminster Abbey juga sangat "indah, ada juga ya beberapa tokoh film dan musik terkenal, pasti pengalaman yang sangat luar biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kota London memang sangat menarik dan penuh dengan sejarah, bukan setakat sejarah Britain tapi sejarah negara2 jajahan Britain sebelum ni.

      Delete
  11. cantik2 gambar carneyz, seronok dpt jln2 negara org ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Allah bagi rezeki jalan2 akhir tahun lepas beberapa tahun tak ke mana2.

      Delete
  12. Seronoknya dapat banyaak pengalaman baru.
    Tapi paling lucu bila salji disangka kelemumur 😂
    Akak pun tak pernah merasa salji 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah sekali je masa ke Jepun adik bawak ke kawasan main salji dekat bukit apa entah, tapi masa tu takde pulak salji turun. Tak expect pun akan turun salji masa kiteorang kat london tu 😊

      Delete
  13. Tak macam muzium di Malaysia, nak masuk, kena bayar. Hehe..
    Bestnya, dapat merasa macam-macam pengalaman baru, salji turun, pertukaran guard, rasa hot coklat sedap. Dapat tahu benda baru tentang solat jumaat di sana. Thanks for sharing, Carneyz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat sana masuk muzium free tapi adalah dieorg letak QR code merata2 dalam muzium mintak donation paling kecik pun 5 pound. Takde paksaan nak donate ke tak.

      Delete
  14. takpe kak, saya suka entry travel kalau banyak gambar. rasa macam ikut travel sekali. bestnya muzium masuk free. oh, baru tau macamana orang di london solat Jumaat.thanks for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, berbeza sekali dengan dekat Malaysia, sebab kat sana bukan negara Islam jadi hari jumaat lunch break sejam je. Khutbah Jumaat pun pendek je, lepas solat takde zikir, doa panjang2. Habis solat semua terus angkat dan keluar hehe.

      Delete
  15. Replies
    1. Dia la mengajak ke London dari dulu lagi hehe. Alang2 dah ke Eropah, terus lajak sampai ke London ziarah BFF 😊

      Delete
  16. Best best. Seronok nya baca. Macam sama2 pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi baca pengalaman travel saya 😊

      Delete
  17. A great travel in the city of London. I Hope you buyed the typical tshirt with the emblem of the city!!! Because is very nice!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks! We didn't buy much souvenir because we were travelling light. Hopefully we can visit London again in the future :)

      Delete
  18. wahh best nyer London.. wak pon x smpi lg.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pulak tak sampai Jakarta lagi Wak, tapi Wak dah expert selok-belok dekat Jakarta hehe

      Delete
  19. seronoknya...alhamdulillah.. best dpt2 jalan2....sejuks tgk tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sejuk, nasib baik beli hand warmer dekat Daiso hehe.

      Delete
  20. luaskan panorama dan minda...kalau ke london double decker bus kaler merah...teksi siput...atau london bridge memang landmark dan trademark mesti tengok depan depan..

    p/s: tak bagitahu nak ke london..leh kirim gambar kat emirates stadium hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak pergi ke Stamford Bridge pun tak sempat gara2 flight delay malam sebelumnya huhu... kempunan asben nak pergi stadium chelsea hehe.

      Delete
  21. cerita menarik dan saya baca sambil layan gambar yang menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu perkara yang membuatkan blog posting tertunda ialah pemilihan gambar haha. Bila dah pilih gambar, baru boleh mengolah cerita yang menarik.

      Delete
  22. cantik London during winter time...nmpk sedap homemade coklat kek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau hari cerah, cantik la. Klu cuaca mendung dan hujan, kelam je suasana kat sana hehe

      Delete
  23. Hahaha awal dah remind banyak gambar dalam entry ni :D
    Ok je sambil membaca sambil layan gambar.. baru la ada feeling ikut travel sekali hahhaha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, baru boleh imaginasi suasana dan tempat-tempat yang diceritakan dalam entry :D

      Delete
  24. aini dgn husband nya keja di sinun kah? x dpt imagine eh camne nyaman pizza sinun... mun miak dah muji ya nang menar lah nyaman... cheeese sinun mst agik pure dr cheese sitok nak oo nk nyaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok, sidak sambung belajar sinun lekak resign dari company lamak tempat kmk org kerja dolok lekak ya terus menetap sinun. Yalah sik dapat mok cerita juak nang lain rasa cheese sinun. Kawan kmk padah susu segar sinun pun lebih sedap, kali ya nyuruh cheese sidak nyaman gik hihi

      Delete
  25. Banyak paparan gambar menarik di sana ye Carneyz.
    Puas memotret ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kota London memang menarik utk org yg pertama kali jejak kaki ke sana Kak Amie 😄

      Delete
  26. Seruuuuu 😍😍😍. Rasanya saya jadi ingin plan pula ke UK setelah baca tulisan ini.

    Tertawa saya baca salju dikira kelemumur oleh anak kakak 😄. Tapi memang teman saya cakap, London tak terlalu sering salju saat winter kan. Kalopun turun, tak tebal biasanya.

    Kalo nak cari makanan halal di sana, memang sebaiknya cari dekat mesjid kan.selalunya banyak.

    Kalo nak lihat museum forensik, tak payah ke UK, di Bangkok ada kak 🤣.

    Saya pernah datang dan tulis , Siriraj museum namanya. Yg dipajang hampir semuanya mayat asli, dari Orang2 dan bayi2 yg meninggal dan kebanyakan tak punya ortu. Jadi bayi2 yg dibuang. Bukan gruesome lagi pun... Merinding kita dibuat... Juga ada jenazah asli dari rapist terkenal Bangkok di masa dulu. Haiiish, sampe diawetkan jenazah dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke? Baru tau dekat Bangkok pun ada jugak muzium forensik. Ya, di mana-mana negara bukan Islam nak senang cari tempat makan halal ialah sekitar kawasan masjid hehe.

      Delete
  27. Penat sangat tu Carneyz. Ye la bila pergi tempat orang memang kita akan berjalan kaki jauh kan?....bila malam cepatlah mengantuknya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang penat sangat2 sis, setiap hari menapak dalam 20k+ steps dekat sana. Hehe

      Delete
  28. cantik gambar Bangunan Whitehall tu.. mama rasa seronok layan gambar2. nak pegi sana ntah bila la agaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah mama. Saya pun tak sangka Suami Terchenta setuju pergi ke London, dah lama ajak dia ke sana dari zaman sebelum ada anak lagi hihi

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .