Masa kiteorang ke KLAF 2023 kiteorang singgah makan di Naj & Belle. Dah lama sebenarnya perasan kewujudan Naj & Belle dekat KL East Mall, tapi sebelum tu tak pernah singgah. Kebetulan masa sampai tu dah tengahari dan aktiviti Khadeeja pun belum habis lagi, jadi singgah la makan dekat restoran ni.
Naj & Belle Bangsar |
Masa sampai, aku tengok ramai orang makan kat kedai ni. Tapi ada la 4-5 buah meja kosong jadi dapatlah kiteorang tempat duduk.
Servis cepat dan mesra. Masa duduk, aku perasan ada air mineral kayangan atas meja. Suami Terchenta dah nak bukak sebab dia haus tapi aku cakap baik tanya dulu free ke, sebab air kayangan ni. Mujur tanya, rupa-rupanya berbayar ye 😂. Nasib baik tak bukak lagi hehe.
Khayla gigih menelaah menu. Penampakan air mineral kayangan atas meja |
So, ada apa di Naj & Belle? Ni makanan yang kiteorang pesan:
Naj & Belle Fish & Chips (RM38) - order Khayla. Dia suka, katanya lagi sedap dari yang dekat London 😬 Tapi sos tartar tu pulak aku rasa lebih sedap yang di London |
Nasi goreng ulam ayam bakar (RM35) - order Suami Terchenta. Dia kata sedap tapi banyak sangat lauk. Sudahnya tak habis makan. Sambal tu biasa-biasa je katanya. |
Dessert dan kek - memandangkan masing-masing dah kekenyangan jadi takde la pesan dessert dekat sini. Harga pun agak keras. |
Pendek kata, erm... OK la. Takde yang wow sangat bagi aku. Mungkin tempat ni famous untuk makanan lain macam pasta atau dessert.
Kalau nak try korang boleh la datang ke sini:
Kalau sedap bayar mahal pun puas hati. Tapi kalau mahal tapi tak sedap tak repeat la dah makan kan. Hihi
ReplyDeleterege standard cafe chef wan jugaklah tu...for me, sekali sekala boleh laaa esp kalau ada aim nak mkn apa2 kat restoran tu kan
ReplyDeleteWah, orang London pun kalah rupanya ya, Khayla. Tapi, order Carneyz tu nampak sedap, rupanya mengecewakan ya.. alahai..
ReplyDeleteTau je tempat nak menyinggah kamu ni kan?
ReplyDeleteharap2 makanan kat situ sedap2 belaka. yummy.....
ReplyDelete
ReplyDeletePresentation semua nampak lawa but taste wise bergantung pada tekak masing-masingkan... Apapun selagi tak cuba tak tau kan hihi
menu nasi goreng ngan ayam bakar tu besar juga ayamnya...adik pernah mkn dkt outlet bangsar ni...kakaknya tgk kt outlet kl east mall tp blum singgah lg....adik kata sedap menu pasta
ReplyDeleteCantik-cantik tampilan makanan yg tersaji,sayang mau di makan😀
ReplyDeletePresentation tu yang buat mahal...
ReplyDeletenampak semua makanan tu sedap-sedap..
ReplyDeletetak pernah pergi walaupun dekat dengan office. huhu. kalau saya, harga mahal kalau tak habis saya tapau
ReplyDeleteNampak sedap, tapi harga agak tinggi. Standard Bangsar la, ye.
ReplyDeletesipbaik tanya dulu kalu main togok je air mineral kayangan tu kompom tersedak dgr harga hehe
ReplyDeletebila tgk harga... fuhhh!
ReplyDeletebila tgk lokasi... hmm patut laaa
hehehe faham2
nampak sedap pula dessert bergulung tu
ReplyDeletekompem bukan kek tapak kuda or tapak gajah hehehe
pekena dgn secawan kopi latee fuhhh
heavennn...
makanan sedap bayar mahal pun rasa berbaloi dan akan repeat untuk self-reward.. kalau jadi tak sedap tu.. hmm
ReplyDeleteSelalu lalu depan KL East Mall ni tapi tak pernah masuk lagi huhuuu..
ReplyDeleteNampak sedap makanan di Naj Belle ni... :D
Nampak menarik The Hermit tu kalau terlebih masak sampai jadi kering....sayangnya.....takde juicy tu lagi.....cake tu pun nampak mengancam....
ReplyDeletekek2 nya sedapp
ReplyDeleteSedap atau sebaliknya sudah semestinya bergantung pada selera masing-masing.
ReplyDeleteMemang begitulah adatnya. Ada yang bayar mahal tapi tak memenuhi selera, ada yang harga murah tapi hidangan rasa kayangan pula.
Baca review kakak, saya jadi tak terlalu tertarik 😅. Apalagi lebih banyak minus poin drpd plus nya 😄. Ini berarti tipe restoran yg menjual kenyamanan tapi rasanya so so yaa?
ReplyDeleteberbaloi betul. potion nampak byk. meriah The Hermit tu harga baru RM36
ReplyDeleteNaj & Belle ni SA suka aglio Olio dia dan biasa amik air rootbeer dalam botol tu..apa kenama x ingat la...harga memang kayangan..
ReplyDelete