Kucing-kucing Istanbul |
Salah satu sebab kiteorang memilih ke Istanbul ialah dekat sana ada banyak kucing dan rakyatnya terkenal sebagai pencinta kucing ❤️. Anak-anak especially suka sangat main dengan kucing di Istanbul. Setiap kali keluar mesti nak belai dan main dengan kucing tepi jalan. Bila sampai sini, memang betullah dieorang ni sayang sangat dengan kucing sebab kat mana-mana kiteorang pergi - stesen subway / tram, luar muzium, luar kedai, bawah pokok, masjid etc. memang disediakan makanan untuk kucing. Dekat taman awam pulak, kiteorang nampak kotak yang diubahsuai menjadi rumah kucing siap ada kain buruk untuk dieorang berlindung dari cuaca sejuk masa musim sejuk.
Tapi yang ajaibnya dekat sana jalan raya dan tempat pejalan kaki, stesen subway dan mana-mana kiteorang pergi tempatnya bersih dan tak kelihatan pun najis haiwan merata-rata. Berbeza dengan pengalaman aku pergi ke Paris berbelas tahun dulu, kena tekun tengok di mana bumi berpijak sebab takut terpijak najis anjing 😅. Even atas rumput pun tak nampak ye kucing membuang sesuka hati. Sampai aku tanya dekat Suami Terchenta, kat mana kucing-kucing ni membuang? Sampai sekarang tak jumpa lagi jawapan.
psstttt.... ada rembat tak yg gebu gebas-geram-rasa-nak-picet-picet kat sultanahmet square tu? hahahahhaah
ReplyDeleteTeringin jugak nak rembat bawak balik yg gebu gebas tu tapi nanti Louis jeles pulak hahaha
DeleteMerata2 ada kucing kan. Geram je.
ReplyDeleteAah, anak2 suka sbb dieorg pencinta kucing hehe
DeleteWah.. pelik juga ye. Najis kucing tidak kelihatan. Dekat mana la, kucing-kucing tu membuang.
ReplyDeleteYe la, Carneyz. Saya pun nyampah juga dengan kucing dekat rumah saya ni. Makan mau, tapi nak pegang tak kasi. Tak mau kawan lah. Hehe..
Kan, mmg tak sedar diri diuntung betul dieorg ni. Kalau kita nak dukung bukan main menggeliat nak lepaskan diri. Tak macam kucing2 kat Istanbul ni hehe
Deletekat mana erk mereka buang hajat
ReplyDeleteItulah musykilnya Wak. Sampai hari kiteorang balik pun tak tau kat mana dieorang membuang 😅
DeleteHahahahah kalo kucing rumah dia dah tahu siapa penguasa rumah, jadi tak suka dipegang2. 🤣
ReplyDeleteKucing saya pun ada seekor tak suka dibelai. Pasti lari. Tapi yg 3 lainnya suka.
Saya pas ke Istanbul 2010, kucingnya banyaaaaak sangat. Tapi saat Maret 2023 lalu, sedikit sangat yg terlihat kak. Kebalikannya anjing buanyaaak. Di mana2 ada 🤣
Untungnya saya suka anjing juga. Tp tak terlalu bisa pegang Krn tak bawa sabun pasir dari rumah. Susah pula nanti nak bersuci 😄.
Sempat heran makanya, kenapa ya Maret lalu kucing tak banyak.
Masa kiteorang pergi ni senang pulak nak cari kucing, memang di mana2 ada kucing 😄 ada jumpa anjing tapi tak banyak pun. Anjingnya besar ya kat sana.. kucing pulak gemuk2 hihi
DeleteIyaaaa anjingnya besar2 🤣🤣. Kalo suami saya takuuut Kat anjing. Bisa histeris dia kalo lihat hahahahaha. Saya kemarin Krn tak terlalu suka dengan makanan sarapan hotel, jadi diam2 saya ambil telur rebus dan roti, utk dibagi ke anjing2 di turkiye 😁
DeleteLucu-lucu amat kucingnya ya Mbak.
ReplyDeleteItu kucing-kucing liar ya Mbak bukan kucing peliharaan di rumah?
Tapi kucingnya sehat-sehat, gemuk-gemuk seperti kucing yang dipelihara di rumah.
Salam,
Ya, kucingnya gemuk2 Pak Asa, kerana orang2 di sana suka memberi makan kucing. Tapi kucing2 tu liar bukan peliharaan.
DeleteGerammm tengokkk!!
ReplyDeleteNanti free nak marathon baca kisah Istanbul tu ..
Belum start lagi pun Sislin hehe. Nanti dah sihat sikit kita sambung.
Deletebestnya cuti2 istanbul
ReplyDeleteAah best sangat MZ. Suasana macam kat Eropah tapi makan dan barang2 kat sana tak semahal dekat negara2 lain.
Deleteoh istanbul negara penincta kucing ye..br tau....kt umh ni ank akak suka sgt kucing....kalo p mana2 nmpk kucing die suka juga
ReplyDeleteMesti dia suka kalau dapat pergi Istanbul sebab kucing kat sana merata-rata, dah la gemuk2 jenis bulu panjang pun ada, geram rasa nak bawak balik Malaysia je hehe
Deletekucing2 di umah sy ni suka gesel2 ke kaki sy bila masuk waktu subuh. lapar la tu...
ReplyDeleteKucing2 rumah ni dieorang mengiau je mintak makan. Bila kita nak belai buat muka menyampah haha!
DeleteEh, samalah kucing kat rumah kita, semua sombong tak mahu dipeluk. Geram tengok kucing jalanan pun tahu cara nak meluahkan kasih-sayang.
ReplyDeleteKan, tak tau diuntung betul kucing2 kat rumah kita ni ye SK. Kena hantar training kat Istanbul agaknya hehe.
DeleteKucing Istanbul yang perasan....bulu dia tebal. Mungkin nak bersedia untuk cuaca di Turki kan....comelnya tengok kucing2 ni.
ReplyDeleteAah, banyak je kucing bulu tebal yang kiteorg jumpa kat sini. Comel rasa nak bawak balik Malaysia je hehe.
Deletenajisnya ade org kutip kot :P
ReplyDeleteEntah la. Mungkin kot. Tapi Istanbul memang kota yang sangat bersih sepanjang tempat yang kiteorang lalu la.
DeleteGera nya tgk kucing kucing tu
ReplyDeleteKannn bawak balik kann
Boleh lah geng dgn kucing I so beauti tu
Memang geram tengok dieorg tu, dah la cantik lepas tu manja tak kesah je orang dukung / belai. Berbeza sangat dengan kucing kat rumah saya ni haha
Deletegeram je tengok kucing2 di sana...anjing2 di sana pun well-behave, takde nak menyalak je...
ReplyDeleteAah, kucing & anjing kat sana semua well-behaved tak berak merata-rata atau menyalak. Rasanya mengiau pun tak hehe
DeleteOoooo..kucing Istanbul behave ye...tapi nak tau gak kat mana diorang melepas...
ReplyDeleteTu la SA, sampai kiteorg balik ke Malaysia tak dapat lagi jawapan tu hihi
DeleteI Love cat. Najla pun suka kucing juga.
ReplyDeleteBawak ke kafe ada kucing atau cat playground, mesti Najla suka.
DeletePergh!! Gebu gebas semuanya.. kikiki..
ReplyDeleteYe, orang kat sana mmg suka dgn kucing & selalu bagi kucing makan. Sbb tu kucing kat sana gebu-gebas je hehe
Deletekucing ammi si baby Aswad tu yg tak suka dibelai. Kita baru angkat letak atas lap dia dah menggelupur meloncat nak turun. Ehhhh awak tau tak awak tu baby...mmglah semua org dok belek baby
ReplyDeleteKena hantar training ke Istanbul jugak tu Ammi, hihi..
DeleteI love how korean skin care focuses on timeless beauty rituals. Using their products feels like unlocking the secrets to ageless and enhanced beauty
ReplyDelete