Perjalanan ke Abu Dhabi mengambil masa 7 jam 25 minit tapi disebabkan zon masa berbeza, jadi nampak macam 4 jam je kiteorang dalam flight. Berlepas pukul 6.35 petang waktu Malaysia dan tiba di Terminal A Abu Dhabi International Airport (AUH) pada pukul 10 malam waktu tempatan.
Shuttle bus dah menunggu untuk bawak penumpang ke bangunan Terminal A |
Satu perbezaan ketara yang aku tengok antara KLIA dengan AUH ialah bila mana penumpang kena turun tangga dan naik shuttle bus untuk ke bangunan terminal sedangkan di KLIA, kapal terbang dari luar negara akan terus parking dekat aerobridge, yang mana lebih selesa untuk penumpang.
Sampai-sampai je terus tangkap gambar buat kenangan dah jejakkan kaki ke Abu Dhabi |
Benda pertama yang kiteorang cari bila dah sampai di bangunan terminal ialah surau sebab nak jamak Maghrib dan Isya'. Alhamdulillah, suraunya tak jauh dari gate penerbangan kiteorang seterusnya iaitu ke Istanbul. Depan surau tu pulak siap ada kerusi yang selesa untuk penumpang berehat sementara menunggu connecting flight.
Tempat duduk sementara menunggu penerbangan |
Satu benda yang aku puji, surau di AUH sangat-sangat selesa dan wangi macam dalam bilik hotel. Ada gak terfikir nak tidur kat surau je tapi takut hanyut dibuat mimpi sampai terlepas flight! 😂 Jangan buat hal ye Carneyz. Kita tidur dekat kerusi malas kat luar je.
Surau airport yang selesa dan wangi |
Since Khadeeja mengadu telinga dia berdesing disebabkan air pressure dalam flight (dia selsema sikit masa ni), lepas solat aku dan Suami Terchenta pergi mencari gula-gula getah untuk dia kunyah masa dalam flight ke Istanbul. Sempat la kiteorang merayau sekejap tengok airport Abu Dhabi ni.
Kalau tak silap Terminal A ni baru je siap so bangunan dia nampak moden dan futuristic. Ada banyak tempat makan dan kedai dekat airport ni, dah serupa dalam mall pulak |
Tak dapat jumpa unta hidup, kita posing dengan patung unta pun jadi la 😜 |
Dah jumpa gula-gula getah yang dicari (tanjat kita harga sepeket chewing gum AED5 = RM5+!), apa lagi moh ler sambung tidur dekat kerusi malas tadi, sebab ikutkan waktu Malaysia masa tu dah pukul 2 pagi. Patut la mengantuk giler time ni. Sempat lena dalam 2 jam sebelum alarm berbunyi untuk bergerak ke pintu perlepasan ke Istanbul pulak. Bersambung seterusnya...
risau kn lena terlepas flight kn sbb dh kata mcm hotel surau tu hehe
ReplyDeleteHaah walaupun hati rasa nak lepak tidur atas karpet surau yg empuk tu tapi takut selesa sangat sampai tak bangun2 hehe
Deletetransit berapa lama ni?
ReplyDeletehahaha... negara kaya... no wonder barang2 dia mahal apatah lagi yang dijual kat airport...
Transit 4 jam masa ni. Abu Dhabi ni mmg mahal sangat2 walaupun currency dia tak jauh beza dgn Malaysia tapi barang2 mahal.
Deletekan..kalau berbaring dalam surau confirm lena diulit mimpi yg indah. silap2 mimpi naik unta lagi.
ReplyDeleteItulah, lebih selamat tidur dekat kerusi malas kat luar walaupun sejuk dan tak dapat baring flat, yg penting tak terlajak tidur hehe
Deletekerusi menunggu pon da macam lepak tepi pool..hebat2....
ReplyDeleteAah, bagus airport ada sediakan kerusi untuk penumpang transit berehat tidur sementara tunggu flight seterusnya.
Deletebestnya ..banyak kerusi kosong..kt Dubai Airport...full house, penuh kerusinya..
ReplyDeleteDubai Airport lagi ramai penumpang yang singgah kat situ kan.
Deletewah seronoknya dah jejak Abu Dhabi...
ReplyDeleteHaah kira bonus trip la ni hehe
DeleteJadi la kan dapat gak jejak Abu Dhabi kan hehehe...
ReplyDeleteNi transit sekejap je balik tu baru kiteorang boleh keluar tengok negara Abu Dhabi sekejap hehe
DeleteMemang kalo nak turun di bandara abu Dhabi ini, mestilah pakai Etihad yaa 😄. Baguuuus bandara dia. Mewah terlihat. Beda dengan bandara Dubai. Biasa saja, tak terlalu mewah seperti abu Dhabi. Dulu saya pikir mereka ini beda negara, tapi ternyata masih satu, cuma beda kota lah kan 😄
ReplyDeleteYa, pakai Etihad mesti transit di Abu Dhabi. Masa kami sampai, Terminal 1 dah siap jadi ada rezeki transit di airport yang moden dan mewah. Kat sini serba-serbi mahal. Bukanlah sebab currency Abu Dhabi yang mahal tapi barang2 di sana memang tersangat la mahal.
DeleteMemang bandara Abu Dhabi ini terkenal karena megahnya, tapi baru lewat tulisan Mbak saya baru tahu kalau surau nya demikian cantik, rapi dan wangi pula. Bikin nyaman orang untuk shalat disana.
ReplyDeleteDitunggu kelanjutan kisahnya Mbak.
Salam,
Ya Pak Asa, bagusnya surau di sini sangat bersih, wangi dan selesa. Tempat berwuduk pun luas.
Deletebesttttt
ReplyDeleteMemang best airport Abu Dhabi ni, tapi semua benda mahal kita mampu tengok je hehe
Delete