Untuk bahagian sebelumnya, baca di sini:

Aku post ikut susunan gambar dalam galeri foto phone, jadi sebelum cerita pasal jalan-jalan di Istanbul, cerita dulu pengalaman naik flight Etihad Airways. Harap bersabar ye hehe.

Kiteorang booking flight melalui laman web Etihad Airways. Cuma sedikit ralat time booking tu aku dah buat akaun ahli Etihad Airways tapi bila nak masukkan membership number masa register penumpang, boleh pulak sistem kata nombor ahli tak wujud! Jadi malas nak peningkan kepala, aku masukkan je la Enrich membership sebab Etihad Airways ni partner airlines dengan MAS, jadi sekurang-kurangnya boleh la kumpul Enrich points. 

Sepanjang tempoh booking flight bulan September dengan tarikh penerbangan bulan November, 3 kali dapat e-mel bagitau flight cancelled! Part ni bikin berdebar betul, sebab kiteorang dah book penginapan di Istanbul dan UK, rugi la kalau tiba-tiba flight kena cancel. Setiap kali dapat e-mel tu, aku terpaksa pilih masa penerbangan lain dan end up, kiteorang terpaksa fly awal sehari dari yang dirancang sebab tarikh yang kiteorang pilih tu dibatalkan penerbangan. Terpaksa la cari pulak Airbnb untuk sehari lagi di Istanbul sebab akan tiba sehari awal dari yang dirancang. Mujur jumpa harga yang berpatutan (RM200+ di kawasan Fatih).

Sebelum berlepas, ada beberapa pertanyaan yang aku cuba dapatkan penjelasan dari customer service Etihad Airways di Malaysia. Jadi aku pun contact nombor dieorang di Malaysia. Tiap-tiap kali call customer service, mesti masuk voicemail dan mesin je yang jawab. Senang cerita, pengalaman aku dengan customer service Etihad Airways di Malaysia ni sangat tak mesra pelanggan. Mujurlah bila tarikh fly, takde masalah untuk check in di kaunter. 

OK, now part service dalam penerbangan pulak.

Benda pertama yang aku nampak dekat kerusi tersedia di kerusi ialah fleece blanket, bantal, flight kit dan headphone untuk in-flight entertainment.


in-flight amenities
Kemudahan yang disediakan untuk keselesaan penumpang Etihad Airways

Seingat aku kali terakhir aku naik MAS ke luar negara lebih dari 12 tahun lepas, dalam penerbangan MAS pun tak disediakan selimut dan bantal untuk setiap penumpang. Flight kit pun rasanya MAS bagi untuk penumpang kelas perniagaan ke atas je. Sekarang tak pasti la servis MAS dah ada improvement ke tak, maybe Kak Ret yang baru balik dari Korea boleh komen. Cuma selimut MAS lebih selesa la ngeh2...

Jom tengok apa ada dalam flight kit pouch Etihad Airways:


flight kit
Dalam setiap pouch disediakan penutup mata, krim tangan, penutup telinga (kot2 ada orang sebelah yang berdengkur), sanitising wipe dan pouch tu sendiri sebenarnya bila dibuka ialah reusable bag

Rasanya pouch ni Etihad Airways bagi untuk penerbangan lebih dari 4 jam kot, sebab flight kiteorang dari Abu Dhabi ke Istanbul tak dapat pulak. Still, it's a useful kit untuk keselesaa penumpang.

Next, in-flight entertainment system Etihad Airways pulak. Sama macam flight MAS, belakang kerusi penumpang hadapan ada skrin tv dan game console yang ada skrin jugak. Flight MAS pun ada game console, tapi takde skrin macam ni la so nampak Etihad Airways ni lebih moden dari MAS. Dari segi paparan di in-flight entertainment system pulak, bukan setakat boleh tengok movie dan main video games, penumpang boleh juga buat pesanan minuman, baca berita secara langsung, dengar radio, buku audio dan baca Quran. Kesimpulannya, banyak pilihan yang ada dalam flight entertainment system ni untuk habiskan masa sepanjang penerbangan.


in-flight entertainment
Antara paparan skrin in-flight entertainment system

Akhir sekali, part yang paling aku suka - makannnn! Hehe. Ni aku berani cakap - makanan dalam flight Etihad Airways sedap-sedap woo... Benda ni aku rasa MAS kena belajar dengan Etihad Airways how to make their guests happy. Bukan setakat makanan sedap, sudu garpu pun dieorang tak bagi jenis plastik - dia bagi silver cutleries ye. 

Sepanjang penerbangan 8 jam KL - Abu Dhabi, makanan dihidangkan sebanyak 2 kali - makan malam dan supper. Aku pesan kids meal untuk Khadeeja, yang didatangkan dalam pek bertemakan Warner Bros (di Abu Dhabu ada studio Warner Bros, so agaknya ni sebahagian dari promosi pelancongan dieorang kot).


in-flight meals
Kids meal (KL ke Abu Dhabi): Dapat nugget, potato wedges, biskut, cheese, yogurt, dessert, bun, coklat dan minuman kotak

in-flight kids meals
Kids meal (Abu Dhabi ke Istanbul): Pasta, biskut, puding, yogurt, jus epal, coklat, bun

Warner Bros in-flight meals
Kids meal (Abu Dhabi ke KL): waffle, jem, biskut, yogurt, coklat nesquick, buah-buahan potong, muffin, jus oren, keju

Ni pulak makanan yang aku pilih masa flight ke Abu Dhabi:


in-flight meals
Nasi lemak dengan rendang daging, telur dadar dan sambal nasi lemak, kerabu mihun, dessert (macam oat tapi bukan, yang penting sedap!), bun, mentega, air kosong

in-flight meals
Untuk supper, semua orang dapat makanan yang sama - calzone dhal dan sayur-sayuran (ok la, tapi kering sikit) dan puding

Yang ni pulak makanan aku dan Suami Terchenta dalam perjalanan dari Abu Dhabi ke KL. Kalau compare makanan pergi dengan balik, aku rasa makanan flight dari Malaysia sedap lagi kot hihi. Maybe prepare kat Malaysia so lebih ikut tekak orang Malaysia kan.


in-flight meals
Kiri: teriyaki chicken noodle, buah-buahan, oat, croissant; kanan: omelette, sosej ayam, hash brown, buah-buahan, croissant, oat

Bab makanan ni, memang sangat puas hati dengan makanan dalam penerbangan Etihad Airways ni. Tak de istilah kebulur dalam flight sebab porsi makanan dah la banyak, lepas tu tak sempat habis hadam lagi dieorang dah hidang pulak meal seterusnya haha!

32 comments:

  1. Susah juga ye kalau tetiba kena tukar itinerary sbb flight cancel. Tambah kos juga tu utk kita...
    MAS was an award winning airline tapi sayangkan, kebanggaan kita dulu kita makin pudar gahnya. Sayang :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, tarikh yang ada cuma sehari sebelum atau sehari selepas tarikh yg mula-mula dipilih. Sehari selepas tak boleh, sebab akan terlepas flight ke UK pulak, lagi rugi kos tiket flight + penginapan di London. Terpaksa ambik tarikh sehari sebelum tapi cari penginapan semalam di Istanbul.

      Delete
  2. kalau sy 3 kali cancel tu bleh msk IJN dibuatnya haihhh jgn kena tempias perangai AA sudah😁😁

    meriah betul makanannnn... tp berrbaloi kannn kita byr mahal kot. x kan kasi nasi lemak sebungkus je kannn🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, nasi lemak Etihad sedap macam nasi lemak AA 😁 makanan yg lain pun sedap2 semuanya.

      Delete
  3. benda yang paling SA x suka adalah flight cancelled, satu hal jenuh nak mencari flight lain dan AIRBnb untuk extra days kan..selalu buat untuk boss cenggitu la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la terpaksa cari airbnb utk extra day tu. Nasib baik jumpa yg murah huhu.

      Delete
  4. Pernah sekali jer naik Etihad 12 tahun lepas masa balik afrika.. Etihad dgn Emirate mmg makan no 1. Kdg2 siap minta tambah lagi hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo.. dari dulu lagi la kiranya makanan dieorg ni sedap. MAS pun patutnya showcase makanan sedap2 kat Malaysia ni dalam flight sbb negara kita kan terkenal as food haven. Tapi Chef Wan penah bebel nasi lemak MAS buat malu negara je hehe.

      Delete
  5. Bab cancel 3 kali tu mmg cuak dibuatnya. Nasib dpt fly sehari awal.. bertabahlah dgn asam garam ketika travel ni huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. cuak betul. First & second time tu, suruh pilih flight waktu lain tapi tarikh sama e.g. petang tukar ke pagi, pagi tukar ke malam, yang kali ketiga tu terus takde pulak tarikh tu nasib baik dia bagi option boleh pilih flight tarikh sehari awal.

      Delete
  6. Itulah ysng seronok naik kapal terbang. Cuba makanan.
    Selalu ambil yang bukan selalu dapat makan.
    Ada nasi lemak dengan rendang ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya selalunya akan pilih mana yg saya rasa paling sedap. Lagi satu, saya dgn suami akan pilih menu berbeza supaya boleh tukar2 & rasa hihi

      Delete
  7. Means kalau travel sekarang kena selalu alert dengan email dan notification la kan. Kena ada plan B, C and D.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, mmg kena selalu alert supaya tak terlepas pandang huhu

      Delete
  8. Pehhhh.. dia punya hidang makan tu, macam kat darat ek. Rupanya, Carneyz & family dah sampai Istanbul ya.. semoga dipermudahkan urusan Carneyz sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, rasa pun sedap mcm makan kat restoran hihi. Kita dah selamat balik pun SK. Tu yg blog lama menyepi 🤭

      Delete
  9. bab flight canvel mmg kena bertabah....tp kalo overseas aduhai nk kena extra charge la sbb kena booking baru sbb kena pi awal tu kan....meriah menu makanan tu...tk pernah lg naik Etihad..slalu bc org share je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Since airline yg cancel flight, takde extra charge pun, dia bagi option refund balik duit atau pilih tarikh lain. Tu la, ni first time jugak kiteorang naik Etihad, alhamdulillah pengalaman yang menarik.

      Delete
  10. bab cancel flight tu yg ngeri..delay sikit ok lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, dia cancel terus tu, tapi dia bagi option pilih tarikh lain takde caj tambahan so ok la.

      Delete
  11. Deg-degan juga menunggu kabar yaa...makanan sedap-sedap semua,kalau perjalanan jauh isi pouchnya pasti tutup mata, penutup telinga dan pembersih tangan,kalau di kumpul jadi banyak😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, 4 orang travel jadi dapat kumpul 4 pouch x 2 penerbangan pergi-balik jadi semuanya dapat 8 pouch 😁 tapi balik tu suami kata dia tak perasan ada pouch so dia tak bawak balik.

      Delete
  12. suspens bila flight kena cancel....kena adjust iti..tapi ok, dpt extra 1 hari di Istanbul..makan2 di airlines premium ni mmg best...hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg berdebar-debar je tiap-tiap kali dapat e-mel dari Etihad. Buatnya flight tarikh sebelumnya pun dieorg kensel mau berhuhu2 kiteorg sbb dah book penginapan dekat sana kan. Hari tu nohas naik flight Turkish Airlines best tak makanan dieorg?

      Delete
  13. so far MAS skrg ada je bantal. selimut, headphone... cuma fly kit utk business class je sbb member pernah naik buss dpt extra sket hahaha.. food mmg MAS kena perbaiki stok makanan diorang walau kacang tu dah jd trademark MAS tp since dah tukar tukang masak ni, harap ada improvement lagi la hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo.. masih macam dulu la bagi bantal, selimut, headphone je. Business class je dapat kit yg mahal hehe. Hari tu intai jugak tiket MAS ke Istanbul tapi jauh beza harganya dalam 4k sorang. Etihad pulak 2.9k je, tapi rasa lagi untung naik Etihad sbb makanan dieorg sedap2 haha

      Delete
  14. Saya belum pernah naik etihad, lebih prefer emirates soalnya. Tapi beberapa teman yg sudah naik etihad, semua bilang hal sama, customer service dan pelayanan mereka tak terlalu ramah dan bagus. Ntahlah yaa, tapi pasti banyak yg bilang begitu.

    Cuma bab suka cancel flight ini memang buat kacau. Kenapa seperti itu yaaa. Beberapa kali baca ttg maskapai yg suka cancel penerbangan tp alasannya seat dah tak ada. Kalo gitu kenapa dijual saat kita book. Tak paham lah. Kemarjn juga ad teman yg komplain di FB, kalo dia dah pesan SQ utk ke LA, tapi dicancel Krn alasannya seat full.

    Lah kok bisa dipesan kalo seat full... Jadi kuatir pula dengan penerbangan saya ke Uzbek Januari ini. Tapi sampai skr belum ada email apapun dari uzbek airways utk cancel, semoga jangan lah. Kacau ITIN saya nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun mula2 nak tempah penerbangan Emirates je, tapi sebab Etihad jauh lebih murah jadi akhirnya pilih Etihad. Memang suspense bila asyik cancel flight tapi nasib baik ada flight yg lebih awal.

      Delete
  15. Sepertinya asik sekali naik pesawat ini ya Mbak. Demikian lengkap meal yang disiapkan.
    Saya belum pernah naik pesawat ke luar negeri, hanya pernah lokal saja. Pengalaman yang dicatat beberapa kali pesawat cancel keberangkatannya.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, pertama kali menaiki pesawat Etihad ni. Kali terakhir ke luar negara, kami menggunakan penerbangan tambang rendah jadi pengalaman kali ni sangat berbeza.

      Delete
  16. mkn2 dlm flight adalah benda yg my boys look fwd tiap kali we travel abroad...bestnya i baca entry u niiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la sedap sangat makanan dalam flight kan sis 😅

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .