Rupa-rupanya dah nak masuk seminggu discaj dari KPJ Ampang Puteri. Perancangan awal nak ke Hospital KPJ Tawakkal sebab nak ambik dekat dengan rumah tapi sebab doktor kat situ semua nak bercuti last-last pergi ke KPJ Ampang Puteri. Walaupun jauh sikit dari rumah tapi lebih puas hati dengan kemudahan dan layanan doktor pakar kat situ.

Alhamdulillah insurans company Suami Terchenta cover untuk duduk bilik single standard kat sini dengan kadar RM250 semalam (corporate rate). Malam pertama, kiteorang duduk dekat wad di tingkat 5. Kalau tak silap aku nama wad ni, Magnolia Ward. Bilik ni agak besar dengan sofa 3-seater. Selesa sikit la Suami Terchenta tidur dekat sofa.


Magnolia Ward
Magnolia Ward

Magnolia Ward
Bilik air Magnolia Ward siap ada rain shower

Hari kedua dan ketiga, kiteorang kena pindah pulak ke wad maternity di tingkat 3. Bilik wad maternity ni bagi aku kecik sikit berbanding dengan wad di tingkat 5. Dekat sini pun ada disediakan sofa untuk orang yang temankan pesakit tidur, tapi sofanya 2-seater je jadi masa ni kesian Suami Terchenta kena tidur mengerekot. Bilik kat wad maternity pun lebih sejuk walaupun kiteorang dah naikkan suhu bilik jadi kalau kena admit kat sini  baik bawak sweater.


Maternity ward
Wad maternity

Maternity ward
Bilik air di wad maternity

Sebelum admitted, aku diberi personal hygiene kit - dalamnya ada berus gigi, ubat gigi, sikat rambut, syampu, gel badan, tuala mandi, tuala muka dan shower cap. Kit ni hospital bagi masa dekat admission counter.


Patient kit
Personal hygiene kit untuk pesakit yang kena admit dalam wad

Sepanjang duduk di KPJ Ampang Puteri ni, makanan dalam wad memang sedap-sedap semuanya. 


Makanan hospital
Makaroni goreng dengan dada ayam panggang dan sayur

Makanan hospital
Ayam masak kicap, sayur campur, sup kosong, jus dan low fat yogurt

Makanan hospital
Ikan masak kicap, sayur bok choy tumis, sup kosong, puding dan jus

Makanan hospital
Nasi lemak

Makanan hospital
Ayam masak merah, sayur sawi tumis, buah oren, sup cendawan

Walaupun makan sedap-sedap macam ni, tapi gula dalam darah aku terkawal sepanjang duduk di hospital. Mesti makanan kat sini dah diluluskan oleh dietitian dekat sini.

Satu perkara je yang aku tak expect - sebelum masuk wad aku ingatkan sepanjang dalam wad kena pakai baju hospital sebab pengalaman duduk kat kat HKL dan PCMC memang diberi pakaian dalam wad. Jadi masa aku pack baju nak admit malam Jumaat tu, aku bawak baju untuk discaj je. Sampai hospital baru tau sepanjang dalam wad pakai baju sendiri. Terpaksa la Suami Terchenta balik ke rumah ambik baju ekstra untuk sepanjang dalam wad.

Lain-lain, macam tuala wanita pun kena bawak sendiri. Hospital cuma sediakan disposable panty masa nak masuk OT je. Tapi ni benda kecik je la, kalau tak bawak boleh je beli kat kedai serbaneka dekat bawah. 

Bagi aku puas hati la duduk di KPJ Ampang Puteri ni. Caj hospital pun bagi aku reasonable for a specialist private hospital.

38 comments:

  1. Pengalaman yang kita takmo tempuh tapi layanan yang baik buat rasa kurang fikir pasal sakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu NA. Kurang sikit beban fikiran bila dapat kemudahan dan perkhidmatan yang selesa 🥰

      Delete
  2. kenapa kena admit? emm..kena check balik mana tau MA terlepas baca ke.. anyway, moga sihat2 key..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keguguran lagi MA. Terima kasih alhamdulillah Allah permudahkan semuanya.

      Delete
  3. Lamak sik singgah situk. Semoga urusan ktk dan family dipermudahkan hendaknya. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih fiza. Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya.

      Delete
  4. Syafakillah sis.
    Naper admit? Lama tak bw sbb balik kg...
    Anyway semoga dikembalikan-Nya nikmat kesihatan 🤲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sis. Saya keguguran lagi. Ameen YRA 🤲🏻

      Delete
  5. makanan hospital ni mmg sedap sedap belaka..
    teringat hari-hari terakhir arwah mak cik kat hospital ni...
    setiap kali lalu dpn hospital pasti terasa sayu...

    syafakillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakbar. Semoga roh arwah makcik anies dicucuri rahmat.

      Delete
  6. take care Carneyz..slmt berpantang,harap cepat recover

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Afzan. Alhamdulillah dah kurang rasa sakit dah masuk seminggu ni.

      Delete
  7. Cantiknya wad dia Carneyz....moga cepat sembuh ya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, cantik wad KPJ Ampang Puteri ni. Terima kasih sis.

      Delete
  8. Memang senang kalo company ada sediakan insurance untuk 1 family kan. Suami saya tiap pindah kerja, pasti yg dilihat dulu benefit insurance nya. Kalo tak bagus, dia tak nak ambil. Beruntung CIMB nih bagus memang insurance dia, walopun tak sebagus HSBC dulu. Tapi oke lah.

    Kakak dah sehat? Jadi ingat dulu saat mama berobat di rumah sakit di penang , operasi angkat rahim karena ada myom, saya yang menemani, karena msh kuliah juga saat itu. Makanan di kantin hospital nya pun sedap. Tapi yg dimakan mama, saya tak rasa 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah semakin sihat. Ya, syukur insurans company suami cover family sekali. Tapi prosedur D&C tu kami kena bayar sendiri. Makanan di hospital skrg dah makin sedap tak macam dulu hehe. Walaupun di hospital kerajaan makanan kat sana pun sedap2.

      Delete
  9. Sehat kembali kak...semoga segala urusan di permudah dan segera pulih dan beraktivitas kembali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mreneyoo. Alhamdulillah dah semakin pulih, tapi masih lagi dalam pantang.

      Delete
  10. Pernah check in KPJ Am Puteri ni long long time ago.. sebab kena denggi. Masa tu bangunan baru belum ada.. Nampak gamabr selesa sangat keadaan dalam ward tu.. Apa pun semoga diberi kesembuhan dan kesihatan yang lebih baik Amin :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah semakin sihat. Wad Ampang Puteri memang selesa utk pesakit dan orang yang temankan pesakit hehe.

      Delete
  11. Hosp swasta best selesa. Padan la dengan harga kan 😬

    Done follow sini. by the way jemput join Cie ada buat segment giveaway :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah KPJ Ampang Puteri memang selesa, harga pun tak mahal sangat. Pernah admit di PCMC bagi saya pengalaman di dua2 hospital ni tak jauh beza - dua2 selesa, dua2 makanan sedap2, doktor pakar dua2 bagus tapi doktor KPJ Ampang Puteri lebih berpengalaman, harga je jauh beza hehe.

      Delete
  12. Br tauk duhal x pakei bj hosp bila admit sia.. kebanyakan mun private hosp mst org review mkn nyaman.. kmk rasa mun x nyaman mst org akn komplen bah.. ne boleh nk x nyaman org byr bah.. ktk tek dh sihat? Jom ada sesuatu di blog kmk.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok baru tanggar tek hehe. Kelak kmk email kitak k. Terima kasih beri cenderahati 💕

      Delete
  13. Kalau makan dekat hosp, mmg diaorg dah kira siap2 portion ngan kalori intake, sugar bagai...
    Semoga carneyz kuat ya, mana tahu ad rezeki lain nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yg best makan kat hospital ni sebab portion sihat tapi still sedap hehe. Insha Allah, kalau ada rezeki alhamdulillah kalau takde pun alhamdulillah jugak 😊

      Delete
  14. Lekas sehat kembali ya Mbak...
    Pelayanannya bagus sekali ya. Semoga mempercepat kesembuhan Mbak.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Pak Asa. Layanan di hospital ni memang bagus sekali, harga pun boleh dikatakan berpatutan 😊

      Delete
  15. ni memang tempat regular lah my boys dan mr hubby...zharfan byk kali admit sbb operate telinga, hidung...mr hubby pun byk kali admit, sakit batu karang la, operate bisul la, angin la (suspect jantung), ariff pun pernah admit zmn sek rendah sbb demam muntah2...so far memang weolls puas hati dgn service kat sini..part mknn sedap tu memang betulllll---err MZ pernah admit jugak masa jari hampir terpotong kena gunting (so tidur kat wad satu mlm)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah betul tu MZ. Kiteorg baru tau hospital KPJ Ampang Puteri ni best sebab hospital ni jauh dari rumah sbb tu tak pernah try sblm ni. Lepas ni memang continue jumpa doktor pakar kat sini.

      Delete
  16. anyway, shafakillah yer carneyz, take care

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah, Carneyz sudah sembuh.
    In syaa Allah, ada rezeki lagi di waktu yang lain. Moga sihat selalu.

    ReplyDelete
  18. Kalaulah begini keadaannya....memang syok duduk hospital ala-ala hotel..apa-apapun bersyukur kerana dapat nikmat sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, nikmat sihat mengatasi nikmat duduk di hospital ala-ala hotel. Dekat hospital nak tidur pun tak lena, kejap2 nurse datang bagi ubat, ambik tekanan darah, ambik bacaan gula dalam darah hehe.

      Delete
  19. Owh.. Xde baju wad ye.. Memang kena bawa baju sendirilah ye..
    Okaylah dia bagi pek hygiene tu.. Makanan pun okay..

    ReplyDelete
  20. sepanjang ammi admit di Pantai Cheras, Columbia, KPJ memang pakai baju sendiri. Kecuali masa masuk sebab besalinlah..pakai baju ward. Selebihnya baju sendiri

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .