Semalam pagi-pagi lagi kiteorang menghantar Khadeeja ke Pusat Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) di Bangsar sebab Khadeeja terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan 'Joy of Creating and Building'.


KLAF 2023
Bangunan PAM yang memaparkan konsep lestari / low-energy consumption

KLAF 2023
Maklumat pertandingan

Sebanyak 9 buah sekolah telah layak ke peringkat akhir bagi kategori sekolah rendah tahun ni, termasuklah sekolah Khadeeja. Bulan lepas, Khadeeja dan kawan-kawannya kena siapkan projek merekabentuk bangunan yang berkonsepkan kelestarian (sustainability) dan kena present depan wakil PAM. Minggu ni tiba-tiba cikgu Khadeeja mesej bagitau kumpulan dieorang terpilih dan dieorang kena present sekali lagi depan juri pertandingan pulak. Memang tak sempat la nak rehearse speech, hentam saja la labu...

Alhamdulillah, dieorang dapat present dengan baik pagi tu kata cikgu. Ada sekolah yang siap mintak nak present sekali lagi agaknya kali pertama tu dieorang gugup dan tak berapa bersedia jadi tu yang mintak peluang kedua. Tapi juri kata tak adil la buat sekolah lain.


KLAF 2023
Kiri & tengah: bangunan yang direkabentuk oleh Khadeeja dan kawan-kawan; Kanan (atas dan bawah): Antara kreativiti yang ditonjolkan oleh kategori sekolah rendah menggunakan bahan-bahan terpakai

Sementara tunggu pemarkahan dari juri, dieorang join jugak mini-contest iaitu pertandingan merekabentuk jambatan. Kalau tak silap, hasil dinilai dari segi kestabilan jambatan, nilai estetik dan penggunaan bahan yang disediakan.


KLAF 2023
Khadeeja dan kawan-kawan sibuk merekabentuk jambatan

KLAF 2023
Antara hasil kerja peserta kumpulan

Alhamdulillah, Khadeeja dan kawan-kawan berjaya merangkul tempat ketiga bagi pertandingan merekabentuk bangunan! Kalau tengok sekolah lain, bukan main ramai pelajar dalam satu kumpulan tapi kumpulan Khadeeja ada 3 orang je. Jadi memang bangga la sebab walaupun hantar 3 orang wakil tapi masih tetap dapat tempat 3 teratas 😊.


KLAF 2023
Tempat ketiga rekabentuk bangunan lestari kategori sekolah rendah

Khadeeja dengan 'piala' yang dimenangi

Seterusnya untuk pertandingan rekabentuk jambatan yang disiapkan dalam tempoh satu jam, Khadeeja dan kawan-kawan berjaya merangkul naib johan! Alhamdulillah, satu kemenangan yang tak terduga sebab bila tengok design jambatan dieorang sempoi je (tapi kukuh dan praktikal) 😄.


Naib johan pertandingan merekabentuk jambatan

As parents, kiteorang tumpang gembira dan bangga dengan pencapaian anak-anak sebab ni kali pertama dieorang join pertandingan rekabentuk senibina ni, dengan takde basic design nya hihi. Tapi dieorang berjaya buatkan juri kagum dengan susun atur bangunan dan bangunan dieorang ni multi-purpose selain menekankan konsep lestari (dengan penggunaan kincir angin, panel solar dan rain catchment dalam merekabentuk bangunan). Cuma mungkin sebab dari segi praktikal tu yang lemah sikit sebab tu tak berjaya dapat tempat pertama atau kedua 🤭 .

Apapun tahniah buat anak-anak semua, terutama Khadeeja yang tak habis jetlagged lagi dah kena present rekabentuk bangunan hihi. 

Tahniah anak-anak KLC!

18 comments:

  1. Alhamdulillah!! Tahniah khadeeja!!! bagus kan join pertandingan mcm tok.. boleh nyuruh miak minat dgn STEM... nektok miak kita dh x suka STEM mungkin sbb silibus nektok yg terlalu KBAT kali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, ya lah kmk org awal2 tek sik berapa berharap sekadar berik exposure jak dengan sidaknya tapi sik sangka dapat tempat dalam pertandingan tok. Even sekolah dari Serian pun ada masuk juak.

      Delete
  2. Wahhh.. tahniah, Khadeeja. Ada talent ni jadi arkitek. Unik bentuk piala yg diterima tu. Semoga Khadeeja dan rakan² terus success ya💕

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tak minat jadi arkitek SK hehe. Betul tu, unik piala yang dieorg dapat ☺️

      Delete
  3. Wahhhh tahniah khadeeja! Dapat tempat ketiga pun dah kira hebat dah ni… sebab bukan semua orang bertangan seni…

    Kiranya ni pendedahan yang bagus untuk bakal-bakal arkitek ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, saya pun bagitau dia tempat ketiga mmg hebat la, sebab sekolah lain hantar wakil ramai, dieorg pulak bertiga je yg buat projek ni hehe. Rasanya mmg PAM buat event macam ni utk bagi pendedahan dekat pelajar2 sekolah tentang kerjaya sebagai arkitek 😄

      Delete
  4. menariknya event gini. congrats khadeeja. terbaekkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, event ni utk mencungkil bakat dan kreativiti students + bagi pendedahan tentang kerjaya sebagai arkitek 👍🏻

      Delete
  5. Congrats Khadeeja...semoga menjadi seorang arkitek yang berjaya nanti ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia nak jadi scientist engineer katanya hehe

      Delete
  6. Tahniah! Khadeeja. Alhamdulillah. Bagus budak2 sekarang.
    Design bangunan atau jambatan yang meletup atau estetik atau terlebih kreatif tak guna juga. Hehehehehe.
    Betul la tu walaupun simple design tapi yang pasti kukuh.
    Good job again.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kalau tengok jambatan orang lain memang kreatif tapi tak berapa praktikal. Agaknya sebab tu dieorg dapat tempat kedua hehe

      Delete
  7. Replies
    1. Boleh dipertimbangkan sebagai backup career kot hehe

      Delete
  8. Syukur Alhamdulillah masih juara ke tiga, kreatif juga bentuk" bangunan nya menggunakan kertas kardus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, rezeki anak-anak. Ya kreatif kan.

      Delete
  9. Bukan gampang nih utk anak seusia mereka 😍. Hebaat khadeeja bisa juga raih juara 3 👍🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah bangunannya serba-serbi, multi-function 😅

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .