Mula-mula sekali aku nak ucapkan - alhamdulillah alla kulli hal. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya, dan Allah lah sebaik-baik Perancang.

Khamis lepas, kiteorang dapat tau yang aku keguguran kali ketiga. Aku nak catatkan di sini buat kenangan sebab begitulah setiap kali aku mengandung, akan ada cerita yang perlu disimpan sebagai kenangan berharga.


malaysian hospital
View bilik hospital 

Sebenarnya sebelum ke Istanbul lagi aku dah rasa semacam je. Balik dari Istanbul aku pun buat pregnancy test - positif! Tapi kali ni aku dengan Suami Terchenta tak nak excited sangat, sebab aku kan ada sejarah keguguran tahun lepas. Ikutkan kiraan, patutnya minggu ni dah 10 minggu.


21 Disember 2023 (Khamis)

Kiteorang buat appointment di KPJ Tawakkal untuk ultrasound scan, confirmed memang kali ni pun kosong, cuma ada kantung je.

Bila dapat tau je, aku terus request nak buat prosedur D&C. Tapi doktor pakar ob&gyn yang aku jumpa dekat KPJ Tawakkal tu tak nak ambik kes aku dengan alasan dia dah nak pergi bercuti sampai hujung tahun. Mungkin jugak sebab aku ada masalah darah tinggi dan diabetes. So dia suggest aku tunggu spontaneous miscarriage atau cari doktor lain. Tapi bila aku tanya doktor mana yang dia nak rekemen dekat hospital tu jugak, dia macam mengelak pulak - alasannya, doktor perempuan nak pergi bercuti semuanya, doktor lelaki pulak selalu takde kat klinik. Eh, macam tu ye. Kecewa sikit dengan jawapan doktor ni seolah-olah nak lepas tangan dan tolak kes ke hospital lain. Macam tak berbaloi je bayar RM250 semata-mata nak dengar jawapan 'carilah doktor lain di hospital lain'.

Aku taknak tunggu spontaneous miscarriage sebab pengalaman tahun lepas bila tunggu keluar bleeding, tiba-tiba aku kena Covid dan prosedur D&C terpaksa ditangguhkan. Bila dah lama sangat bleeding dalam wad, tiba-tiba kena jangkitan kuman dalam darah (sepsis). Masa aku dapat jangkitan kuman dalam darah tu, tekanan darah aku naik tinggi mendadak, kalau tak silap aku sampai cecah 190/108 paling! Tu dah level strok sebenarnya. 

Jadi aku lebih prefer buat prosedur D&C, kalau apa-apa berlaku masa tengah prosedur at least ada doktor yang monitor. Risau jugak sekarang kan tengah musim Covid, jadi kalau tunggu spontaneous miscarriage tiba-tiba kena Covid lagi memang takde la hospital nak admit kecuali HKL kot, dan aku jujurnya dah trauma nak ke sana huhu.

Lepas jumpa ob&gyn yang pertama tu, kiteorang pun call mana-mana hospital untuk cari doktor lain yang available. Suami Terchenta call Pusrawi, aku call KPJ Ampang Puteri. Alhamdulillah, jumpa pakar ob&gyn yang ada slot kosong hari tu jugak - Dr Marlik Abu. Klinik kata boleh terus datang pagi tu, jadi tanpa berlengah-lengah, kiteorang pun pergi ke KPJ Ampang Puteri.

My first impression bila jumpa Dr Marlik - Masha Allah, Allah dah aturkan sebaik-baiknya sebab Dr Marlik ni sangat la knowledgable! Dia tanya soalan yang sangat-sangat detailed sampai sejarah sebelum kahwin dan sejarah perubatan mak dan bapak aku pun dia siasat. Lepas tu bukan je dia consult pasal hal-hal melibatkan sakit puan dan sejarah mengandung, in fact consultation dia menyeluruh sampai la ke penyakit diabetes dan darah tinggi yang aku hidapi sekarang ni. Dia siap rekemen ubat apa yang sepatutnya aku ambik untuk penyakit diabetes dan darah tinggi. Sampai aku pun confuse - aku ni jumpa pakar ob&gyn ke atau pakar endokrinologi? 😅 

Agak lama jugak dia bagi penerangan tentang masalah kesihatan aku, lepas tu barulah dia buat ultrasound scan. Cara dia scan pun agak berhati-hati dan terperinci. Lepas scan, dia terangkan dekat kiteorang berdasarkan volume dalam kantung tu, dia buat kesimpulan "the fetus stopped developing because there was extra chromosome". Kalau la Allah izinkan jugak pregnancy tu menjadi, kemungkinan besar anak kiteorang ni akan menghidap Down Syndrome. 

Jujur aku cakap setakat 3 kali aku keguguran, belum pernah ada doktor yang betul-betul explain kenapa pregnancy aku berakhir dengan keguguran. Selalunya alasan yang aku terima - denyut jantung tiba-tba berhenti dan blighted ovum (telur rosak). Tapi kali ni Dr Marlik bagi alasan yang terperinci - baby terlebih kromosom jadi pertumbuhan pun terbantut.

Sebelum buat prosedur D&C, dia explain tekanan darah aku perlu stabil dulu. Jadi dia refer aku ke doktor pakar endokrinologi, Dr Sharifah Sakinah. Dr Sakinah ni pun aku suka jugak - stail dia keibuan, dan dia sangat positif orangnya. Atas nasihat Dr Sakinah, aku kena admit wad malam tu jugak supaya dia boleh monitor tekanan darah aku sebelum dia decide sama ada aku dah selamat untuk buat prosedur D&C.


22 Disember 2023 (Jumaat)

Tekanan darah masih belum berapa stabil. Tengahari tu masa nurse datang check suhu badan, aku demam sikit (37.7℃). Alamak, risau pulak takut jangkit dengan Khayla 😰. Tapi aku tak rasa demam pun. Dr Sakinah tukarkan dos ubat. Lepas tu lab report keluar - rupa-rupanya ada jangkitan kuman sikit. Mungkin sebab tu badan panas. Dr Sakinah bagi antibiotik pulak. Malam tu suhu badan aku normal balik. Tak jadi panik. Dr Sakinah bagi green light boleh proceed buat prosedur esoknya, alhamdulillah.

Malam tu jugak, pakar bius datang sekejap tanya aku ada alergik ubat bius ke tak. Setau aku memang takde. Lepas tu aku dan Suami Terchenta kena sign borang pelepasan untuk prosedur bius.

Oh ya, sepanjang aku kena admit, kakak aku tolong jaga anak-anak kat rumah sebab Khayla masih lagi kena kuarantin. Kalau tak memang kakak suruh angkut je dieorang ke rumah dia. Suami Terchenta la temankan aku kat hospital sebab dia kena berurusan dengan bahagian insurans/pembayaran dan ada borang-borang kebenaran yang perlukan tandatangan suami jugak.


23 Disember 2023 (Sabtu)

Pagi tu hospital hantar sarapan pagi awal sikit sebab kena start puasa dari pukul 7 pagi. Minum air pun tak boleh. Sepatutnya pukul 10 pagi Dr Marlik datang masukkan ubat induce untuk cepatkan bukaan pintu rahim dan ubat tahan sakit - tapi dia datang pukul 9 pulak. Kelam-kabut Suami Terchenta kena balik dari sarapan di luar (kafe hospital tak bukak pulak hari Sabtu) sebab Dr Marlik takkan masukkan ubat tanpa kehadiran suami sekali. Lepas masukkan ubat, aku kena tahan kencing selama sejam. Dah la bilik wad sejukkkkk. Lepas sejam je terus aku pegi toilet. Legaaaa haha.

Start pukul 10.30 dah rasa sakit contraction tapi sangat-sangat mild macam kena period cramp je. Tak macam masa kat HKL dulu - sakit tak boleh bawak bincang. Bila mintak painkiller nurse tak nak bagi sebab dah bagi panadol katanya. Panadol untuk demam, manalah dapat tahan sakit contraction huhu. Bila doktor datang check petang tu nampak aku dah kesakitan teramat sangat baru nak bagi injection painkiller. Fuhhh... ngeri betul bila diingatkan balik sebab takut sangat tekanan darah aku masa tu naik mencanak-canak sampai kena strok. Syukur sangat kali ni aku ada rezeki boleh pilih untuk buat D&C.

Pukul 12.30 tengahari, nurse tolak katil ke bilik OT. Sepanjang perjalanan tu, aku beristighfar banyak-banyak dan mengucap beberapa kali sebab dah lama tak masuk bilik OT sejak melahirkan Khadeeja. Seriau beb! Sampai sana, nurse mintak pengesahan tandatangan aku, lepas tu barulah Dr. Arul (pakar bius) datang untuk cucuk branula (jarum untuk masukkan ubat bius) kat belakang tapak tangan kiri aku. Masa ni aku siap mintak doktor buat sekali je tau, haha. Adoi. Trauma dari pengalaman di HKL tu tak habis-habis lagi sebab kena cucuk banyak kali dua-dua belah tapak tangan pulak tu. 2 minggu tangan aku bengkak tau.

Tapi itulah bezanya doktor pelatih dengan doktor pakar. Doktor pakar cucuk sekali je dah terus jumpa saluran darah walaupun tak berapa nampak sangat kat mata kasar. Dah la dia buat tak sakit tau, pedih sikit je la macam ambik darah biasa. Bukanlah aku nak perlekehkan skill doktor pelatih, sebab doktor pakar ni pun bermula dari seorang doktor pelatih yang buat silap jugak. Cuma aku tak sanggup tadah tangan aku ni berkali-kali untuk jadi latihan amali huhu.

Lepas masukkan branula, aku pun ditolak masuk ke wad OT. Dekat situ, nurse pun bagitau aku - ok kak, baca selawat, baca bismillah kita nak masukkan ubat bius sekarang. Time ni memang aku tak berhenti-henti mengucap lagi-lagi time masukkan ubat bius tu agak sakit jugak, terasa pedih bila ubat tu masuk dalam saluran darah. Itu la benda terakhir yang aku ingat. Tau-tau aku dah sedar lepas prosedur. Perasaan bangun lepas kena bius tu macam baru bangun dari tidur yang sangat lena. Sayup-sayup aku dengar nurse panggil nama aku, bila aku bukak mata dia bagitau - ok kak, dah selamat semuanya. Alhamdulillah.

Bila nampak aku dah sedar, tekanan darah pun stabil, barulah dieorang tolak aku masuk balik ke wad maternity. Sepanjang hari tu aku tidur je la sebab rasa lemah sikit lepas prosedur. Biasalah bila buat surgery macam ni, banyak la darah yang hilang jadi badan rasa lemah. Tapi rasa sakit contraction tu dah hilang, syukur Alhamdulillah.


24 Disember 2023 (Ahad)

Alhamdulillah, kiteorang dibenarkan balik. Terima kasih banyak-banyak kepada Dr Marlik, Dr Sakinah, Dr Arul dan semua nurse yang menjaga aku masa dekat wad. Lepas ni aku akan teruskan berjumpa dengan Dr Sakinah untuk rawatan penyakit kencing manis dan darah tinggi. Silap aku sebelum ni tak jumpa dengan doktor pakar tapi cuma dapatkan ubat dari klinik biasa. Rupa-rupanya ubat yang aku ambik dari klinik selama ni kurang sesuai dengan badan aku. Jadi sebaik-baiknya berjumpa dengan doktor pakar untuk khidmat nasihat pakar yang lebih khusus.


Dr Marlik
Dengan Dr. Marlik. Tapi dia dah nak bersara tahun depan huhu...

Alhamdulillah, ramai kawan yang bertanya khabar bila tau aku keguguran lagi. Tahun lepas aku sebenarnya sangat sedih bila dapat tau kandungan tak menjadi walaupun pada zahirnya aku ucapkan alhamdulillah. Tapi tahun ni mindset aku berbeza sikit - thanks to Palestinians! Aku banyak belajar dari sikap bersyukur rakyat Palestin yang kehilangan anak-anak dalam serangan Israel - dieorang tak berhenti-henti ucapkan syukur kepada Allah dan redha anak-anak mereka gugur sebagai syahid. 

Aku bersyukur diberi pengalaman mengandung sebanyak 5 kali walaupun 2 kali je kandungan aku selamat dilahirkan. Sebab orang macam aku yang ada PCOS ni sebenarnya sangat-sangat susah dapat peluang mengandung! Aku ni dikira bertuah sebab Allah pilih untuk diberi rezeki anak dalam keadaan aku ada PCOS. Aku percaya apa yang Allah tarik balik, Dia akan gantikan dengan yang lebih baik lagi Insha Allah 🥰.

52 comments:

  1. semoga semuanya baik baik sahaja... makan makanan yang berkhasiat dan ambil vitamin seperti yang doktor sarankan okay... yang penting kena kuat semangat. Selalu ingat orang yang tersayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah, lepas ni bertekad akan jaga kesihatan dgn lebih bersungguh2.

      Delete
  2. Semoga yg baik2 saja.. Cepat sembuh ya....

    ReplyDelete
  3. semoga semunya baik2 dan cepat sembuh. take care ye carneyz
    ada hikmahnya.
    Allah maha pengatur.

    ReplyDelete
  4. take care. i memang pergi kpj ampang putri utk apa2 treatment pun..esp my zharfan dan my hubby. so far puas hati dgn kpj ampang putri

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ MZ. Aah setuju dgn MZ, puas hati dgn servis & kemudahan di kpj ampang puteri.

      Delete
  5. Semoga Allah memelihara akak sentiasa. Allah sayang akak <3

    ReplyDelete
  6. Allahu.. ngerinya baca pengalaman Carneyz. Syukurlah dalam pada Carneyz perlu menjalani rawatan, suami Carneyz pun nampak dah sihat dari sakit pinggangnya tu.

    Semoga Carneyz terus sihat walafiat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah kurang sikit sakit pinggangnya tu walaupun kadang-kadang dia mengadu lenguh kalau duduk lama sangat. Terima kasih SK

      Delete
  7. Mungkin ada hikmahnya Carneyz....macam adik sis....dr bagi ubat untuk mengeluarkan kandungan kat dalam tu. Kata adik....even keguguran macam ni pun kena berpantang macam orang berpantang. Adik la berpantang macam orang berpantang. Moga semuanya dipermudah untuk Carneyz ya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, skrg ni tgh berpantang, kena pakai stokin tebal & minum teh halia bagi panas badan. Masa cuti asben tolong masak sup ayam dgn sayur tumis simple2 je utk makanan pantang. Hari ni pulak saya order makanan pantang dari zara halal confinement food sebab tahun lepas dah penah order. Datang sekali dgn minuman herba elok utk bagi darah keluar lancar. Esok maybe nak panggil orang datang urut pulak.

      Delete
    2. Moga dipermudah untuk Carneyz...jaga diri ya....

      Delete
  8. Allahu... duhal ktk miscarriage agik... xda rezeki kali tok... tp alhamdulillah semuanya dipermudahkan... kmk baca pun nang rasa lega juak bila ktk jumpa dr marlik dan dr sakinah ya... nang sgt membantu dan memudahkan patient.. apapun take care, cepat bait dan selamat berpantang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya lah, kotan kmk seriau dgn pengalaman tahun lepas ya lah kmk insist juak polah d&c bila tauk miscarriage lagik. Ada hikmah kenak reject dengan kpj tawakkal sbb lekak ya nemu doktor lagi bagus di kpj ampang puteri.

      Delete
    2. Semoga tahun 2024 tok baik² ajak utk ktk sekeluarga.. mudahan ada rezeki lebih bagus gik akn dtg bergolek 🤲🏻

      Delete
  9. Semoga semuanya baik-baik saja, Mbak. Dan Mbak tetap tabah dan segera kembali sehat walafiat.
    Semoga Allah mengganti dengan yang lebih baik.

    Salam,

    ReplyDelete
  10. Dapat doktor ok, nurse ok dan persekitaran ok mmg banyak membantu untuk pesakit darah tinggi. Apa2 pun syukur alhamdulillah semoga sis sihat selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu Kak fzy. Memang tekanan darah saya masa kat hospital elok je, tu yg terus boleh buat prosedur D&C.

      Delete
  11. Alhamdulillah dipertemukan dengan doctor yang baik lagi berpengetahuan luas. Tak ramai O&G yang macam ni…
    Selamat berpantang. Jaga diri baik2 naa…. Syafakillah…

    ReplyDelete
  12. Alhamdulilah selamat semuanya ..
    Lepas ni bukak kad kat KPJ jerr Karni macam Sis, anak beranak semua KPJ, bukan sebab medical kad tapi servis layanan yang di sediakn .. moga Karni terus sihat ..

    Pstt nampak Jun tembam sikit ekk hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee... lepas ni plan nak continue je dgn Dr Sakinah di kpj ampang puteri ni utk rawatan diabetes & bp. Tu muka sembap sislin, tido pukul 3 sebab dia buat kerja malam tu hehe

      Delete
  13. Na baru first time berkunjung ke sini. Semoga cepat sihat sis.

    ReplyDelete
  14. Take care, semoga cepat sembuh...

    ReplyDelete
  15. Allahu, SA baru tau ni...salama takziah Carneyz, semoga cepat sembuh ye...jaga kesihatan tau

    ReplyDelete
  16. Salam takziah. Semoga semuanya baik-baik. Semoga cepat sembuh. Jaga diri. Selamat berpantang.

    ReplyDelete
  17. Ya Allah kakaaak, saya baru tahu 😔. Tapi memang banyak bersyukur, karena kita harus yakin, segala sesuatunya pasti sudah yg terbaik yg Allah berikan 🤗❤️. Syukurlah Kaka dah bisa balik rumah juga yaa.

    Dan semoga lancar utk pengobatan diabet dan darah tinggi nya ☺️

    ReplyDelete
  18. Allahuakbar... semoga cepat sihat, Carneyz. Ye, memang ada hikmah di sebaliknya. Bagusnya doktor, bagi penerangan terperinci.
    Saya dulu pernah buat D&C, di Hospital Pusrawi. Kandungan pertama. Masa tu, baru kahwin. Allah nak beri yang lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, samalah kita Nur. First pregnancy saya pun keguguran jugak dan buat D&C di Hospital Pusrawi.

      Delete
  19. Allah baru dapat baca citer2 kengakawan.. baru tau awak DnC... baru tau awak warded.. semoga karni n jun sentiasa hepi dengan 2 kurniaan yg dah diberi.. semoga lepas ni awak sentiasa sihat2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah 2 tahun berturut2 ni keguguran. Doktor kata dah tak payah mengandung, bahaya dengan diabetes & darah tinggi lagi. Dia suruh kuruskan badan dulu baru boleh pregnant lagi kalau nak hehe

      Delete
  20. salam takziah.......smoga ada rezeki tahun baru plak nanti...ada hikmah disebalik smuanya...apa2pun take care & slamat berpantang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sis. Alhamdulillah, dapat merasa mengandung umur macam ni pun dah rasa bahagia walaupun sekejap.

      Delete
  21. Alhamdulillah.. Diberikan rezeki bertemu dengan doktor yang baik dan memberi penerangan menyeluruh.. Setiap yang berlaku tu pasti ada hikmahnya.. Semoga terus diberikan kesihatan yang baik.. Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen YRA 🤲🏻 semua yg berlaku adalah perancangan Allah yg sebaik-baiknya.

      Delete
  22. Memang ada hikmahnya keguguran ni kan..bukanlah kita tak terima anugerah Allah, tapi kalau ditakdirkan anak tu selamat dilahirkan risau juga keadaan anak tu bila kita tua nanti, bila ktia tak ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Ammi, Allah lebih tau apa yg kiteorg mampu nak handle dan apa yg kiteorg tak mampu nak handle. Sejujurnya, saya pun risau jugak kandungan hari tu ada Down Syndrome sbb mengandung pada umur 40an dalam keadaan ada diabetes dan darah tinggi.

      Delete
  23. Salam. Saya searched for D&C and came across your blog. We share similar experience, saya pon diagnosed with blighted ovum dan buat D&C last year di HUKM. Boleh saya tanya berapa total pricing for D&C di Ampang Puteri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Kos D&C saja tak termasuk duduk dekat wad dalam RM7k+, ni termasuk caj specialist dan pakar bius.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .