Blue Mosque, Istanbul
Kenangan di Blue Mosque, Istanbul

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah!

Hari ni genap 17 tahun usia perkahwinan aku dan Suami Terchenta 💕.  Tahun ni sambutan cukup bermakna bila Suami Terchenta belanja percutian keluarga ke Istanbul, Turkiye dan selit sekali trip ke UK menziarahi sahabat baik aku di sana. Syukur kepada Allah sebab menunaikan impian aku ke 2 buah negara di Eropah ni 😊. Maaf belum sempat nak sort out gambar-gambar percutian sebab tu belum upload lagi cerita jalan-jalan di sana. Nanti penat dah hilang dan rumah pun dah tak macam tongkang pecah, Insha Allah ceritanya akan menyusul hihi.

Hari ni jugak anak-anak menyambut hari lahir ke 13 dan 11 tahun. Bila aku tanya tahun ni nak hadiah apa? Dua-dua jawab - we want peace and freedom for Palestine! 🥹 Lepas tu si adik menambah, 'Oh, nak celebrate birthday kat sekolah jugak 🤭'. Adik ni masih kebudak-budakan tapi si kakak dah matang. Cepatnya awak membesar, kakak! Walaupun agak mustahil untuk mommy dan Bapak bagi hadiah yang korang mintak (kecuali beli kek birthday untuk hantar ke sekolah adik), tapi kami tetap tak putus asa mendoakan keadilan untuk rakyat Palestin di dunia ni. Sepanjang bermusafir, aku ambik kesempatan untuk mendoakan Palestin sebab salah satu doa mustajab ialah doa seorang musafir 🤲🏻. Insha Allah, takde yang mustahil untuk Allah. So your wish will come true!

Mohon doa rakan-rakan blogger semua untuk kebahagiaan yang berpanjangan buat keluarga kecil kami, dan semoga rakyat Palestin beroleh kebebasan dari kekejaman yang dihadapi mereka, Ameen Ya Rabbal Alameen! 🤲🏻

Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke-17 kepada Suami Terchenta dan selamat hari lahir buat anak-anak!

42 comments:

  1. Happy anniversary to both of you 💐
    And happy birthday to the girls 🥳
    Ya, kita teruskan berdoa, janji Allah itu pasti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih PH 💕 Insha Allah, kemenangan buat mereka.

      Delete
  2. Semoga kalian semua berada di dalam rahmat Allah.
    Happy birthday twinny of different ages..

    Semoga Allah beri keadilan dan kemenangan buat saudara kita di Palestine

    ReplyDelete
    Replies
    1. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 🌸
      Terima kasih Ammi. Insha Allah, ganjaran buat mereka atas kesabaran menghadapi ujian dari Allah tanpa putus-asa sikit pun.

      Delete
  3. Selamat berbahagia buat kalian berdua dan juga buat anak"..juga kedamaian buat saudara"kita di Palestine.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mreneyoo 🌸 اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 🤲🏻

      Delete
  4. Wow! Big 17!

    Uncle tumpang bahagia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak dapat lawan Uncle lagi hehe. Alhamdulillah, terima kasih Uncle

      Delete
  5. Happy Anniversary. Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan jannah..aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 🌸
      Terima kasih sis ☺️

      Delete
  6. Happy anniversary & happy birthday....semoga bahagia hingga ke jannah..raikan cinta...amiin2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih nohas 🌸 اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 

      Delete
  7. Selamat ulang tahun perkahwinan...moga terus bahagia hingga ke Jannah....aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih mrhanafi 🌸 اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 

      Delete
  8. happy anniversary!! bestnya dpt celebrate kat obersi!!! i doakan u and ur hubby bahagia hingga jannah!!! moga2 i pun dpt gak celebrate kat tmpt special thn dpn sempena anniv ke 20 (2024)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih MZ 🌸 Alhamdulillah atas rezeki Allah 😊 Insha Allah, semoga hasrat MZ nak celebrate anniversary ke-20 tahun depan dekat tempat special tercapai 🤲🏻

      Delete
  9. Happy anniversary buat Carneyz dan suami, juga salam ulang tahun buat anak-anak. Moga ikatan kekeluargaan bertambah erat.
    Sama-sama doakan agar perjuangan saudara kita di sana akan mendapat keadilan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak Amie 🌸 اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 

      Delete
  10. Happy 17th anniversary Carneyz n suami... Semoga bahgia selalu...
    Happy birthday jugak kiddos, semoga terus cemerlang ya...
    Tak lupa juga utk saudara kita di palestin, semoga mereka terus tabah dan diberi kemenangan kelak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Linda 🌸 اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 

      Delete
  11. Selamat merayakan hari pernikahan yang ke 17 ya Mbak. Semoga Mbak dan suami selalu bersama dalam suka dan duka mengarungi kehidupan.

    Selamat ulang tahun juga buat 2 puteri tercintanya. Luar biasa hadiah yang diinginkan mereka berdua "we want peace and freedom for Palestine!"

    Akhir kata, semoga keluarga Mbak selalu dalam lindungan Allah dan selalu penuh berkah.
    Tak lupa titip salam hormat untuk suami Mbak dan kedua puteri Mbak.

    Salam,

    ReplyDelete
  12. Ramai sungguh yang bercuti ke Turkiye.. kami pernah pergi ke Thai shj ni.... hihi

    ReplyDelete
  13. Happy anniversary ktk dgn Mr Jun!!! Nang dekat² anniv kita tahun jak x sama.. alhamdulillah dah 17 thn dah.. semoga terus bahagia #tilljannah 😍

    Sik sabar nk ngu cerita turkiye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kakmim! Yalah, dekat sama duhal tarikh anniversary kita kan. Semoga sama2 kita bahagia #tilljannah 🤲🏻

      Delete
  14. Semoga Allah sentiasa merahmati akak sekeluarga dan dikumpulkan bersama di syurga kelak

    ReplyDelete
  15. Tertunggu citer Carneyz kat Istanbul dan UK ni......Satu hari Palestin akan bebas......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama pulak jetlagged nya ni haha. Ni dah mula sikit2 keluarkan cerita 🤭

      Delete
  16. congratulations to both of you on reaching a milestone built with years of love and trust!
    cheers to an amazing future together!

    to khayla & khadeeja, have a day as awesome as you are!

    ReplyDelete
  17. Happy anniversary kepada Carneyz dan suami, semoga kekal bahagia ke jannah.
    Seronoknya, dapat hadiah melancong oversea. Tumpang seronok. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nur, atas doanya. Alhamdulillah tak sangka betul hadiah tahun ni dapat pergi melancong ke negara orang :)

      Delete
  18. happy anniversary carneyz & husband...smoga bahagia till jannah

    ReplyDelete
  19. Happy 17th anniversary...Moga bahagaia disamping yang tersayang..insyallah aminn

    Best nya dapat travel with family..

    ReplyDelete
  20. Walopun telat sangat, tapi saya nak juga ucapkan happy wedding anniversary kak Carneyz 🎉🤗. Semoga hubungan kalian selalu dijaga dan dilanggengkan oleh Allah, banyak diturunkan rezeki juga.

    Senangnyaaaa bisa ke Turkiye dan UK sekaligus 😍😍. Tak sabar baca cerita Kaka di UK. Ga jadi2 saya nak kesana 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Fanny 🤗 sekarang tengah kumpul mood lagi nak bercerita tentang trip Turkiye dan UK hihi

      Delete
  21. Happy Belated 'Birthday Khayla & Khadeeja" dan Anniversary for Jun & Karni. Take care.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .