Wednesday, November 22, 2023
Wordy Wednesday - Surat Terbuka untuk Khadeeja Sempena Hari Kanak-kanak Sedunia
Hari Kanak-Kanak Sedunia telah diiktirafkan pada 20 November setiap tahun. Tahun ni, tema Hari Kanak-Kanak Kebangsaan ialah "Hak Kami, Masa Depan Kami".
Hari ni, sekolah Khadeeja buat Hari Kanak-kanak Sedunia dan solidariti bersama kanak-kanak P*lest*n. Salah satu acara yang pihak sekolah mintak ibu bapa buat ialah menulis sepucuk surat kepada anak masing-masing untuk menyampaikan mesej tentang kasih sayang dan harapan.
Ni la surat yang aku karangkan bagi pihak keluarga kami untuk anakanda tercinta, Khadeeja. Surat ni akan dibaca oleh Khadeeja di sekolah di depan kawan-kawan dan pelajar lain pun akan bacakan surat dari ibubapa masing-masing.
Sebenarnya dari anak-anak masih baby aku suka menulis surat untuk dieorang setiap bulan supaya aku tak lupa perkembangan dieorang sewaktu membesar. Aku berhenti tulis surat untuk dieorang bila dah start PJJ sebab dah takde masa menulis bila kena jadi single working mom.
Kalau nak baca surat-surat yang aku tulis untuk anak-anak, boleh pergi dekat tab di atas bawah Personal Story > Letters to My Children. Ada tak mak-mak macam aku ni yang tulis surat untuk anak-anak jugak? Korang tulis dekat blog atau helaian kertas? Boleh kongsi di komen 😊.
bagusnya.. x pernah plak tulis surat mcm ni kan..
ReplyDeleteSA pernah buat sekali...kena marah ngan Dania sebab jiwang sangat..hahahaha
ReplyDeleteOh... baru tau ada 'Wordy' Wednesday
ReplyDeleteSis takde buat surat macamtu, tapi Sis menulis diari, sampai sekarang masih..
ReplyDeleteSo nanti kalau Sis takde di dunia ni, anak-anak ke suami ke bolehlah baca.. segala emosi harian Sis curahkan..
Kak Sue tak ada tulis surat pun, cuma kalau hari lahir anak-anak, Kak Sue suka tulis kat blog. Nanti kalau Kak Sue dah tak ada boleh anak-anak baca kat sana..
ReplyDeleteTak pernah buat surat untuk anak2
ReplyDeleteMenarik idea ni. Teringat filem Kuch Kuch tu :D
ReplyDeletekmk sarankan tulis surat kedak tok pada hari lahir mereka....tulisan tangan baru nampak gempak...lepas ya publis dalam blog sebagai arkib
ReplyDeleteDulu ada buat blog untuk anak2 tapi stop halfway. Bagus ni.
ReplyDeletewahhh bagus ni. nanti boleh compile jadikan sebuah buku👍👍👍
ReplyDeletetggu ada anak kot nnt baru sy tulis. tp tulisan sy mcm cakar ayam🤭😁
suka baca luahan hati & harapan ibubapa pd anak-anak...
ReplyDeleteMZ tak tulis surat utk anak2 tp biasanya MZ akan cari masa utk sembang2 heart to heart gitew
ReplyDeleteTak terpikir malah menulis surat seperti ini kak 😅. Tapi bagus juga kan, bisa untuk melihat perkembangan anak dari bulan ke bulan ❤️
ReplyDeletesemoga khadeeja terus berjaya dunia akhirat
ReplyDeleteAwww sweetnya ayat2 Carneyz. Harap2 Deeja tahu Carneyz dan suami menyayangi Deeja sangat2.
ReplyDelete