Quran quote
Sumber imej: Pinterest

Sekarang dah masuk hari ke-25 sejak peristiwa di bumi Anbiya bermula. Ramai dah saudara kita di sana telah dijemput menjadi penghuni syurga, Alhamdulillah. Tapi pada masa yang sama, ramai lagi yang masih menjadi mangsa keganasan dan berjuang untuk terus hidup.  

Jujur cakap - mood blogging aku lately jatuh teruk mengenangkan dieorang yang masih terus terus-menerus dibedil, ditindas dan dinafikan hak kemanusiaan di sana. As someone yang ada anxiety, it hurts to see their sufferings. Aku struggle untuk ingatkan diri-sendiri yang semuanya dalam perancangan Allah bila tengok anak-anak kecik terkujur tak bernyawa. 

Cuma dengan menghayati Al-Quran, hati jadi tenang dan keyakinan menjadi teguh. 

First, comes the trial. Second, comes the patience. And finally, with your perseverance and faith the hardship will end.

Sekarang ni, kita masih dalam fasa bersabar dengan ujian yang Allah turunkan. Kena sentiasa remind myself - Jangan cepat melatah, Carneyz! Teruskan berdoa, teruskan bangun malam, teruskan mengingati dieorang dalam setiap amal jariah sebab dengan amalan dan doa yang berterusan (perseverance) dan keyakinan dengan ketentuan Allah (faith), kesulitan ni akan berlalu. Berpegang teguhlah pada janji Allah, bahawa ganjaran dan kemenangan yang besar menanti orang-orang yang bersabar.

And that you emerge from your sorrow unscathed, without tumbling.

28 comments:

  1. Sedih mengenangkan nasib saudara kita kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Wak, rasa disiat2 hati ni tengok kesengsaraan dieorg. Pemimpin Islam pulak sekadar manis di bibir kutuk kekejaman tapi takde tindakan yg tegas. Betul la dunia ni wayang semata2.

      Delete
  2. Sabar itu buahnya manis tetapi dalam menempuh sabar itu dipenuhi dengan kesakitan dan merobek jiwa.
    Betul, mood untuk berblogging memang jatuh. Siang, malam, pagi dan petang mengikuti perkembangan di sana dan hanya mampu mengirim doa agar penghujungnya memihak kepada saudara kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sama, walaupun sakitnya Allah je tau tapi saya tetap ikuti perkembangan di sana dengan harapan dah sampai masanya arus bertukar menghampiri keadilan buat mereka. Terus berharap dan berdoa!

      Delete
  3. kak ana kadang rasa tak mampu dah nak tonton penderitaan dan kesengsaraan saudara kita di sana, hanya Allah swt yang mengetahui akan setiap kejadian dan kita teruskan berdoa untuk mereka ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak Ana, memang saya skrg ni kena ingatkan diri-sendiri berulang2 kali yg semua ni dalam perancangan Allah yang Maha Sempurna, kita ni je tak nampak sebab belum masanya Allah tunjukkan pada kita. Wallahualam.

      Delete
  4. Replies
    1. Semoga kita semua tak jemu dan tak berputus-asa mendoakan mereka di sana.

      Delete
  5. Memang sedih. Doa berterusan buat Palestine.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, masih berharap akan ada kuasa besar yang akan menolong mereka.

      Delete
  6. Di sini kita masih bisa tertawa lepas, dan bebas sementara mereka di sana penuh dengan duka ,hanya doa yg bisa di panjatkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita yang tengok video2 tu pun rasa sakit dan sedih, apa lagi mereka yang melaluinya.

      Delete
  7. jgn putus asa doakan saudara2 kita di sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. إِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ , اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 🤲🏻

      Delete
  8. Semoga kesabaran kita bertemu kemanisan Dan keindahannya di kemudian hari.. #palestinewillbefree Allahuakbar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah, kemenangan tu pasti buat orang2 yang bersabar 🤲🏻

      Delete
  9. semoga israel laknatullah akan terhapus dari muka bumi ini. Insya Allah... Takbir!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Allah berikan hidayah buat kita semua. Ameen YRA 🤲🏻

      Delete
  10. Apapun kita memang harus selalu percaya dengan ketentuan yang sudah dibuat Allah. Sudah tertulis semuanya dalam lauhul Mahfudz. Walopun memang saya pun sediiih sangat liat anak2 hewan peliharaan yg menjadi korban 😭.

    Bikin mood stiap pagi drop kalo dah melihat berita ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, semuanya dalam perancangan Allah Insha Allah, Dia sebaik2 perancang. Ya, sedih sangat tengok penderitaan mereka. Bukan manusia je yang jadi mangsa, kucing dan haiwan peliharaan yg lain pun jadi korban.

      Delete
  11. Doa senjata org muslim.. ya jak kita mampu dr kejauhan tok... nang ada anak kmk no 2 ya nanyak kenak kita x antar jak askar kita mcm misi malbat ke palestine nun bu.. hmm... mun boleh mesti malaysia dah antar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Allah berikan hidayah dgn pemimpin2 negara supaya tergerak hati dan tangan sidak utk menghentikan penindasan tok 🤲🏻

      Delete
  12. Semoga umat Islam terus kuat membantu Gaza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 🤲🏻

      Delete
  13. Berinfaq bila ada, berdoa dan cuba boikot mana yang dirasakan mampu. Itu sajalah yang mampu ammi lakukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebagai rakyat kecil, itulah yg kita mampu buat setakat ni.

      Delete
  14. From The River to the Sea, Palestine Will be Free

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah bersama-sama dgn orang2 yg beriman dan bersabar 🌸

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .