Salam Selasa semua,
Hari-hari bangun tidur mengharapkan ada perkembangan positif di bumi Anbiya tapi mungkin Allah belum lagi mengizinkannya. Selagi belum ada sinar kejayaan untuk genjatan senjata kekal dan kebebasan untuk rakyat di sana, selagi tu la kita kena terus berdoa dan berharap rahmat Allah buat mereka. Allah tidak membebankan mereka lebih dari apa yang mereka mampu, jadi bayangkanlah betapa kuatnya iman mereka menghadapi ujian dari Allah ni kan? Semoga tak lama lagi ada berita gembira dari Allah untuk kita semua terutama untuk rakyat di sana.
Kalau dah terlalu stress tengok video-video anak-anak kecil dibun*h tanpa belas kasihan oleh rejim z!onis, selalunya depa berdua ni la aku cari untuk release stress. Tengok la ni, hari-hari kerja dieorang makan, main, tidur. Repeat hari-hari pun tak bosan haha. Port lepak pulak, kadang-kadang atas kerusi meja makan, kadang-kadang depan pintu, kadang-kadang bawah meja. Ikut suka dieorang.
Lepak atas kerusi meja makan |
Kiera tu makin hari dah makin montel macam abang dia. Tapi dia masih tak suka dipegang. Tengok boleh, belai boleh, jangan dukung dan riba je. Mesti menggeletis nak lari. Bak kata Suami Terchenta, macam ulat 😂. Louis macam biasa, control cool je. Sekarang tengah fasa pantang nampak pintu rumah terbuka, mulalah nak dia berlari keluar nak tengok dunia kat luar. Tapi kalau jerit 'wet food!' laju je dia berlari masuk balik sebab aktiviti favourite dia masih lagi makan! 😅 Macam tu la peel kucing-kucing di rumah ni yang menghiburkan.
Sama, kadang mmg sengaja buat benda lain utk alih perhatian dari fikirkan keadaan di sana. Bukan lupa, tetap ikut perkembangan dan berdoa setiap kali teringat tapi kadang hati x kuat nak tengok penderitaan mereka 😭 Allahu musta'an 🤲
ReplyDeleteSama dgn Tot, makan tetap no 1 w/pun dah pandai keluar dating:D
Seram tengok video2 ni tapi baru2 ni tengok 'Isnotreal' ni main tembak je penduduk ynag dah mereka tangkap. mula2 ikat, tolak masuk lubang kemudian tembak. Kalau menguit lagi dia tembak lagi....terkejut tengok kekejaman tu.
ReplyDeleteLouis macam nama kucing saya....
ReplyDeletetenguk telatah meow2..hilang rasa stress....doa kita utk mereka di Palestin..
ReplyDeleteKucing aka pusak adalah haiwan yang boleh dijadikan terapi minda dan jiwa...untuk informasi di Palestin perlu hati kuat untuk menonton video atau baca berita....moga kita terus menerus berdoa kemenangan buat mereka
ReplyDeletex sampei hati nak nangga video miak kecik di sinun.. mun rasa nak nangga, tangga juak tp pasya alu scroll laju² nang pengempang israhell ya bah
ReplyDeleteKucing memang terapi yg bagus banget ..mengalihkan stress,di rumah ada baby kucing yang sangat manja😻baru berumur mungkin 1 bulan...
ReplyDeletedoa dan harapan tak pernah putus "buat mereka di sana
amboii santai2 ye
ReplyDeletebobok nya dua2 gerammm cik nur
satu terapi juga tu
ReplyDeleteComelnya dua2 ni...kalau dapat kat SA ni..confirm SA gomol...
ReplyDeleteSaya tak boleh tengok video atau cerita sana. Sedih dibuatnya. Layan kucing memang bagus, boleh hilang stress.
ReplyDeleteini bukan malas2... ini tambah lemak! hehehe
ReplyDelete😁😁😁😁ada timbang x berat kiera ms memula dtg dgn berat skrg?
ReplyDeleteoh ya bln dpn ada pet show kat mid valley. free admission. kalau x silap 1-4 dis @ MVEC
ReplyDeletecute nya your cats ni ;)
ReplyDeleteIhhhh samaaa, kucing saya tak ada yg suka digendong lama. Pasti langsung mereog minta turun 🤣🤣.
ReplyDeleteTrus saya berharap ada di antara mereka yg bisa pijat..saya liat banyak video kucing sedang memijat ownernya, tapi kenapalah tak ada satu ekorpun kucing saya yg bisaaa 😂😂
Lucuu sangaaaat Louis dan Kiara .😍😍. Tak apalah kalo ketemu nanti tetep aunty belai2 bulu kalian 😄😄
Terhibur dgn gelagat kucing dlm rumah lagi2 jenis manja.. Tapi tak suka didukung tu haishh nak kene tu hahaha..
ReplyDeleteKemenangan buat rakyat palestin semakin hampir.. Hampir 3000 tentera zionis dh mati.. Beribu lagi cedera.. Dan hanya 17 pejuang hamas yg syahid..
oo adik beradik ye agaknya pak diorg lain ke sebab satu bulu panjang.. apapun dua2 sedap gomol tu
ReplyDelete