Minggu lepas aku dengan seorang lagi kawan (Jaja) berpakat nak buat makan-makan sebelum kawan kiteorang Yana melahirkan anak ke-4 tak lama lagi. Lagipun masa tu Insha Allah aku tak berada di KL jadi tak dapat nak melawat Yana dan baby nya. Yana pun bakal dalam pantang confirm la kena pantang makanan jugak hihi. Jadi baik la buat makan-makan sebelum baby dia keluar.
Kiteorang pilih tema baby shower sebagai tema makan-makan ni. Masing-masing bawak makanan - aku bawak sandwich, Jaja bawak tauhu Anora dan Yana pulak bawak gyoza (dumpling Jepun). Siap ada kek comel untuk budak-budak.
Hiasan simple je untuk jamuan kiteorang |
Bersama kawan yang diraikan |
Anak-anak kiteorang |
Alhamdulillah, makanan yang kiteorang tempah semua sedap dan laku habis. Budak-budak paling suka kek chocolate moist tu sebab memang lembap sangat keknya. Aku makan sikit je sebab agak manis bagi aku.
Yana posing dengan kek tema pink (kek tempah dari Cake Rush) |
Sandwich aku tempah dari IG: @rotitozkitchen, tauhu Anora dan gyoza (sejenis dumpling Jepun) |
Sekali-sekala berkumpul makan-makan seronok jugak. Anak-anak pun suka sampai taknak balik hehe. Dah habis makan-makan, tak banyak baki makanan yang kena bawak balik, alhamdulillah. Takut jugak kalau berlaku pembaziran. Tapi semuanya licin. Sengaja kiteorang tak tempah banyak sangat makanan sebab tau perut masing-masing tak besar mana pun 😜.
Mohon sama-sama kita doakan agar kelahiran anak ke-4 kawan aku ni dipermudahkan dan selamat semuanya, Ameen YRA 🤲🏻.
teringin nak makan2 mcm ni dgn kawan2 lama.. tp masing2 sibuk plak...
ReplyDeleteTunggu masing2 dah pencen kot baru ada banyak sikit masa hehe.
Deletecomel keknya..cantikk..selamat bersalin buat Yana..
ReplyDeleteHaah, kek birthday budak2 sebenarnya tu hehe. Ameen YRA 🤲🏻
Deletebest best potluck camni kan... nasib baik makanan semua licin ye hehehe
ReplyDeletesemoga selamat bersalin kawan nya tu :)
DeleteLama dah kita tak buat pot luck kan? 😜
DeleteUncle ni penggemar sandwich... pantang tengok sandwich macam tu!
ReplyDeleteSandwich tuna tu paling sedap Uncle 😋
DeleteSemoga sahabat Carneyz selamat bersalin nanti. Best apabila diraikan macam ni. Betul juga, boleh makan macam² sebelum bersalin.
ReplyDeleteAmeen YRA 🤲🏻 Tu la yg buat makan2 sebelum dia bersalin, lepas bersalin kena makan makanan pantang je hehe.
Deleteseronoknya masih dapat bersilaturahim dengan kawan2,kawan mak kawan anak..kebanyakkan kita bila dah bekeluarga susahnya nak jumpa termasuklah diri saya sendiri
ReplyDeleteBila dapat kawan2 suka makan, pantang ditolak bila ajak makan hihi. Termasuk la saya sendiri 😜
DeleteMoga smooth semua utk Yana. Seronok kan potluck dgn kawan2 & anak2. Rindu pulak suasana duduk Kerteh dulu.
ReplyDeleteSeronok, dapat merasa makanan yang kawan2 bawak hehe.
DeleteSemoga dipermudahkan urusan kawan Carneyz melahirkan anak ke-4 nya nanti ya, Amiiinnnn YRA.
ReplyDeleteاَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 🤲🏻
DeleteUpdate: Alhamdulillah, dah selamat lahir anak ke-4, 2 minggu lepas 😊
Semoga dipermudahkan urusan bersalin utk Yana, ibu & baby selamat & sihat 🤲
ReplyDeleteSeronoklah gather² camni, geng mak-mak je :)
Alhamdulillah, dah selamat lahir baby 2 minggu lepas PH 😊 tu la seronok sekali-sekala gathering makan2 hehe
DeleteBagus kawan2 macam ni. Boleh sembang2 dan anak2 kalau ada kecil dan yang sebaya mesti meriah dengan gelagatnya.
ReplyDeleteAlhamdulillah, lepas berhenti kerja ni jarang2 dapat berkumpul dgn kawan2 jadi kalau ada peluang tu memang seronok sgt.
Deletesmoga dipermudahkan urusab bersalin yana...syok mkn2 sblum dia berslain..kn nanti dlm pantang die terliur plak kn
ReplyDeleteHaah tu la buat sebelum dia bersalin hehe. Alhamdulillah dah selamat lahir baby girl yg ke-3.
DeleteSandwich tu nampak yummy. Moga senang la bersalinnya nanti.
ReplyDeleteYa, sedap2 sandwich nya. Yang best tu dieorg accept order last minit. Alhamdulillah dah selamat lahir baby girl yg ke-3.
DeleteSemoga lancar saat due nya teman kak Carneyz nanti ya. Sehat2 bayi dan ibu.
ReplyDeleteSeruuu kalau mengadakan acara baby shower dengan potluck seperti ini 👍😍. Apalagi dengan teman2 terdekat kan
Alhamdulillah dah selamat lahir baby girl yg ke-3. Ya, buat makan2 pun sebab lepas ni dia akan berpantang jadi tak dapat nak ajak makan2 dah hehe.
DeleteSemoga dipermudahkan segala urusan nak bersalin sehingga habis pantang amin..
ReplyDeleteSeronok buat makan2 macam ni si ple dan meriah.. Anak2 lagi la happy blh jumpa kawan..
Alhamdulillah dah selamat lahir baby girl yg ke-3. Ye, acara makan2 tak pernah tak seronok hihi. Anak2 bagi tambah background meriah dan riuh-rendah 🤭
DeleteSelamat menanti kelahiran bayi nya.👶.di lancarkan kelahirannya..amiin
ReplyDeleteAlhamdulillah dah selamat lahir baby girl yg ke-3 😊
DeleteAsik ya makan-makan dengan teman dekat...meriah apalagi bawa anak-anak.
ReplyDeleteMbak, semoga temannya lancar dalam proses bersalin nanti.
Salam,
Ya, seronok makan2 dgn sahabat2. Alhamdulillah dah selamat lahir baby girl yg ke-3.
Deleteseronok mkn2 dan happy2 dgn teman2.
ReplyDeletecantikkk kek nya tu
Alhamdulillah, berjaya jugak buat acara makan2 sblm kawan tu bersalin & sebelum pergi bercuti hari tu hehe. kek tu tempah dari Cake Rush ok la sedap jugak tapi tak boleh makan byk sangat.
Deletecute sgt2 kek tu!!! berkenan laaaa
ReplyDeleteTempah dari Cake Rush MZ. Macam2 kek menarik kat situ.
Deletesemoga urusan bersalin yana dipermudahkan...
ReplyDeletesyok kan sesekali berkumpul dan mkn sedap2👍👍
Alhamdulillah dah selamat lahir baby girl yg ke-3. Acara yg melibatkan aktiviti makan2 tak pernah tak seronok haha
DeleteSeronoknya nak dapat baby...semoga dipermudahkan buat Yana ye
ReplyDeletetu la kan, bestnya tapi dah umur skrg ni dah tak sesuai nak mengandung lagi. Alhamdulillah dah selamat lahir baby girl yg ke-3.
DeleteSeronoknya dapat meluangkan masa bersama-sama kawan tersayang. Moga dipermudahkan uurusan kelahiran cahaya matanya nanti.
ReplyDeleteAlhamdulillah, sejak berhenti kerja jarang2 dapat peluang berkumpul dgn kawan2. Alhamdulillah dah selamat lahir baby girl yg ke-3.
Deleteseronok berkumpul dgn kengkawan dan anak2 semuanya kan. semoga dipermudahkan kawan carneys menghadapi kelahiran
ReplyDeleteAlhamdulillah, sejak berhenti kerja jarang2 dapat peluang berkumpul dgn kawan2. Alhamdulillah dah selamat lahir baby girl yg ke-3.
Delete