Khadeeja teringin sangat nak menonton cerita Five Nights at Freddy's sebab dia minat siri buku cerita tajuk yang sama. Dari awal bulan lepas sebelum cerita ni keluar lagi dia dah berzikir kat telinga Suami Terchenta nak pergi tengok cerita ni hari pertama cerita ni disiarkan.
Jadi Sabtu lepas kiteorang pun pergi tengok cerita ni di TGV Cinema dekat Sunway Putra Mall. Tak sangka ramai budak-budak yang pergi tengok cerita ni, penuh panggung petang tu dengan budak-budak dan mak ayah yang temankan anak-anak macam kiteorang jugak. Secara jujur, cerita ni ada bahagian-bahagian yang agak gruesome bagi aku (Khayla asyik keluar masuk panggung sebab tak tahan tengok) tapi Khadeeja enjoy sangat movie ni. Siap bagi verdict movie paling best yang dia pernah tengok setakat ni (eh, dia lupa la tu dulu zaman dia beriya-iya berjoget ulang tayang cerita Frozen sampai mak dia nak termuntah?).
Khadeeja tak sabar-sabar nak tengok movie Five Nights at Freddy's |
Lepas movie, kiteorang pergi solat Maghrib di surau Sunway Putra Mall. Ternampak kedai Me'nate ni, teringat dah lama benar tak makan dekat Me'nate, rasanya last pergi tahun 2021. Suami Terchenta malas nak fikir panjang kat mana nak makan, jadi dia pun ajak makan kat sini.
Tempat duduk pun selesa dan menarik |
Bila masuk Me'nate ni, mula-mula sekali kena pilih daging apa untuk dimasak, tahap kemasakan daging (rare, medium rare, medium, medium well atau well done) dan sos untuk dihidangkan. Aku dengan Suami Terchenta sepakat kongsi sekeping daging wagyu, tapi kiteorang ambik yang bawah RM200. Kalau tak silap aku dalam RM180+ sekeping tu. Lepas tu Suami Terchenta kata nak ambik satu lagi daging biasa, pilih la sekeping harga bawah RM100.
Pekerja kat situ bagitau daging wagyu ni memang lembut sangat, walaupun pilih medium well pun masih lagi lembut. Kiteorang pilih medium untuk dua-dua keping tu dan sos pulak kiteorang pilih blackpepper dengan garlic.
Selain daging wagyu ada jugak daging black Angus, kambing dan seafood |
Daging wagyu - aromanya pun dah buat air liur kecur |
Daging black Angus dengan sos garlic |
Bila masuk dalam mulut je, Masya Allah Tabarakallah... nikmat Allah yang manakah nak didustakan? Sedapnya daging wagyu ni tak perlu cicah sos pun dah sedap. Makan kongsi pulak tu, lagi la terasa nikmatnya. Daging black Angus tu pun tak kurang sedapnya, cuma tak selembut daging wagyu.
Antara dua sos ni, aku suka sos garlic compared to blackpepper. Dappp...
Sementara tunggu daging wagyu dimasak, anak-anak pesan mac and cheese untuk kongsi berdua |
Ni pulak dessert yang ada kat sini |
Alhamdulillah atas rezeki yang Allah berikan 💕.
Cozy betul ambiance dlm tu ye..
ReplyDeleteBaru selesa nak makan kan...
Aah, nampak eksklusif gitu sis. Lain dari cawangan Me'nate dekat Setapak yg kiteorg pergi tahun 2021 dulu.
DeleteAmmi lagi bertahun tak makan kat Me'nate. Nak makan sekarang ni bersama 3 orang anak macam hmmm tak mengizinkan betul poketnya. Takpelah.. kita makan daging batang pinang jelah ahaksss
ReplyDeleteInsha Allah kalau ada rezeki lebih boleh makan kat sini lagi Ammi 🤲🏻 Mana tau lepas ni anak2 pulak belanja 😊
Deletedpt daging wagyu mmg cair dlm mulut...makan dlu kt menate tkde wagyu yg bwh rm200 masa tu tp kebetulan time tu ada 30% diskaun dpt la merasa harga rm 150++ tp husband pilih black angus sbb lebih besar dagingnya
ReplyDeletemovie tu anakdara pi tgk dgn kwn2 sekolah dia...bdk2 mmg suka la
DeleteUish.. bestnya cerita tu.. Bolehlah Sha try tengok nanti..
ReplyDeleteBudak2 suka sbb rupa2nya ada video game & buku cerita tentang Five Nights at Freddy's ni.
DeleteNanti nak bawak anak³...bestt
ReplyDeleteBawak anak2 tengok cerita Five Nights at Freddy's ke makan kat Me'nate tu sis? 🤭
Deletedaging wagyu hanya mampu didoakan saja ...nak rasa dalam impian hehehehe
ReplyDeleteInsha Allah, semoga ada rezeki 🤲🏻
DeleteMenate dah ada kat Sunway Putra Mall? wah...leh la plan staycation sini..hahaha..lama x makan steak ni..dah beberapa bulan rasanya
ReplyDeleteA'ah baru bukak beberapa bulan lepas SA. Lawa outlet Me'nate kat sini.
DeletePernqh makan wagyu di Me'nate memang paling lembut dan sedao! Haha rebut-rebut waktu buka puasa.
ReplyDeleteTu la, memang terpegun sekejap dengan kelembutan daging wagyu di Me'nate ni.
DeleteSedang elok, dah nak waktu lunch pegi bw posting macam ni. Huhu..
ReplyDeleteAda rezeki & kesempatan, boleh try makan di Me'nate ni 😊
Deletetime lapar pula nampak posting ni.haha
ReplyDeleteAlahai, minta maaf la haha
DeleteSudah lama juga gak nonton film, ..gede juga dagingnya, menggugah selera bangeet.
ReplyDeleteYa, memang sedap dan lembut je dagingnya. Sos pun sedap.
DeleteKenapa yaa nama resto ini macam familier bagi saya. Tapi tak ingat pula pernah kesana atau tahu dari mana 😅.
ReplyDeleteFix, kalo ke KL saya nak coba steaknya 😍😍. Memang paling suka dengan Wagyu. Walopun harga memang selangit 🤣. Apalagi kalo dah grade MB 9++hahahaha, pejam mata saja pas gesek kartu kak 🤣
Pernah kecoh dulu dgn namanya hehe. Kalau betul2 mengidam, pejam mata je la bayar hehe. Macam kiteorg, pilih daging wagyu yg paling murah lepas tu kongsi makan. Sekadar merasa 👍🏻
Deletewagyu tu wishlist my hubby hahah so far lom ada kesempatan nak try mkn wagyu :) pernah order delivery dari menate tapi tak order wagyu la...order steak biasa2 ajer
ReplyDeleteWagyu ni sekali dah rasa mesti nak rasa lagi sis 🤭. Semoga tercapai wishlist hubby MZ nak merasa daging wagyu 🤲🏻
Deletewagyu mmg sedapppppp no wonder laa knape dia mahal... ada rezeki nk try lagi
ReplyDeleteKan. Tak payah nak kunyah bersungguh2. Makan tak cicah dgn sos pun sedap 😊
Delete