sendawa
Sumber imej: Freepik.com

Burrppp... erkkkk...

Pernah tak duduk sebelah orang yang bersendawa lepas makan petai? Terus keluar bau petai hihi. 

Sendawa ialah bunyi yang keluar dari kerongkong akibat gas yang ditolak naik dari dalam perut. Sebab tu bila seseorang bersendawa lepas makan makanan yang berbau kuat, orang sekeliling boleh terhidu bau makanan yang sedang dihadam dan tak semua merasakan bau tu enak.

Menurut Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan (Hadi Almaghribi), seorang penceramah bebas dan selebriti TV Al-Hijrah, terdapat beberapa adab ketika bersendawa menurut pendapat para ulama.

1. Menahan sendawa

Terdapat dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi, seorang lelaki sendawa di sisi Rasulullah SAW lalu Rasulullah SAW bersabda:

Tahanlah sendawamu di hadapan kami. Kerana orang yang paling kenyang di dunia, (dibimbangi) paling lama laparnya di hari kiamat.

Hadis ini merujuk kepada perbuatan sendawa akibat makan sehingga kekenyangan kerana makan berlebihan ditegah dalam Islam untuk mengelakkan seseorang dari lemah fikiran dan tubuh badan sehingga malas beribadah.

Oleh itu, apabila seseorang ingin bersendawa, hendaklah dia menahannya kerana akan menyebabkan orang sekeliling berasa tidak selesa akibat bunyi yang kuat dan bau yang kurang menyenangkan.

2. Mengucapkan 'Alhamdulillah' selepas sendawa

Tiada hadis yang menyatakan seseorang perlu mengucapkan 'Alhamdulillah' selepas bersendawa, namun sebagai hamba Allah, kita disyariatkan untuk mensyukuri nikmat Allah. Mengucapkan 'Alhamdulillah' selepas sendawa ialah tanda syukur seseorang atas nikmat makanan yang diberikan oleh Allah kepadanya.

3. Menutup mulut ketika sendawa dan tidak sendawa di depan orang lain

Sebagai umat Islam, kita ditegah daripada menyakiti saudara kita dan juga orang sekeliling baik dari perbuatan mahupun percakapan. 

Oleh itu, apabila kita tidak dapat menahan diri dari sendawa, hendaklah kita menutup mulut supaya menghindari bau yang terkeluar dari mengganggu dan menimbulkan rasa tidak selesa kepada orang lain. Sekiranya kita boleh beredar, hendaklah kita beredar dan mengeluarkan sendawa jauh dari orang lain.

Sumber: MStar

21 comments:

  1. indahnya sunnah Nabi. Adab semasa sendawa pun ada agar tidak menimbulkan rasa tidak senang orang2 di sekeliling...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Islam ialah agama yang paling menjaga adab dari segi pertuturan dan perbuatan 💕

      Delete
  2. Paling kerap jumpa kalau time solat terawih... maklumlah semua lepas berbuka... Aduhhhhhhh.....

    ReplyDelete
  3. Uncle🤣🤣🤣🤣 berharap lah mereka tak berbuka dengan durian misalnya yaaa 🤣🤣🤣. Langsung tak fokus samping kiri kanan 🤭😅.

    Malu laah kalo sampe sendawa terdengar keras. Mungkin Krn kita mostly sudah diajarkan bhwa itu tak sopan kan. Jadi sebisa mungkin pasti cari tempat lain utk sendawa atau di tahan dulu. Atau usahakan suaranya tak besar sangat 😅.

    Eh tapi saya pernah baca ada negara yg mana culturenya sendawa malah merupakan tanda bahwa masakan chef nya sedap. Tanda trimaksih untuk makanan yg dimakan juga. Nanti saya cari lagi negara mana. Pernah terbaca dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya negara Jepun tu Fanny. Kalau sendawa, maksudnya masakan chef tu sedap 😁 tapi chef tu barangkali belum pernah buat masakan durian atau petai 😆

      Delete
    2. Itulah kak, kalo macam Jepang, masakannya clean. Sendawa pun tak menghasilkan bau 😂. Beda dengan negara kita yg masakannya rempah semua 🤣🤣

      Delete
  4. setahu sy laa... kalau org barat dia mcm tak berkenan org sendawa. tp kalau kentut kuat2 x apa lak! bg kita kentut kuat smpi org dgr tu x senonoh. tp kalau sendawa mcm tertelan kapal... tu double x senonoh😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua2 tak senonoh 😂 negara mana yg boleh kentut kuat2 tu. Mana tau terpergi pastu tergelak 🤣

      Delete
    2. US rasanya... europe pun lbh kurang je...

      psstttt kentut bunyi bom tak hasilkan bau, kan?🤭🤭

      Delete
    3. Hahahahahaha kak anieees, penasaran pula saya dengan negara yg boleh kentut keras nih 🤣. Untung saat di US kemarin tak ada saya dengar mereka kentut kencang 🤣.

      Delete
  5. hahaha adoiii kadang x smpt nak tutup mulut tersendaawa.. harap di maafkan la ye heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Kalau tak mengganggu org lain tak pe hehe

      Delete
  6. Kalau sendawanya bunyi slow takpe, ni tak...sendawa macam katak tengah panggil hujan, terkejut dengar .... hahahha

    ReplyDelete
  7. masa kritikal sendawa lepas makan durian...memang mantap dan layan hahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .