Wednesday, October 11, 2023
World Mental Health Day - Menangani Percubaan Bunuh Diri / Suicide Attempts
Hari Kesihatan Mental Sedunia disambut pada 10 Oktober setiap tahun |
Semalam merupakan World Mental Health Day. Bercakap tentang mental health / kesihatan mental ni, bulan lepas aku join webinar bertajuk "Shining a Light on Suicide Prevention" yang dianjurkan oleh Naluri. Webinar ni percuma je, jadi apa salahnya kita menimba ilmu tentang kesihatan mental dari pakar kesihatan mental kan.
Bunuh diri merupakan punca kematian keempat tertinggi di kalangan anak muda lingkungan usia 15 - 29 tahun dalam Malaysia
Tau tak korang, kematian dari perbuatan bunuh diri merupakan punca kematian keempat tertinggi di kalangan anak muda lingkungan usia 15 - 29 tahun dalam Malaysia? Kes bunuh diri di Malaysia meningkat dari 10% ke 13.1% dalam masa 5 tahun kebelakang. Menurut satu kajian WHO dan kajian tempatan, bagi setiap kes kematian akibat bunuh diri, terdapat 10 - 20 percubaan bunuh diri yang terjadi.
Faktor-Faktor Mendorong Tindakan Bunuh Diri
Antara faktor-faktor yang mendorong seseorang untuk bertindak membunuh diri ialah:
- Masalah hubungan (pasangan, ibu bapa, rakan-rakan)
- Menghidapi penyakit mental (kemurungan, stress dan keresahan)
- Faktor-faktor sosial (etnik, ketiadaan pekerjaan tetap dan media (Internet dan media sosial).
Sebenarnya, individu yang mempunyai tingkah laku bunuh diri ni secara tak sedar menunjukkan tanda-tanda sebelum dia mengambil tindakan. Jadi kawan-kawan atau ahli keluarga yang berada di sekeliling perlu peka dengan tanda-tanda seperti kerap menjauhkan diri, tidak suka bergaul, perubahan sikap yang mendadak (contohnya dari ceria kepada murung atau perubahan emosi mendadak/mood swings), bertanya soalan yang pelik dan berkisar tentang kematian atau kehilangan, memberikan barang-barang yang dihargai kepada orang lain dan banyak lagi tanda-tanda lain yang di luar kebiasaan seseorang yang kita kenal.
Pendekatan Mencegah Dari Tindakan Bunuh Diri
Macamana kalau orang yang berniat nak bunuh diri tu ialah diri-sendiri atau ahli keluarga terdekat? Menurut pakar psikologi, kebanyakan kes bunuh diri boleh dicegah. Antara pendekatan yang boleh diambil untuk mencegah dari tindakan bunuh diri ialah:
- Peka terhadap perubahan sikap yang ditunjukkan. Bila seseorang menunjukkan perubahan sikap, dapatkan pertolongan pakar / kerap bertanya khabar individu tersebut.
- Berterus-terang. Sekiranya kita perasan seseorang tu menunjukkan tingkah laku membunuh diri, tanya secara terus-terang sebab mungkin ini akan menyelamatkan nyawanya.
- Sekiranya tidak mampu memberi nasihat / pertolongan, dapatkan bantuan dari orang lain / bantuan khidmat profesional untuk memberi pertolongan kepada rakan / ahli keluarga yang berisiko.
- Tanya soalan dan dengar. Tanyakan situasi mereka dan dengar luahan perasaan mereka supaya mereka tahu yang mereka tidak berseorangan di dunia ini.
- Bantu mereka mencari sebab untuk meneruskan kehidupan. Ingatkan mereka tentang sebab kenapa mereka perlu meneruskan kehidupan dengan memberi galakan kepada mereka.
- Bantu mereka untuk membuat perancangan selamat. Rancang aktiviti selamat (contohnya berkurung dalam bilik kosong tanpa ada peralatan berbahaya) dan senaraikan kontak rapat untuk dihubungi sekiranya mereka terdetik untuk menamatkan riwayat.
Itulah serba-serbi maklumat yang disampaikan oleh pakar psikologi dalam webinar yang aku sertai tu. Semoga perkongsian ni membantu sekiranya ada orang yang kita kenali berdepan dengan masalah-masalah peribadi sampai terfikir nak menamatkan riwayat hidup.
*Hubungi talian bantuan Befrienders di 03-79568145 sekiranya berdepan dengan situasi percubaan / rancangan membunuh diri.
Good sharing 👍🏽
ReplyDeleteTak sangka pulak bunuh diri tu antara punca kematian tertinggi di kalangan anak muda di negara kita. Menakutkan.
Ye Kak Ujie, sekarang ni makin ramai anak muda yang menghidap sakit mental - kemurungan, anxiety dan stress lagi2 masa zaman pandemik yg lepas.
DeleteBenda ni boleh belaku pada orang terdekat dengan kita. Jangan ambik mudah
ReplyDeleteBetul tu Uncle, kita kena prihatin dengan org2 sekeliling kita. Kesihatan mental diri-sendiri pun kena jaga jugak.
DeleteTinggi statistiknya, very alarming :(
ReplyDeleteSama² kita cakna dgn orang sekeliling dan persekitaran.
Betul, sama2 kita ambil peduli dgn org sekeliling kita.
Deletethanks for sharing..mental illness is real..one of my relatives memang has this... :( on off, kdg2 ok, kdg2 tak ok
ReplyDeletePenyakit yang tak nampak dgn mata kasar tapi mmg wujud.
DeleteBetul tu...percaya tak kalau SA cakap suami SA antara mereka yang mengalami depression sejak PKP dan stuck kat Spore 2 tahun? nanti SA citer perkenalan SA ngan dia ye...alhamdulillah sekarang dia dah x makan ubat dan dah xde depression lagi..doktor pun terkejut
ReplyDeleteMacam ada terbaca SA cerita yg husband SA ada depression sebelum ni. Tapi yalah, kalau terkurung kat rumah sorang2 takde kontak dengan orang lain mmg boleh depressed dibuatnya. Sebab tu masa PKP dulu saya risau sangat suami tak boleh balik duduk sekali dgn kiteorg sbb masa tu dia duduk sorang2. Tapi mujurlah dia kira essential services jadi bila pergi kerja tu ada la jugak jumpa dengan orang kat ofis.
DeleteMental tak sehat ada kecenderungan untuk bunuh diri, dan melakukan tindakan berbahaya,lingkungan dan support dari keluarga dan orang"terdekat sangat lah di butuhkan.
ReplyDeleteBetul tu, support dari keluarga dan kawan2 di sekeliling boleh membantu. Lagi satu, kalau ada haiwan peliharaan pun boleh jadi terapi jiwa jugak.
DeleteMoga kita semua terpelihara dengan sakit2 begini
ReplyDeleteMana tah Cuya terbaca dekat blog, doktor nasihat org tentang depression, sekali dia yg bunuh diri
hermmm semua org tk terkecuali kan
Aah, kita tak tau struggle org macamana kan. Bila selalu berdepan dgn org yg ada masalah depression, aura negatif tu mungkin melekat dekat doktor tu jugak kot.
DeletePas hari kesehatan mental sedunia ini ternyata ada kasus bunuh diri di Semarang, yang dilakukan pelajar university, jatuh dari salah satu mall di Semarang. Ada surat yg dia buat untuk ibunya. Intinya dia tak sanggub lagi, dan menyerah, walopun tak diberitahu apa yg buat dia menyerah.
ReplyDeleteSedih sangat.
Ntah apa yg dirasakan ibunya saat membaca surat itu. Terkadang kita sebagai orangtua terlalu suka memaksa anak, tanpa peduli apa yg anak inginkan. Lama2 bisa jadi tekanan untuk si anak, yg berujung depresi lalu bunuh diri kalau tak kuat.
Saya juga benci sangat tiap ada orang yg bilang, sakit mental ini karena kurang ibadah, kurang doa dll. Mereka tak pernah ada di posisi pesakit. Tak tahu seberat apa yg harus mereka tanggung. Bukan masalah kurang ibadah, tapi terkadang tekanan yg mereka alami terlalu besar hingga butuh bantuan ahli saat itu juga. Jadi kalau tak bisa bercakap elok, janganlah menjudge seseorang kurang sholat, kurang doa, atau kurang lainnya :(
Ya, sayangnya ramai yang masih tak sedar sakit mental itu real macam sakit kanser, jantung etc. Macam sakit kanser pun, kalau tak dirawat memang akan merebak dan akhirnya membunuh. Sakit mental pun sama jugak, kalau tak dirawat akan bertambah parah dan mungkin akhirnya ambil penyelesaian membunuh diri. Sakit mental jugak sama macam sakit kanser ada ubatnya, cuma orang ramai masih ada stigma kalau pergi ke wad psikiatri dapatkan rawatan tu dianggap gila / sakit jiwa padahal tak macam tu.
Deletedari segi jantina, siapa yg lbh tggi stat nya? lelaki or perempuan?
ReplyDeletedgr nya lps covid ni kes bunuh diri lg tggi dr sblm covid
Tak ditunjukkan pulak statistik perbandingan lelaki dan perempuan, tapi mmg trend bunuh diri semakin naik tiap-tiap tahun lagi2 di kalangan anak2 muda.
DeleteImpact of obesity on health and ways to address it. sosimple4u
ReplyDelete