Sebelum aku berhenti kerja 2 tahun lepas, satu benda yang aku miss ialah having a support system yang sama macam dekat tempat kerja dulu. Bila dah berbelas-belas tahun bekerja, aku dah terbiasa dengan support system kawan-kawan di ofis. Maksudnya, bila ada masalah pasal kerja, support system ni la yang jadi tempat rujukan untuk dapatkan pendapat, share experience setelkan masalah kerja dan tempat curhat bila kena marah boss 🤣.
Sekarang dah takde la hadap part kena marah boss tu, tapi still aku rasa perlu ada support system untuk bertukar pendapat dan rujukan idea macamana nak handle anak-anak, kewangan dan kehidupan seharian.
Alhamdulillah, aku dipertemukan dengan full-time home managers yang semuanya satu masa dulu ialah dari golongan profesional. Ada yang dari latar belakang HR, Finance dan Media. Semalam kiteorang keluar brunch sama-sama. During our brunch session, kiteorang berbincang tentang macamana nak handle anak-anak dari pembacaan buku-buku psikologi dan kelas parenting yang pernah attend sebelum ni, idea-idea aktiviti dengan anak-anak dan keluarga, what to expect moving forward dari kehidupan berkerjaya kepada kehidupan sebagai full-time mom dan pengurus rumahtangga.
Full-time moms support system |
Masing-masing pernah bekerja dalam bidang dan industri yang berbeza, dan masing-masing ada pengalaman unik yang dikongsikan masa kiteorang berjumpa semalam. Ada yang share macamana dia dan suaminya bangkit dari kejatuhan ekonomi bila dua-dua hilang kerja serentak. Ada yang berkongsi pengalaman burnt out dengan rutin kerja dan akhirnya pilih untuk sambung belajar di luar negara dengan suami. Aku pulak berkongsi tentang apa yang aku rasa dan lalui dalam 2 tahun sejak berhenti kerja dan kenapa penting ada matlamat dan sasaran peribadi untuk gantikan matlamat dan KPI di tempat kerja dulu.
Dari perkongsian kiteorang ni, we all agreed yang ini ialah masa dalam hidup ni untuk kiteorang fokus pada apa yang kiteorang nak instead of apa yang orang lain nak. Sebabnya masa bekerja dulu, kiteorang kena fokus kepada apa yang company / boss nak sampai takde masa nak fikirkan tentang diri-sendiri dan keluarga.
Aku rasa seronok bila berjumpa group ni sebab walaupun aku selalu lepak dengan kawan-kawan di ofis lama tapi kadang-kadang nak bercerita masalah menguruskan rumahtangga ni, aku rasa tak sampai hati pulak sebab dieorang pun ada masalah anak-anak sendiri selain dari masalah di ofis. Lagi satu, bila jumpa je dieorang akan bercerita masalah kerja dan hujung-hujung tu akan cakap, 'Best la kau, dah tak payah hadap masalah ni lagi.' OK la memang la best tapi kehidupan sebagai full-time home manager pun bukannya selalu indah-indah belaka. So bila ada group support full-time home managers, aku rasa lebih selesa untuk bercerita tentang liku-liku tu hehe.
Rezeki bertemu dengan kawan sekerja yang ada pengalaman & sudi nak bantu bagi ilmu kerja.. Macam tempat keje saya ni semua nk kena belajar sendiri, nasiblah pengalaman mengajar kita lebih dewasa.. yer tak?
ReplyDeleteBagus la awak tengok dari sudut positif :) Di tempat kerja saya dulu masing2 tak lokek berkongsi ilmu dan pengalaman dan kiteorang siap ada CoP (Community of Practice) untuk berkongsi pengalaman.
DeleteFull-time home manager menarik pulajawatan ini...suka saya hehehehe
ReplyDeleteDari manager di ofis beralih profesion ke manager di rumah pulak hehe
DeleteBetul si kak..butuh temen "yg bisa saling dukung,apapun profesinya,apalgi masalah tambah banyak,butuh untuk berbagi cerita dan berbagi ilmu.
ReplyDeleteKan, tak la bosan je kat rumah balik2 tengok tv, bercakap dgn kucing, sosmed... ðŸ¤
Deletekalau sudah nemu teman yang klop itu jarang ada, tapi kalau bisa menemukan teman yang enak diajak ngobrol. waktu beberapa jam bercerita itu tidak ada habisnya
ReplyDeleteYa, bila ada titik persamaan antara teman-teman, memang banyak perkara yang boleh dibualkan 😊
Deleterezeki tu dpt kwn2 yg supportive ;)
ReplyDeleteAlhamdulillah, memang bersyukur sangat2 Allah bagi saya circle yang baik2 dari zaman belajar sampai la sekarang 🥰
Deletebagus ada group mcm ni. x laa kita rs sunyi...
ReplyDeleteselalu jumpa diorg ni setiap bulan ke?
Dua orang tu mmg tiap2 bulan jumpa sbb sama2 volunteer mengajar kelas memasak. Yang duduk kat depan saya tu kawan yg baru resigned dari company saya dulu, baru join korum hehe
DeletePengurus rumahtangga je yang memahami pengurus rumahtangga lain. Bagusla, boleh jumpa, borak-borak camni. Setuju, kena fokus pada apa yang kita nak.
ReplyDeleteBetul, sebab kita dah dalam 'profesion' yang sama hehe.
DeleteNanti kalo ketemu lagi kita bincang juga ttg masalah rumah dan seisinya ini lah kak 😄. Saya pun yg dulunya kerja 13 tahun, trus tiba2 resign harus mengurus anak-anak, sampai Skr terkadang bingung kalo ada masalah.
ReplyDeleteTak ada juga support system dari kawan2 karenaaaaa teman saya mostly tak menikah 😂😂😂. Cuma saya yg menikah. Jadi terkadang saya harus cari ilmu parenting ini dari grub2 parenting blogger utk belajar banyak di sana 😅
Hahaha! Ya boleh jugak. Kita boleh ajak sis Ezna sekali, terbukti parenting nya berjaya sebab anaknya dah di menara gading kan 😄. Boleh berkongsi tips2 membesarkan anak2 yang berjaya dalam pelajaran.
DeleteMcm jumpa geng sekasut lah kan? mst mula² ssh ktk nk adapt dpd keja 8-5 pasya x keja, di umah ajak 24/7 hari... mst ada rasa burn out ngurus rumah nak? sbb ya kmk respek dgn kwn² yg mulanya kerja pasya ambik keputusan resign... bkn senang nk molah keputusan ya... mst byk benda nk dipikir dolok
ReplyDeletesik juak rasa burn out ngurus rumah ya sbb kinek tok anak2 dah besar dah pandai nolong juak. More to mcmney mok handle pelajaran anak2, attitude sidaknya, apa benda yg produktif boleh dipolah di rumah etc.
Delete