Salam Isnin buat kawan-kawan semua, semoga hari Isnin ni membawa permulaan minggu yang ceria untuk kita semua. 🌸
Anyway, Sabtu lepas aktiviti kiteorang agak padat dari pagi sampai ke petang. Seawal jam 8 pagi lagi, aku dan Suami Terchenta pergi ke KPJ Tawakkal untuk temujanji dengan doktor pakar ortopedik. Datang awal tu pun sebenarnya sebab nak ambik nombor giliran awal je sebab doktor masuk pun pukul 9 lebih.
Lepas dapat nombor giliran, kiteorang turun ke tingkat 1 dan jalan kaki ke seberang jalan mencari sarapan pagi. Kali ni rasa nak sarapan makanan Melayu pulak, jadi kiteorang pun pergi ke Restoran Haslam yang terletak seberang jalan je dari hospital ni.
Restoran Haslam milik pengarah filem terkenal, Dato' Yusof Haslam menampilkan resipi bonda beliau |
Masa kiteorang sampai ni, restoran memang penuh dengan pelanggan, tapi kiteorang bernasib baik dapat meja kosong di bahagian luar restoran. Kiteorang duduk je terus datang pekerja ambik pesanan di meja. Pantas servis kat sini 👍🏻.
Aku order roti canai banjir dengan kuah dhal dan sambal. Suami Terchenta pulak order roti canai dan kuah kari.
Pekerja tengah menebar roti canai |
Sambil tunggu pesanan sampai, aku pergi meninjau lauk lain yang dijual di sini. Banyak jugak pilihan yang ada - nasi lemak dengan lauk sambal sotong/bilis/kosong, paru goreng, telur mata dan telur rebus; nasi / bihun / mee goreng, roti sardin gulung, roti jala, kari ayam, kuih-muih tradisional, lontong, mee rebus dan macam-macam lagi.
Antara pilihan menu makanan Melayu yang ada di Restoran Haslam |
Sempat lagi aku berseloroh dengan Suami Terchenta, rasa menyesal pulak order roti banjir sebab mee rebus dan nasi lemak tu nampak sedap 😅. Tak pelah, lain kali boleh datang ke sini lagi.
Bagi aku roti banjirnya sedap, kuah dhalnya cukup pekat cuma aku rasa bawang goreng dan rempah-ratus tu agak overpowering, tapi overall, rasanya tetap sedap sebab ada sambal yang sedap. Worth repeat lain kali.
Nampaknya dah jumpa port sarapan kiteorang yang baru kalau teringin makanan Melayu ✌🏻.
Restoran Haslam ni dah lama kan. Sy tak pernah pergi tapi dari pembacaan suratkhabar, Datuk YH antara artis pelopor membuka restoran sebelym zaman viral lagi. Semoga Carneyz dapat cuba menu yg lain pylak lepas ni.
ReplyDeleteTu la kiteorg dah cop tempat ni as port breakfast setiap kali encik suami kena pegi appointment hospital hehe. Lain kali nak cuba nasi lemak / mee rebus / lontong pulak.
Deletebiasa dgr restoran haslam tp tk pernh lg mkn sini....byk juga pilihan menu tu
ReplyDeleteAah, banyak pilihan menu kat sini. Restoran Haslam ni ada beberapa cawangan tapi yang kat Jalan Pahang ni restoran yg paling awal dibuka.
DeleteNampak sedap dan berselera kalau lihat macam"menu di wadah itu
ReplyDeleteBetul tu Mreneyoo, semua makanan kat sini nampak menyelerakan.
DeleteRasanya pernah sekali sarapan kat sini..itupun masa ziarah staff office kat KPJ Tawakal tu...selalunya A pergi yang cawangan Bangsar..
ReplyDeleteSA biasanya order apa kat sini?
Deletewah ada macam macam menu
ReplyDeleteKan, rambang mata dibuatnya hehe
DeleteBanyak pilihan kan Restoran ni.....
ReplyDeleteBetul sis, patutlah ramai org datang sarapan pagi kat sini.
DeleteNampak meriah restoran Haslam. Saya tak pernah masuk, walaupun dulu ada pergi hospital Tawakkal. Dari dulu dah ada kan, restoran ni.
ReplyDeleteAah dah lama restoran ni ada kat sini tapi tak pernah masuk sebelum ni sebab selalunya kalau ke sini kiteorg makan kat Dapur Sarawak.
DeleteBoleh try ni nanti ke Kl hehehehe
ReplyDeleteBila nak ke KL tu? 🤭 Nanti boleh je ngopi2 kat sini dgn Kak Ret sekali hehe
DeleteRestoren ini ada nama yang tersendiri....sebab pemilik ada brand popular...sebabnya boleg viral
ReplyDeleteRestoran ni dah lama dibuka dari tahun 80an, tapi masih lagi kekal bertahan sampai sekarang.
DeleteBanyak pilihan tu, memang rambang mata hehe...
ReplyDeleteTu la, memang rambang mata dibuatnya hehe
DeleteLa hai... baru je last week uncle makan sana....
ReplyDeleteOo... tak nampak uncle update gambar selfie kat sini pun 🤭
Deletebyk betul pilihan menunya!!
ReplyDeleteSuka pergi tempat yg byk pilihan menu sbb selera masing2 dalam family kiteorg ni berbeza 😊
DeleteMemang ada peluang untuk datang lagi sebab dekat dengan hospital.
ReplyDeleteAah, kalau buat appointment kat hospital boleh la singgah sini lagi.
DeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteRezeki tu kalau dapat makan di tempat yang memenuhi selera. Mesti hendak ulang datang.
Betul tu Kak Amie, kalau dah jumpa tempat makan yang menepati selera, terus buat jadi port makan seterusnya.
Deletetu dia besar betul nama dia kat signboard hihi
ReplyDeleteDari jauh boleh nampak hihi
Deletetgk nama resto je dah tau siapa owner dia kn?😁😁
ReplyDeleteHahaha yeeee sapa lagi kannnn 😆
Delete