Sunway Putra Mall
Restoran Ayla Steakhouse di tingkat 4, Sunway Putra Mall

Belek punya belek galeri phone, eh ada lagi gambar keluar makan bulan Julai lepas yang aku belum publish kat blog lagi! 😂

Tak silap aku, masa ni kiteorang baru lepas habis tengok filem animasi 'Elemental' di panggung TGV.  Keluar dari panggung, si adik mengadu lapar. Tahap lapar dia tu, dia nak makan steak katanya huhu... Yang kakak pulak nak makan mac & cheese. Cari punya cari tempat yang boleh accommodate demand dieorang berdua ni, terjumpalah restoran ni.

Ayla Steakhouse
Kalau makan kat restoran di mall, standard la harga begini

Ayla Steakhouse
Restoran ni serius lawa


Jom tengok apa yang kiteorang order:


Ayla Steakhouse
Mac & cheese (RM24.90), seafood aglio olio (RM24.90), signature steak (RM29.90) dan grilled chicken chop (RM21.90)

Ayla Steakhouse
Adik pesan strawberry milkshake, kakak nak oreo milkshake, Suami Terchenta pesan ice lemon tea dan aku pulak lupa nama minuman yang aku pesan tu yang penting gelasnya unik hihi...

Walaupun harganya mahal tapi portion makanan agak besar dan berpatutan la dengan harganya. Rasa pun ok, not bad. Takde la wow sangat, tapi boleh diterima tekak.

Tapi kalau nak pergi berkali-kali memang idok ler kan hehe... Bocor dompet dibuatnya. Sekali-sekala keluar makan dengan keluarga boleh la.

26 comments:

  1. dah berkurun i tak singgah kat mall ni...can't even recall bila last i pegi situ...may be few yrs sblm MCO kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiteorg selalu ke sini sbb paling dekat dgn rumah.

      Delete
  2. Bila dah aktif menulis ni, korek je gambar lama Karni, kasi up, bukan orang tau pun bila makan dan perginya, takyah mention hahahahaha.. sedap menunya, nanti ke KL boleh singgah.. ehhh malam ni kita ke Kl laa hahahahaa

    ReplyDelete
  3. Wahhhh.. gelas dia ada ekor laaaaaa.

    Steak dia taklah mahal sangat. Harga berpatutan sebab rasanya tauke dia keluar modal byk utk peralatan menghidang guna pinggan mangkuk viral tuuuuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sedut air dari ekor tu SK hehe.
      Aah, harga steak tu ok portion pun besar.

      Delete
  4. SA kan...patut bawak Dania staycation kat Sunway Putera Hotel ni...sebab dia kan connection ngan shopping mall, lepas tu mak pah warded sampai hari ni dan masih lagi kat ward terus la x jadi..nanti la plan balik and boleh la lepak sini..nampak cantik steakhouse ni..cosy je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, deko steakhouse ni cosy je. Sunway Putra Hotel ni pernah baca kat blog Sal dia kata best duduk situ.

      Delete
  5. Tempatnya luas dan asri...nampak sedap tuh makanannya,cantik juga ambil gambar nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sebab lighting bagi kerjasama hari tu hehe

      Delete
  6. Unik gelas Carney punya air tu...lama btul tk pi Sunway Putra..byk tmpt mkn skarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah skrg banyak tempat makan di Sunway Putra ni. Sebenarnya dah lama jugak tak ke sana, rasanya dah sebulan lebih.

      Delete
  7. Wahh lepas tengok movie nak makan steak gitu. Nasib baik jumpa ya....harganya memang macam tu la kan...sekali sekala ok je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, tahap lapar sampai spesifik betul nak makan apa hehe.

      Delete
  8. Acik kalau lapar nak nasi je Adik oooi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ni kalau lapar dah terbayang apa yg dia nak makan tu depan mata hehehe

      Delete
  9. Lah... macam2 bentuk gelas! Taut nak pegang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu bukan pemegang gelas, tapi straw uncle hehe.

      Delete
  10. nampak agak pricey juga..
    tp ammi suka font tulisan Ayla tu..cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah restoran dalam mall macam tu la harganya Ammi hehe

      Delete
  11. Harga tak jauh beda dengan steakhouse jakarta 👍. Kapan2 saya nak coba. Kalo lihat tempat memang cantik dan cozy rasanya.

    Steak pun penampilan tempting sangat. Saya tak terlalu suka steak yg pakai hotplate, Krn akan berubah jadi welldone. Sementara saya selalu pesan steak medium rare. Makanya LBH suka pakai piring drpd hotplate atau hot stone.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di sini jarang2 tempat yang hidang steak dalam hotplate. Saya pun kalau pilih steak suka medium rare 😊

      Delete
  12. selalu juak ktk ke sunway putra tok oo... area umh ktk ka? area sia ada opis cidb nk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok tok mall paling dekat dgn rumah kmk org. Sik pasti juak kmk area opis cidb ya.

      Delete
  13. seafood aglio tuuuuu👍👍👍👍👍
    mana tauke resto beli gelas tu? berkenan pulak sy hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah meriah clams dalam tu hehe. tak pasti la dia beli kat mana, maybe dekat kedai yg jual pinggan mangkuk eco tu.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .