Minggu lepas aku tertarik nak cuba resipi kuih bakar comel yang Mommy Ayu kongsikan di blognya. Tapi gara-gara derhaka resipi, kejadiannya dah serupa kawah gunung berapi! 😂
Tapi walaupun rupanya buruk, rasanya alhamdulillah sedap. Cuma tu la, lain kali pengajarannya jangan derhaka dengan resipi hehe.
Asalnya tak plan nak derhaka tapi tepung kat rumah cukup-cukup untuk 1 cawan je. Jadi bahan-bahan yang lain aku pun cuba adjust untuk resipi guna 1 cawan tepung. Hmm. Failed teruk! 🤣🤣
Khadeeja rajin tolong aku kalau melibatkan aktiviti di dapur sebab dia minat memasak dan buat kuih |
Masa ni nampak cantik, helok lagi. Memandangkan takde biji bijan kat rumah jadi nampak kosong la kat atas tu... |
Tu dia, kawah gunung berapi! |
Kawan-kawan yang pandai buat kuih, sebab apa ye bancuhan kuih ni membentuk kawah kat tengah-tengah tu? 😂 Boleh tak bagi pencerahan sebab sis ni idok ler terer bab buat kuah ni walaupun mengajar kelas memasak haha!
Apapun terima kasih buat MA sebab kongsi resipi yang mudah ni. Lain kali dah beli tepung kita cuba lagi hehe.
Nota kaki: Teringat zaman PKP dulu, famous group FB Masak Apa Tak Jadi Hari Ini bila ahli group kongsi kejadian buruk kuih masing-masing hehe.
Comey..saya pun tak tahu pasaipa gitu..sebab bukan pembuat kuih gak..haha..Yee..teringat group tu time PKP, meriahhhh!!!
ReplyDeleteAdoi la.. nasib baik comel dan sedap hihi. Kalau tak ke tong sampah la pengakhirannya.
DeleteKalo kue saya menyerah kak 🤣🤣. Tak pernah sukses hahahaha. Lebih suka mencoba resep makanan berat saja, lebih mudah , 😄
ReplyDeleteSaya suka buat kuih dan memasak, tapi suka dan pandai tu soalnya hal yang berbeza. Hahaha!
DeleteKarena kurang tepung ya kak?,jadinya begitu mengembang,kempis lagi😄
ReplyDeleteOh sebab kurang tepung ke? Saya pun tak pasti 😅
DeleteSA angkat tangana awal- awal bila melibatkan kuih ni...x pandai SA..kalau lauk pauk tu serah kat SA
ReplyDeleteSama la kita SA. Suka buat kuih tapi tak reti bila kejadiannya failed! Hahaha!
DeleteUii nampak sedapnyaa.. nanti nak belejk gak laa resepi MA ..
ReplyDeleteRasa dah ada, cuma sebab derhaka resipi tu yg tak menjadi kot hehehe
DeleteMZ failed bab2 kuih hehhehe suka mkn ajerrrr
ReplyDeleteSaya pulak ikut nasib, kalau nasib baik jadi elok je kuih tu tapi kalau nasib tak baik, macam ni la rupanya hahaha!
Deletebagus Khadeeja rajin membantu di dapur, sori mama pn xpandai la buat kuih bakar
ReplyDeleteDia mmg suka tolong kat dapur dari darjah satu lagi.
Deleteawat yg satu tu jauh tenggelamnya?ðŸ¤
ReplyDeleteMacamana tenggelamnya hatiku melihat kejadiannya hahaha!
Delete